Tuesday, April 28, 2015

MAT MASLAN : AKU INSAF ? JANGAN HARAPLAH ...

Ahmad Maslan tuduh peniaga pro pembangkang naikkan harga barang

.
‎NAMPAKNYA dimaki hamun dan diberi jolokan 'menteri bodoh' oleh orang ramai akibat mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh terutama berkenaan GST tidak pernah menginsafkan Ahmad Maslan.

Sebaliknya beliau yang juga Ketua Penerangan Umno ini‎ nampaknya semakin ghairah mengeluarkan lebih banyak kenyataan bodoh yang pastinya membuatkan rakyat terutama pengguna media sosial hilang sabar, lantas menghamburkan pelbagai kutukan kepada beliau. 

‎Terbaru, gara-gara mahu menegakkan benang basah apabila teori bodohnya yang mendakwa harga barang turun bila GST dilaksanakan hanyalah cerita dongeng, Ahmad Maslan cuba mencari pihak tertentu untuk dituduh dan dipersalahkan sebagai penyebab kenaikan harga barang di Malaysia.

‎Melalui akaun twitter miliknya, untuk menutup kelemahan cukai rakus GST, beliau menuduh peniaga pro pembangkang sebagai penyebab kenaikan harga barang.

Seperti biasa, kenyataan itu dihujani kutukan, perli dan maki hamun para pengguna twitter yang memberikan respon secara terus kepada akaun twitter ‎milik Ahmad Maslan.
Aku tak faham, apa guna Ahmad Maslan jadi menteri? Adakah dia diberikan portfolio khas untuk menyalahkan pihak lain bila dasar kerajaan tidak berjalan seperti yang dia mahu?

Sebelum laksanakan GST bukan main pukul canang kononnya kerajaan Barang Naik sudah cukup bersedia untuk mulakan GST. Persediaan apa yang dibuat? Persediaan untuk salahkan orang?

‎Aku syak Ahmad Maslan memang diarahkan supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh tentang GST agar rakyat tidak begitu tertumpu kepada serangan bertali arus Dr Mahathir kepada pentadbiran Najib.

Serangan Dr Mahathir kepada Najib tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti bagi memastikan anaknya Mukhriz Mahathir‎ menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment