Sunday, April 12, 2015

PM MALAYSIA 2020 : MUKHRIZ MAHATHIR ....

Sirul teraniaya, saya perlu tolong — Tun Mahathir

.
MANTAN Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkuasa, Tun Mahathir meneruskan serangannya terhadap Najib Tun Razak menggunakan isu Altantuya. ‎

Kali ini beliau dilaporkan sebagai berkata, anggota Polis yang dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, Sirul Azhar telah teraniaya maka beliau (Mahathir) perlu menolongnya.


‎Bagi aku, apa sahaja yang keluar dari mulut Tun Mahathir pada waktu ini tiada lain melainkan peluru-peluru yang disediakan untuk memburukkan bagi tujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Isu yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir tentang siapa arah bunuh Altantuya contohnya, ia susah dipersoalkan berulang kali selama bertahun-tahun sejak dari awal oleh pihak Pakatan Rakyat. ‎Namun Mahathir tak pernah peduli dengan persoalan itu dari dulu.

Apabila sudah sampai masa Tun Mahathir rasa nak jatuhkan Najib, barulah dia peduli dengan persoalan-persoalan motif pembunuhan tersebut dan lain-lain. 

Ini menggambarkan, Mahathir akan guna apa sahaja isu untuk menjatuhkan Najib. Kenapa Mahathir bersungguh-sungguh nak jatuhkan Najib?

Bagi aku jawapannya mudah:

"Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020"

No comments:

Post a Comment