Monday, April 13, 2015

SAMPAI HATI HANGPA BUAT KAT PM LAGU NEH ...

Kesian kat Najib.. terpaksa pasrah bila semua Pesara tak sokong dia...


Sebelum pelancaran Yayasan Pesara oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini, pengerusi yayasan Tan Sri Aseh Che Mat meminta hadirin bangun menunjukkan sokongan kepada perdana menteri.

“Boleh semua orang bangun?” katanya sambil bertanya “boleh?” tiga kali. 

Bagaimanapun, tidak semua orang bangun atau mengangkat tangan bagi menyatakan sokongan pada Najib, yang kini berdepan kritikan paling keras perdana menteri keempat Tun Mahathir Mohamad. 

Dalam ucapannya selepas itu, Najib berkata beliau sedar terdapat pihak yang tidak menyokongnya. 

“Terima kasih kerana nyatakan sokongan tadi. Walaupun saya tahu, dalam demokrasi, sukar untuk mendapatkan sokongan 100 peratus.

“Kerana terdapat pesara yang 'masuk tiket lain' (sokong parti lain),” katanya sambil disambut ketawa orang ramai.

“Bagaimanapun majoriti adalah penyokong setia (BN),” katanya ketika tepukan masih berbunyi.

No comments:

Post a Comment