Tuesday, April 14, 2015

MACAI UMNO : KAMI BUKAN KAKI DESAK, KAMI KAKI ANGGUK ...

Rakyat semakin keliru bukan disebabkan oleh jawapan DS Najib kepada soalan Tun Mahathir yang mengelirukan, tetapi rakyat terbanyak semakin keliru dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong DS Najib yang seolah-olah memberikan sokongan membabi buta kepada DS Najib. Seolah-olah mereka tidak tahu sebab-sebab mereka memberikan sokongan kepada DS Najib. Ramai juga yang kelihatan semacama tidak ada asasnya mengapa mereka memberikan sokongan itu.

Tentulah amat memalukan sekiranya mereka memberikan sokongan dengan tidak tahu 'hujung pangkal' temtang perkara yang disokong. Rakyat terbanyak sedang memerhatikan 'drama' yang agak menarik ini memandanggkan isu yang 'diketengahkan' ialah mencari jawapan kepada persoalan. Tentulah mengaibkan sekali sekiranya diperhalusi tentang isu yang sedang diperbincangkan dengan begitu hangat ini.

Rakyat yang waras fikirannya tentulah menyebelahi Tun M yang mahu diperjelaskan beberapa soalan. Dan ini tidak pula menunjukkan yang rakyat menentang DS Najib. Rakyat menyambut baik kesediaan DS Najib mengeluarkan kenyataan menjawab beberapa soalan ketika ditemuramah oleh TV 3 tempoh hari. Persoalannya DS tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dan sebenarnya rakyat terbanyak juga mengharapkan soalan itu dijawab dengan sempurna.

Sebagaimana kata Tun Mahathir bahawa ramai rakyat bertanya dia soalan-soalan berkenaan. Dia tidak dapat menjawabnya kerana beliau tidak tahu jawapannya. Lantas beliau bertanya kepada orang yang boleh menjawab soalan berkenaan. DS Najib ada membrikan jawapan tetapi jawapan DS Najib tidak menjawab persoalan 'siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya…." atau 'siapa dia Jho Lo?. Dan beberapa soalan lain mengenai 1MDB. Jawapan yang diberikan oleh DS Najib semacam tidak meyakinkan rakyat.

Kini muncul sokongan demi sokongan kepada DS Najib. Tentulah rakyat menjadi bingung juga. Mengapa mereka (yang menyokong) memberikan sokongan kepada DS Najib. Atas dasar apa sokongan sedemikian diberikan kepadanya. DS Najib tidak bersalah dalam hal ini. Cuma sehingga kini DS Najib belum memberikan jawapan yang memuaskan hati rakyat terbanyak khususnya kepada Tun Mahathir. Dan sepatutnya penyokong DS Najib mendesak supaya DS Najib  menjawab soalan-soalan berkenaan. Dan untuk menambah seri lagi kesuburan demokrasi di Malaysia, penyokong DS Najib harus menggalakkan DS Najib supaya bersedia untuk berdebat dengan Tun M berkaitan dengan beberpa isu yang ditimbulkan itu.

Lagipun rakyat Malaysia yang celik huruf dan celik IT sudah amat dahagakan satu suasana perdebatan seperti yang berlaku di negara-negara maju seperti di US atau di UK. Mereka sangat mengimipkan suasana politik yang sedemikian rupa. Jikalau boleh diadakan bukan sahaja perdebatan antara pemimpin tertinggi parti tetapi seeloknya, calon-calon yang menghadapi PRU atau PRK juga digalakkan supaya berdebat antara satu sama lain supaya kebolehan dan kemampuan mereka dapat dinilai oleh para pengundi. Tentulah juga tidak timbul isu remeh temeh yang boleh membawa kepada perselisihan yang serious sekiranya perdebatan di adakan.

No comments:

Post a Comment