Luahan pengguna kad prabayar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya adalah salah seorang pembeli kad prabayar.Telah sedia maklum bahawa harga kad prabayar tidak akan dinaikkan berikutan pelaksanaan GST kerana semasa SST pun telah di caj 6%
Pada 1 April semua syarikat Telco telah mengenakan caj sebanyak 6% yang perlu ditanggung oleh pelanggan terhadap kad prabayar.
Pada 1 April juga banyak aduan telah dilakukan oleh pengguna tentang kad prabayar.
Pada 2 April pula Jabatan Kastam telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat Telco tetap mengenakan caj 6% tetapi bersetuju menambah masa berbual dan SMS pada kadar melebihi 6% dan telah dipersetujui oleh KPDNKK dan kementerian kewangan sendiri berkuat kuasa untuk tempoh 3 bulan
Masalahnya sekarang pengguna bukannya mahukan tambahan masa berbual dan SMS.Apa yang pengguna mahukan adalah harga yg asal semasa SST dan GST dilaksanakan.
Ramai pengguna yang menambah baki bukan kerana kehabisan baki tetapi simkad telah tamat tempoh.Pengguna mahukan harga yang dibayar semasa membeli kad tu kekal pada harga lama,bukannya nilai yang boleh diperolehi dalam kad prabayar tersebut walaupun ianya cuma 3 bulan
Kenapa syarikat Telco begitu ghairah nak menaikkan harga kad prabayar?? Kementerian berkaitan tidak perlu ikutkan sangat kehendak syarikat Telco tersebut sebaliknya pertimbangan apa yang diminta pengguna.
Walaupun benda ni berkuatkuasa 3 bulan,saya percaya syarikat Telco tentu selesa dengan caj yg dikenakan kepada pengguna,tentu harganya akan kekal.Kami pengguna tidak peduli nilai yang terdapat dalam kad prabayar itu samada tambah masa bercakap,tambah SMS sebab ramai pengguna dah menggunakan simkad selama bertahun-tahun.Kalau harga lama dikekalkan,tiada tambahan masa bercakap dan SMS pun ramai tidak kisah kerana pengguna pandai memilih untuk menggunakan Telco yang memahami kehendak pengguna.
Diharap pihak kementerian pertimbangkan harga kad prabayar ini semula.
Sekian terima kasih
*Saya adalah pengguna kepada celcom/maxis/digi/altel
... Aku terima melalui e-mail..
No comments:
Post a Comment