Thursday, April 30, 2015

KASTAM VS SKMM : MAT MASLAN SAKIT KEPALA ...

Kastam kata kad pre-paid tak kena GST, SKMM kata kena GST.. yang mana satu betul ni?


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan berbeza hari ini berhubung harga baru untuk kad tambah nilai telefon.

Menurut Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, harga berkenaan akan kembali kepada harga asal sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Jumaat.

Khazali berkata, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat semalam (28 April).

"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Menurutnya, jika isian semula itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

SKMM pula dalam kenyataannya menyebut, kad isian semula akan terus dijual dengan GST.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43, katanya.

Halim berkata langkah untuk meminda harga agar kembali ke paras sebelum GST "agak mustahil".

Beliau antara lainnya memberi alasan, pihak penjual akan mengalami kerumitan kerana perlu membuat konfigurasi semula ke atas sistem.

"Bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektroini, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

“Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen pihak ketiga.

“Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara,” katanya lagi dalam kenyataan.

Tinjauan Malaysiakini awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian lapor Malaysiakini

PM NAJIB : AKU NAK LETAK JAWATAN? LAWAK APA NEH ?

Najib Degil & Enggan Turun Secara Terhormat...



Saya tidak akan menyerah kalah, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah, malah akan mempertahankan pentadbirannya, walau diasak dan diserang dengan pelbagai kritikan daripada banyak pihak.

Berdepan cabaran paling getir sejak mengambil alih tampuk kerajaan, Najib mempertahankan pentadbirannya, dan berkata ia mendapat sokongan penuh ahli Kabinet dan mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014, malam ini.

Najib ketika ini dilemparkan dengan pelbagai kritikan, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempersoalkan pelbagai skandal yang menyelubungi Putrajaya.

Najib berkata perjuangan murninya tidak keseorangan, malah tidak pernah hilang haluan dan menggesa orang ramai bekerjasama bagi memastikan negara maju.

"Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman.

"Ayuh, ayuhlah, bersama-sama berganding atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia," katanya.

Dalam ucapannya, Najib berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2014 sudah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah pentadbirannya.

"Sukacita juga, saya melaporkan pada 2014, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105%, manakala KPI bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110%.

"Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui sasaran yang dihasratkan dan mencecah kadar 120%," katanya.

Menyifatkan pencapaian yang dikecapi pentadbirannya sebagai membanggakan, Najib mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya membabitkan kepentingan rakyat.

"Walau yang demikian, seperti yang saya sering ingatkan, kita tidak pernah lalai atau terlupa masih terdapat ruang peningkatan dan penambahbaikan," katanya.

Kebelakangan ini, kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Najib semakin kuat kedengaran, malah ia datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya secara terbuka.

Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib dan mendakwa jawapan yang diberikan tidak mencukupi.

Antaranya membabitkan perkara seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib.

Beliau turut membangkitkan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencatatkan kerugian hampir RM42 bilion.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keborosan dan beberapa polisi yang diperkenalkan Najib yang dianggap merugikan negara dan punca kerajaan Barisan Nasional lemah ketika ini.

Pemerhati melihat keadaan dan kritikan berterusan ini akan memberikan kesan kepada kerajaan pemerintah jika tidak ditangani segera. – TMI(28 April, 2015)

ULASAN GB

Najib degil dan enggan turun secara terhormat. Bererti beliau ingin turun dari jawatannya dengan cara lain... mungkin dengan cara yang dasyat.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Sebelum ini GB telah menyatakan bahawa Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor. Akibat keborosan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib, rakyat menanggung beban dengan dikenakan GST.

Dan kita berharap Tragedi Semenyoh membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu. Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

Demikian peringatan Allah melalui hukumNya, hukum kebenaran dan keadilan, hukum yang lebih tinggi dari hukum hudud yang digembar-gemburkan mutakhir ini. Hukum itu di dalam Islam dipanggil sunatullah, di dalam ilmu falsafah dipanggil Hukum Pasti. Hukum kebenaran dan keadilan tidak perlu Private Bill, tidak perlu mendapat majoriti mudah malah tak perlu kelulusan Parlimen pun. Ia akan tetap berjalan sepanjang masa, semenjak sekalin alam ini diciptakanNya sekalian alam ini kembali kepadaNya.

Tragegi MH370 yang menyebabkan 250 penumpang hilang termasuk 49 orang warga Malaysia, tragedi MH17 seramai 259 penumpang termasuk nenek tiri Najib sendiri yang terkorban dan tragedi helikopter terhempas di Semenyih yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.

Apakah ia tidak lansung membuka mata hatimu Wahai Najib dan apakah kamu hendak tragedi yang lebih dasyat dari itu baru kamu hendak sedar tentang kekuasaan Allah swt?

Dan ingat Najib, kamu telah diberi peringatan lansung dari Allah satu ketika dulu...

Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya.



Wednesday, April 29, 2015

KAK MAH : AKU PUN KENA DENGAN TUN DR M ...

MALAYSIAKINI


  


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah."

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.

PM NAJIB : AKU KENA LAGI DENGAN TUN DR. M ...

 
Dr Mahathir menerima agenda kerajaan membayar hutang tetapi beliau tidak puas hati apabila duit negara hilang dan hutang luar negara meningkat.


mahathir kritik najib



KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pentadbirannya yang didakwa tidak bersih.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak puas hati kerana di bawah pentadbiran Najib, duit negara hilang dan hutang luar negara pula meningkat.

"Agenda kerajaan kena bayar hutang. Kalau bayar hutang saya tidak ada masalah. Menjadi masalah sekarang ialah duit (negara) hilang.

"Kalau satu juta, dua juta takpelah, ni sampai 14 juta, 20 juta hilang. Tidak tahu ke mana perginya. Ini persoalannya. Saya tak puas hati pasal duit hilang…duit kerajaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Perdana di German-Malaysia Institute pada Rabu.

Dr ‎Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib yang menyatakan beliau tidak akan berganjak walaupun 'diserang'.

Najib ketika berucap ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014 berkata, beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

MAT MASLAN : AKU PULAK YANG KENA ...

 
Menurut Dr Mahathir jawapan dan respon yang diberikan Ahmad Maslan menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu sebenarnya tidak mendalami GST.


maslam mahathir pulak


KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak Datuk Ahmad Maslan yang tidak tahu hal ehwal kewangan walhal memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri berkata, Ahmad Maslan sebagai pelaksana sepatutnya lebih arif tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, berdasarkan jawapan dan respon yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pontian sudah cukup membuktikan Ahmad Maslan sebenarnya tidak mendalami GST.

"Orang yang nak laksana tak paham apa dia (GST). Bila kita tanya dia pun tidak berapa tahu. Jadi nampak tak memahami secara mendalam. Saya pun kena bayar GST juga," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun beliau tidak memahami GST namun Ahmad Maslan tidak pula mengatakan apa disebutnya itu salah.

"Saya tak faham (GST) tapi apa yang saya kata dia (Ahmad Maslan) tak kata salah tapi yang dia cakap tu macam tak tahu apa.

"Jaga pasal kewangan tapi tak tahu pasal kewangan langsung, macam mana?," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Maslan menyifatkan Dr Mahathir tidak tahu GST kerana kemungkinan tidak mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir mengesahkan beliau tidak akan menyertai perhimpunan pada 1 Mei bagi membantah pelaksanaan GST.

Tuesday, April 28, 2015

MAT MASLAN : AKU INSAF ? JANGAN HARAPLAH ...

Ahmad Maslan tuduh peniaga pro pembangkang naikkan harga barang

.
‎NAMPAKNYA dimaki hamun dan diberi jolokan 'menteri bodoh' oleh orang ramai akibat mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh terutama berkenaan GST tidak pernah menginsafkan Ahmad Maslan.

Sebaliknya beliau yang juga Ketua Penerangan Umno ini‎ nampaknya semakin ghairah mengeluarkan lebih banyak kenyataan bodoh yang pastinya membuatkan rakyat terutama pengguna media sosial hilang sabar, lantas menghamburkan pelbagai kutukan kepada beliau. 

‎Terbaru, gara-gara mahu menegakkan benang basah apabila teori bodohnya yang mendakwa harga barang turun bila GST dilaksanakan hanyalah cerita dongeng, Ahmad Maslan cuba mencari pihak tertentu untuk dituduh dan dipersalahkan sebagai penyebab kenaikan harga barang di Malaysia.

‎Melalui akaun twitter miliknya, untuk menutup kelemahan cukai rakus GST, beliau menuduh peniaga pro pembangkang sebagai penyebab kenaikan harga barang.

Seperti biasa, kenyataan itu dihujani kutukan, perli dan maki hamun para pengguna twitter yang memberikan respon secara terus kepada akaun twitter ‎milik Ahmad Maslan.
Aku tak faham, apa guna Ahmad Maslan jadi menteri? Adakah dia diberikan portfolio khas untuk menyalahkan pihak lain bila dasar kerajaan tidak berjalan seperti yang dia mahu?

Sebelum laksanakan GST bukan main pukul canang kononnya kerajaan Barang Naik sudah cukup bersedia untuk mulakan GST. Persediaan apa yang dibuat? Persediaan untuk salahkan orang?

‎Aku syak Ahmad Maslan memang diarahkan supaya mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh tentang GST agar rakyat tidak begitu tertumpu kepada serangan bertali arus Dr Mahathir kepada pentadbiran Najib.

Serangan Dr Mahathir kepada Najib tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti bagi memastikan anaknya Mukhriz Mahathir‎ menjadi Perdana Menteri.

KAK MAH : GERAMNYER AKU ....

Najib 'ghaib' di Permatang Pauh?

MALYSIAKINI


  


Walaupun bahang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin terasa, PKR mendapati ada sesuatu yang 'hilang'  dari kawasan itu - poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlime Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini berkata tidak seperti kempen pilihan raya kecil lain ketiadaan poster memaparkan wajah Najib di Permatang Pauh sangat dirasai.

Kali ini, kata Sim, kebanyakan poster yang dinaikkan hanya memaparkan gambar calon BN, Suhaimi Sabudin tanpa dihiasi wajah Najib.

Sim turut mempertikaian sama ada perkembangan itu ada kaitan dengan kritikan keras bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ini menunjukkan Umno membawa bersama krisis politik dalamannya ke Permat

PM NAJIB : ADIK AKU KATA KAT SAPA NEH ???

Bos CIMB: 1MDB patut tangani kebimbangan

MALAYSIAKINI


  


Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menggesa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendedahkan segala maklumat yang perlu untuk meredakan kebimbangan mengenai firma pelaburan tersebut.

"Saya tiada penyelasaian kepadanya, tetapi saya fikir, kita mungkin sepatutnya tahu – dedahkan apa yang patut untuk membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar demi meredakan kebimbangan mereka.

"Saya hanya katakan apa yang nyata, semua orang bimbang mengenainya, jadi anda mesti redakan kebimbangan.

“Biar tiada lagi kebimbangan, itu sahaja,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga adik kepada perdana menteri diminta memberikan pendapat untuk menyelesaikan isu 1MDB susulan kritikannya ke atas firma itu, Khamis lalu.

Firma berkenaan tidak muncul di satu forum pelaburan utama, yang sepatutnya boleh menjadi medan untuk menangani isu melibatkan syarikat dicetuskan perdana menteri itu.

Tambahnya, rakyat akan membayangkan senario paling buruk jika tidak diberikan maklumat mengenai perkara itu.

Nazir bagaimanapun setuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa 1MBD bukanlah satu “risiko sistemik”.

Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa isu berkenaan perlu dijelaskan.

Tambahnya lagi, kebimbangan itu akan menjejaskan sentimen pelaburan, pasaran saham dan nilai ringgit.



Beliau menggesa demikian ekoran keengganan 1MDB untuk menjawab laporan yang mendakwa, jutawan Jho Low mengaut dana syarikat tersebut.

1MDB memberi alasan, firma itu tidak boleh mengulas mengenai spekulasi dan khabar angin di pasaran.

Sunday, April 26, 2015

MAT MASLAN : AKU BUKAN TAKUT, AKU MALU ...

Kalau Takut Katakan Takut Wahai Ahmad Maslan....



Ahmad Maslan tolak jemputan Pakatan untuk debat GST

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.

"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).

"Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di George Town, hari ini.

Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.

"Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap...sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar," katanya. – Bernama


GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat di antara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST.

"Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka.

"Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.

"Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau.

Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan Tun M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Dalam nada yang lebih sinis, Dr Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik tidak sepatutnya diberikan tugas penting.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd Asri. 
-astroawani

MAT MASLAN : AKU LEBIH CERDIK DARI TUN DR. M TAU ....

Mufti Perlis persoal mengapa ‘orang bodoh’ sertai Kabinet

Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi.

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.-TMI

Friday, April 24, 2015

UMNO : INILAH YANG KAMI MAHU ....


Percaturan menghancurkan PAS Oleh Mujahid Yusof Rawa

Suasana sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya. Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke hadapan.

Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini. Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India. Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan PR dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Umno Kecewa

Perkembangan dan pencapaian PAS sangat menyakiti Umno, sebab itulah sejak pasca 2008 lagi, Umno cuba melemahkan kebangkitan PAS. Taktik Umno menggunakan umpan "perpaduan Melayu" bagi melemahkan kemaraan PAS. Usaha sejak 2008 tanpa henti kononnya Melayu perlu bersatu-padu dan mengharapkan PAS dan Umno dapat melakukannya. Digerakkan slogan palsu ini bukan kerana Melayu perlu bersatu tetapi supaya PAS menjadi lemah dan memecahbelahkan kekuatan PR.

Slogan "perpaduan Melayu" naik satu tahap lagi dengan mempertaruhkan Islam sebagai umpan untuk PAS. Maka bermulalah episod isu Islam untuk menggoda PAS supaya PAS dipisahkan dari PR. Mereka membawa isu sentimen Islam dengan mempromosikan PKR sebagai liberal Islamnya manakala DAP adalah anti-Islam.

Serangan media ini bermula sejak 2008 hingga kini namun PAS tidak berganjak menyatakan komitmen kepada PR. Isu perpaduan Melayu dan Islam hanyalah usaha untuk melemahkan kemaraan PAS dan tanda kekecewaan Umno, tidak lebih dan tidak kurang.

Usaha Pecahkan Saf PAS

Salah satu taktik Umno melemahkan PAS ialah menyokong dari dalam PAS mereka yang sedia mengambil jalur keras untuk membawa Islam. Hujah yang selama ini dibawa oleh ISMA dan PERKASA sudah menyusup dalam PAS kononnya untuk memelihara dasar parti, PR tidak menguntungkan Islam dan mara ke Putrajaya hanya untuk memenuhi kehendak Anwar dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP. 

Begitu juga isu keputusan Tahaluf Siyasi PAS dituntut beberapa kali oleh Multaqa Ulama PAS untuk dibuat penilaian semula walaupun PAS berpegang dengan tahalufnya.

Percaturan kali ini bukan aturan dan aturcara yang ditetapkan oleh PAS dalam mencari penyelesaian. Kalau hendak dikatakan PAS tidak pernah berkonflik itu satu pembohongan tetapi PAS ada caranya sendiri, namun kali ini 'orang luar' yang mencaturkan PAS dan penyelesaiannya adalah mengikut skrip yang tamat ceritanya ialah "lemahkan PAS dan kemudian hancurkannya!" 

Membentuk Kelompok

Walaupun selama ini isu kelompok memang tidak dapat dielakkan dalam PAS tetapi ia hanya perbezaan pendapat yang masih di bawah kawalan. Namun semenjak kebelakangan ini usaha memecahkan lebih berstruktur dan canggih.

Taktik musuh PAS cuba membahagikan dua kelompok antara yang mempertahankan keberlangsungan PR yang mereka gelar "Anwarinas" dan kelompok yang kononnya mempertahankan dasar PAS iaitu "ulama". Umno tahu selagi kelompok yang mahu melihat PAS maju ke hadapan melalui PR menguasai parti maka amat sukar strategi Umno melemahkan PAS dari dalam.

Taktik pecah seterusnya ialah menanamkan kebencian kepada kelompok yang mahu bersama PR dengan tohmahan dan fitnah seolah kelompok ini lebih pentingkan kuasa dan sedia menggadaikan perjuangan PAS demi bersama PR.

Kelompok ini difitnah sebagai mengamal Islam liberal, tunduk kepada Lim Guan Eng dan menjadi barua kepada parti lain malah hilang wala' kepada parti. Taktik ini berjaya didoktrinkan sehingga perpecahan dalam PAS bukan lagi perbezaan pendapat biasa tetapi perpecahan yang menguntungkan strategi musuh yang sudah merekrut unsur dalam PAS sendiri.

Alat paling berkesan ialah sosial media yang menjadi rujukan utama doktrin pemisahan kelompok oleh musuh. Anasir dalam PAS digunakan untuk mengapikan lagi kebencian sehinggakan tidak ada lagi perasaan hormat menghormati malah ramai yang menjadi mangsa doktrin ini tanpa disedari.

Grand Design dan End Game

Trend memisahkan kelompok dalam PAS ini sejak 2008 adalah untuk membina momentum bagi MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) parti di mana ia adalah usaha penghapusan satu kelompok dalam PAS untuk membuka jalan supaya PAS akan lebih mesra Umno dan seterusnya meninggalkan PR. 

Ini adalah "Grand Design" dan "End Game" yang ingin dicapai oleh elemen Umno dalam PAS.Para konspirator melontarkan isu hudud, isu persempadanan semula dan isu anti Islam sebagai umpan menarik PAS lebih jauh ke dalam perangkap jahat mereka. 

Pencapaian objektif strategi mereka ialah pecahkan PAS supaya PAS tiada lagi dalam PR dan kerana itu lebih mudah untuk Umno menguasai PAS dan sekaligus melemahkan PAS yang sudah jauh ke hadapan kini.

Seruan Saya

Mari kita secara jujur dan ikhlas serta dengan mendapat petunjuk Allah untuk berfikir sejenakkegilaan apakah yang telah menimpa PAS hari ini. Ulama, wala' dan dasar parti cuba dipertaruhkan bagi tujuan kelompok kecil yang bekerja untuk tuan-tuan besar di luar PAS yang mahu melihat PAS lemah dan kemuncaknya hancur. 

Ketahuilah bahawa ia bukan soal ada "Anwarinas", "liberal", "anti hudud" atau "broker dan barua" dalam PAS seperti yang cuba dimomok-momokkan, ia adalah tentang satu konspirasi jahat dan para konspirator ada di kalangan ahli PAS dan pimpinan PAS sendiri di semua sektor parti. Tentera setia mereka ialah di kalangan facebookers hantu, bloggers upahan dan pengadu domba yang cap jarinya menyertai PAS belum pun kering lagi. 

Pesan saya, jaga dan selamatkanlah PAS daripada para konspirator dan PAS pada saat ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan kembali kepada landasan perjuangan yang betul, berhemah dan berperinsip.

Lebih utama PAS memerlukan ahlinya yang bijak membaca gerak geri para konspirator, umpama pepatah, "sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina".


MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit.

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.


Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat

Mazlan Aliman

Thursday, April 23, 2015

PAS BAKAL WAJAH BARU : TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA ???

Kerana Tidak Dikategorikan Sebagai Ulama, Dr. Abd Rani "Dipancung" Dari Jawatannya....



Akibat pertembungan dalaman, PAS hilang tokoh bawa Selangor ke puncak

Walaupun berjaya membawa PAS ke tangga paling tinggi dalam sejarah politik negeri, namun kerana beliau bukan tergolong dalam kumpulan ulama, Dr Rani Osman diketepikan daripada jawatan yang dipertua PAS kawasan Kapar, Selangor dalam pemilihan hujung minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru itu dikalahkan bekas timbalannya, Najhan Mohd Salleh sebagai yang dipertua PAS kawasan Kapar apabila hanya mendapat 114 undi berbanding 282 diperolehi Najhan.

Dr Rani menyertai bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang dijatuhkan di Kampar, Perak dan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari yang dijatuhkan di Alor Gajah oleh pencabar masing-masing yang terdiri daripada golongan ulama.

Sehari sebelum Mesyuarat Agung PAS kawasan Kapar, penulis berkesempatan makan malam dengannya bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada 18 April.

Ketika ditanya persiapannya menjelang pemilihan itu, Dr Rani dengan selamba berkata:"Aku tidak pernah kisah dan tidak pernah bincang hal pertandingan dalam kawasan. Lantak merekalah."

Begitulah pendirian doktor perubatan lulusan universiti dari Mesir yang bertubuh kecil ini.

Walaupun kecil, Dr Rani tidak pernah merasa rendah diri. Beliau menubuhkan "Kelab 52" untuk mereka yang bersaiz kecil, lebih rendah daripada 5 kaki 2 inci.

Beliau menamakan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sahabat baiknya, sebagai presiden kelab itu.

Hubungan mereka berdua rapat, tetapi penyokong kumpulan ulama dalam parti tidak menganggap beliau ulama, lantas tidak menerima Dr Ranisepertimana mereka menerima Tuan Ibrahim yang kini menerima pencalonan terbanyak untuk jawatan timbalan presiden.

Tuan Ibrahim setakat hujung minggu lalu memperolehi 59 pencalonan untuk bertanding kerusi timbalan presiden PAS, berbanding 9 yang diperolehi penyandangnya Mohamad Sabu.

Semasa menjadi pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani berjaya membawa PAS negeri ke aras paling tinggi apabila ia mencipta sejarah mendapat 15 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 berbanding 8 kerusi dalam PRU sebelumnya.

Namun kerana tidak berminat menjadi pemimpin besar, Dr Rani menulis surat secara peribadi kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memohon tidak dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Selangor selepas PRU13.

Hadi kemudiannya melantik Datuk Iskandar Samad sebagai pengganti Dr Rani.

Dr Rani mula menjadi calon PAS dalam PRU 2004 dengan mewakili PAS di kerusi DUN Meru, namun tewas.

Dalam PRU 2008, beliau menang di kerusi yang sama dan pada PRU13, beliau berjaya lagi di kerusi sama dengan tambahan bilangan undi.

Daripada majoriti 5,513 pada 2008, beliau berjaya menambah majoritinya kepada 9,079 pada PRU13.

Kerusi Meru merupakan lambang kerusi pelbagai kaum di negara ini. Ia umpama kedudukan Malaysia dengan komposisi kaum 60% Melayu, 27.5% Cina dan 12% India, di kalangan 39,457 pengundi.

Berpusat di Klinik Fitrah yang terletak di pekan Meru, Dr Rani menggerakkan sokongan untuk PAS di kawasan itu.

Hampir setiap hari beliau bergerak ke merata tempat dalam kawasan pilihan rayanya dan bertemu segenap lapisan masyarakat.

Dengan profesion sebagai doktor, beliau membantu orang sakit tanpa mengira kaum dan agama atau statusnya dalam masyarakat.

Sebagai bekas pelajar timur tengah, Dr Rani boleh bertutur bahasa Arab dengan baik di samping dapat memahami Al-Quran.

Hampir setiap Jumaat, beliau menjadi khatib di beberapa masjid di Meru termasuk Masjid Asy Syarif, masjid paling besar dan tersergam indah di pekan itu.

Malah, di Masjid Asy Syarif itu juga, Dr Rani pernah dikunjungi bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelang kejatuhannya, untuk membincangkan keadaan semasa, kerana beliau sedar kekuatan pengaruh yang dimiliki Dr Rani.

Namun, walaupun beliau memberikan kuliah agama hampir setiap minggu, oleh kerana status sebagai doktor perubatan, beliau tidak dikategorikan sebagai ulama.

Tanyalah Melayu, Jawa, Cina atau India di Meru, siapa Dr Rani. Tanyalah juga orang Umno di Meru, nescaya mereka akan kata, selagi Dr Rani calon PAS, jangan mimpi Umno akan menang semula di Meru.

Pendek kata, Dr Rani sangat berpengaruh dalam masyarakat pelbagai kaum di kawasannya. Namun ahli PAS nampaknya masih tidak berpuas hati dengannya.

Bagi Dr Rani, beliau tidak pernah terasa rugi dengan kekalahan sebagai yang dipertua PAS kawasan Kapar kerana beliau tidak pernah meminta jawatan itu.

Kalau jawatan pesuruhjaya PAS Selangor yang diberikan kepadanya pun pernah diserahkannya kembali, apatah lagi jawatan yang dipertua PAS kawasan yang perlu ditandingi untuk dimenangi.

Dr Rani gembira dengan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah, hilang lagi satu bebanan aku," katanya kepada penulis ketika memaklumkan keputusan PAS Kapar yang menolaknya sebagai yang dipertua.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bersuara.

"Inilah wajah baharu PAS," katanya memberi amaran PAS akan berwajah baharu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak dalam PAS yang berkempen besar-besaran untuk menguasai parti, dipercayai merujuk kepada pertembungan antara golongan ulama dan golongan profesional di dalam parti Islam itu.

ULASAN GB

Demikialanh episod yang menyayat hati di Selangor. Golongan yang dikatakan pro-ulama sanggup mencantas seorang pemimpin yang hebat semata-mata Dr. Abdul Rani tidak dikategorikan sebagai seorang "ulama" (dalam definisi mereka yang amat traditional).

Sewaktu beliau dilantik menggantikan Hassan Ali dulu, GB ada mengulas. Petikan:

Memerhatikan jawapan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman tatkala diajukan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat, menampakkan beliau memang seorang yang merendah diri dan tawadhu - sifat yang begitu jarang ditemui di kalangan pemimpin.

Biasanya seseorang akan melompat kegirangan apabila disebut-sebut sebagai exco, malah ada yang lebih dasyat, merancang pula nak jadi MB sebaik saja menang pilihanraya dengan pelbagai helah dan cara, tetapi tidak diizinkan Allah rencananya itu.

Malah satu ketika seingat GB, ketika nama Dr.Rani Osman disebutkan untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun, beliau sanggup bernazar hendak sembelih kambing jika tidak terpilih.

Dr.Rani mengetahui bahawa sesuatu "jawatan" itu bukan satu tasyrif (keistimewaan), tetapi satu taklif (bebanan tanggungjawab).

Inilah ciri yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda kepada Abd al-Rahman Bin Samurah ra:

"Wahai Abdulrahman, kamu jangan meminta imarah(pemimpin), kerana, jika tugas pemimpin diberikan kepada kamu kerana kamu minta ia akan diserahkan kepada kamu dan kamu dibebani. Jika ia diberikan kepada kamu bukan kerana kamu minta, kamu akan dibantu atas (kendalian) nya". - Bukhari, Muslim

PAS perlukan ramai pemimpin seperti Dr.Rani ini.


Sungguh berbeza dengan sikap dan perangai "ulama-ulama" yang ada dalam PAS kini. Berebut-rebut untuk mendapat jawatan, malah sanggup bertindak di luar batas akhlak Islam untuk menjatuhkan lawannya dari golongan progresif.

Dr. Abdul Rani sudah pun membuktikan bahawa semasa beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, PAS Selangpr berjaya memperolehi 15 kerusi DUN di dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Kita akan sama-sama selepas ini menyaksikan pula performance Iskandar Samad yang dijulang hebat oleh golongan Geng Ustaz di dalam pilihanraya akan datang nanti. 

TUN DR. M : BILA NAJIB NAK JAWAB NEH ???

MALAYSIAKINI


 


Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion.

"Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal," katanya.

Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya.

"Di mana wang yang lain?" soalnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.

Beliau menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) - RM8.5 bilion
2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) - RM2.3 bilion
3) Jimah Energy - RM1.2 bilion
4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) - RM320 juta
5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) - RM363.5 juta
6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion

ZAHRAIN : NAJIB BAGI AKU MAKAN, AKU KENA BODEK LA ...

 
Fakta mengenai kekayaan dan kemewahan hidup Najib dan Rosmah seperti yang disiarkan Tempo adalah tidak benar kerana ia mengambil fakta daripada media luar negara.


zahrain-tempo



PETALING JAYA: Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan mengadakan pertemuan dengan sidang pengarang majalah Tempo susulan laporan negatif terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Zahrain berkata, pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin bagi memberi penjelasan dan fakta sebenar termasuk latar belakang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, fakta mengenai kekayaan dan kemewahan hidup Najib dan Rosmah seperti yang disiarkan majalah itu adalah tidak benar kerana ia mengambil fakta daripada media luar negara.

"Saya melihat Tempo menulis berita itu dengan mengambil fakta daripada sumber lain termasuk media luar negara.

"Fakta itu tidak benar. Jadi saya mahu maklumkan fakta sebenar mengenai Perdana Menteri kita termasuk latar belakangnya," katanya kepada media di Bandung pada Rabu, lapor Harian Metro.

Tempo menyiarkan artikel berkaitan gaya hidup mewah Najib dan Rosmah dalam edisi khas sempena Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika yang akan diadakan di Bandung minggu ini.

Rencana bertajuk "Hidup Mewah Sang Perdana Menteri' turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Najib sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Artikel itu turut mengaitkan kekayaan luar biasa anak tiri Najib, Riza Aziz.

Dia dikatakan membeli dua unit kondominum di tengah-tengah kota New York berharga ratusan juta ringgit.

PM GST : INI SEMUA HASAN MALEK PUNYA HAL ....

shahbudindotcom




Tidak sampai sebulan selepas cukai GST dilaksanakan pada 1 April lalu, rungutan rakyat mengenainya boleh didengari di mana-mana saja ketika ini.

Tidak saja rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti, ahli UMNO dan penyokongnya pun tidak segan-segan mengeluh mengenai cukai baru ini. Yang memihak parti lawan tentulah boleh dijangka reaksi mereka.

Rata-rata mengadu perbelanjaan mereka sekarang ini mulai bertambah berbanding sebelum GST dilaksanakan. Ini kerana apa saja pembelian dilakukan, tambahan 6 peratus sudah sedia menunggu.

Jika di restoran tertentu pula, ia termasuk lagi caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Akhirnya tambahan yang terpaksa dikeluarkan ialah sebanyak 16 peratus.

Dalam pada itu, ada pula peniaga yang mengalami kekurangan pelanggan sejak cukai GST ini dikuatkuasakan. Mereka mengeluh ada pelanggan yang membatalkan hasrat membeli barangan apabila diberitahu ianya dikenakan cukai tersebut.

Seorang pengusaha bakeri di sebuah pusat membeli belah berkata, pelanggannya jelas berkurangan sejak GST dilaksanakan kerana ramai yang enggan membayar tambahan harga 6 peratus itu.

Di pelbagai lapisan masyarakat, rata-rata menyifatkan GST adalah umpama "pukat harimau" yang mengaut secara borong mangsanya, dari ikan paling besar hinggalah kepada sekecil-kecil ikan bilis.

Seorang Ahli Parlimen dari Sabah  misalnya yang membayar kos rawatan untuk anaknya sebanyak RM20 ribu dan ubat-ubatan lagi sebanyak RM5 ribu turut mengeluh kerana GST menyebabkannya terpaksa membayar tambahan 6 peratus lagi daripada jumlah itu.

Semua aspek perbelanjaan rakyat ketika ini mengalami kenaikan, tidak kira sama ada seseorang itu orang kaya mahupun orang miskin. Malah ramai juga bersungut kerana aktiviti kesukaan harian iaitu minum teh tarik bersama rakan-rakan pun turut dikenakan GST.

Selain itu, walaupun ada barangan tertentu dikecualikan GST tetapi apabila mereka membelinya di pasaraya, semuanya dikira sekali dan dari jumlah keseluruhannya tetap juga dikenakan tambahan 6 peratus itu.

Hakikat bahawa ada barangan tertentu turun harga sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan, langsung tidak dirasai oleh rakyat. Apa yang mereka rasai hanyalah kenaikan saja.

Bagi yang membayar bil-bil harian juga mulai mempersoalkan kewajaran mereka dikenakan cukai GST sedangkan yang lebih mengaut keuntungan ialah syarikat pengendalinya.

Dalam keadaan sekarang, selain syarikat pengendali harus membayar cukai perniagaan mereka, rakyat yang menjadi pengguna juga turut dibebankan sama.

Apakah ini maknanya apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan bahawa GST adalah sistem cukai yang lebih telus, cekap dan berkesan?

Dengan GST umpama "pukat harimau" yang mampu menangkap sesiapa saja sebagai mangsanya, rakyat sebenarnya lebih percaya ia adalah kaedah paling mudah bagi kerajaan untuk mengaut perolehan yang lebih baik bagi mengisi kantung perbendaharaan negara yang selalu menipis akibat pemborosan dan pembaziran.

Dan ini sekaligus meletakkan kerajaan pimpinan Najib Razak lebih dibenci majoriti rakyat kerana seolah-olah menjadikan mereka sebagai mangsa pembulian yang berterusan.

Baru tidak sampai sebulan, luapan kebencian akibat GST ini sudah boleh dirasai di mana-mana. Bayangkan jika setelah 3 bulan, 6 bulan atau setahun selepas ini?

Kebencian yang makin membuak-buak ini jugalah yang menjadikan serangan dan kritikan Tun Mahathir terhadap Najib lebih mendapat sambutan daripada rakyat. Ini kerana Tun Mahathir jelas tidak berapa senang dengan GST dan meminta rakyat menunjukkan bantahan mereka di peti undi jika tidak bersetuju dengannya.

Apa yang mereka harapkan dengan berlakunya perubahan kepimpinan melalui apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir nanti, akan berlaku sesuatu yang positif berkenaan GST ini. 

Oleh kerana ia sudah dilaksanakan, ramai yang bersetuju mungkin agak sukar untuk membatalkan terus perlaksanaan cukai itu tetapi kadar 6 peratus yang dikenakan sekarang tentu boleh dikurangkan kepada 4 atau 3 peratus misalnya.

Melihat kepada serangan Tun Mahathir yang semakin agresif, dari 1MDB dan Sirul tetapi kini makin melebar kepada aspek lain seperti  Jambatan Bengkok, Rel Berkembar, budak-budak tingkat 4 ala British, pembaziran dan sebagainya, adalah langkah terbaik dalam meraih sokongan jika isu kadar GST yang dianggap membebankan turut menjadi subjek bekas Perdana Menteri itu selepas ini. 

Percayalah, Tun Mahathir akan lebih disokong dan disukai rakyat jika turut menolak kadar 6 peratus itu.

PUNAHSIHAT PM : MENYIBUK LAH DIORANG NEH ...

KELAB GREENBOC



 

Majlis resepsi anak PM selesai

Majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur berlangsung dengan meriah di Almaty, Kazakhstan.

Menurut kenyataan yang disiakan Jabatan Perdana Menteri, majlis Nooryana Najwa Najib dan suaminya, Daniyar Kesikkbayev telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan dihadiri 250 jemputan dari Malaysia.

Ia berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 19 April lalu. Berbeza dengan majlis di KLCC sebelum ini, ia diberikan liputan dan gambar pasangan serta keluarga masing-masing disiarkan media.

Sebelum majlis resepsi bermula, Perdana Menteri dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Di mana Najib?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.

Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.
 -FMT

ULASAN GB

Baru saja Tun Mahathir menyelar gaya hidup mewah Najib & Rosmah, tup-tup Najib dan Rosmah hilang lagi, rupa-rupanya ke Kazakhstan untuk majlis resepsi perkahwinan anaknya di sana.

Anehnya pemergian mereka ke sana lansung tidak diberitakan. Ianya hanya diketahui apabila akhbar di Kazakhstan yang memberikan liputan.

Dilaporkan seramai 250 orang jemputan dari Malaysia mengikuti rombongan tersebut. Wah ramai tu... Berapa kos dan siapa yang menanggung perbelanjaan? Mungkin ia acara persendirian Najib dan Rosmah dan tidak sepatutnya ditanggung oleh negara.

Tetapi berdasarkan maklumat di akhbar Kazakhstan satu pertemuan dua hala di antara Najib dan Presiden Kazakhstan telah berlansung pada Nursultan Nazarbayev pada 17 April yang lalu. Bererti lawatan Najib itu ke Kazkhstan itu adalah satu LAWATAN RASMI yang ditanggung dengan wang rakyat. 

Apakah ia juga bererti kesempatan itu digunakan oleh Najib dan Rosmah membawa 250 orang jemputan untuk majlis yang bukan majlis rasmi negara iaitu majlis resepsi perkahwinan anaknya dengan ditanggung menggunakan wang rakyat?

Nampaknya dari awal, Najib dan PMO telah sembunyikan laporan Najib & dan Rosmah ke Kazakhstan itu bersama-sama lebih 250 jemputan dari pengetahuan rakyat.

PM 1 MDB : PEMBELOT TUNJUK BELANG LAGI ...

MALAYSIAKINI


 


Sebuah laman web pro-Umno mendakwa, terdapat pemimpin Pemuda Umno yang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman Mykmu.net melaporkan, usaha itu dilakukan dalam satu mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin malam tadi.

Dalam mesyuarat itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro (kanan) didakwa menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan presidennya.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda Umno Rompin dilaporkan turut melahirkan rasa tidak percaya dengan penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu lalu.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu sekadar untuk membeli masa bagi menunggu laporan Ketua Audit Negara.

"Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda Umno Malaysia adalah kepada jawatan presiden Umno bukannya kepada Najib Tun Razak.

"Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan perdana menteri semasa pertemuan Pemuda Umno Malaysia minggu lalu dan percaya Najib hanya buying time (membeli masa) untuk menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara," kata laporan itu.

Malah, laporan itu mendakwa, Azwan yang pernah menjadi ketua Pemuda Perak turut beranggapan, Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai tindakan itu ialah Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Laporan itu menyebut, pandangan Azwan itu turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai.

Mykmu.Net juga mendakwa, Azwan akan berada di Permatang Pauh esok untuk meneruskan agenda yang sama.

Arman: Cuma mahu naikkan rating

Khairy dan Azwan masih lagi tidak memberi sebarang respon terhadap dakwaan ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Arman menafikan laporan oleh Mykmu.net dan mengatakan ia bertujuan hanya untuk mendapatkan menaikkan rating laman web itu.

Malah, Arman (kanan) berkata, semasa mesyuarat itu semalam, tiada mana-mana pihak yang mendesak Najib meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Jelasnya, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu semalam adalah tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya nak sanggah apa yang di perkatakan oleh penulis Mykmu yang mengatakan perbincangan untuk jatuhkan Datuk Seri Najib dalam sesi perbincangan semalam.

"(Saya) nak tanya, penulis ada ke dalam perbincangan semalam atau sekadar mendengar cerita dan manipulasi cerita sekadar mengejar rating bagi portal Mykmu?" soal Arman.

Malah Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim turut menafikan perkara sama.

Dalam tulisan di Facebooknya, Hahasrin berkata, perbincangan malam tadi menjurus kepada gerak kerja parti di peringkat Pemuda Umno Johor termasuk berbincang isu nasional.

"Tidak timbul isu untuk Pemuda buat gerakan menjatuhkan pemimpin.

"Pemuda masih berpegang kepada kesetiaan dalam perjuangan parti dan kepada pihak yang mengambil kesempatan digesa untuk menghentikan tohmahan dan tuduhan liar tersebut," tulisnya.

Wednesday, April 22, 2015

1 MDB : PENIPUAN YANG TERKANTOI ...

1MDB MULA-MULA PERSEPSI TAPI KINI DAH JADI REALITI




Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin berserabut apabila didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI di Singapura, dedah Sarawak Report hari ini.

Menurut laman sesawang pemberi maklumat itu, bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎.

"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report.

Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, dua hari selepas perdana menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di Bank BSI Berhad di Singapura.

Sarawak Report berkata, maklumat lain yang diperoleh daripada sumber di Singapura mendakwa tiada wang tunai sebenar dalam akaun Brazen Sky Limited.

Katanya, berdasarkan sumber, akaun itu semata-mata mengandungi "aset atas kertas" dan "nilai sebenar yang tidak boleh ditentukan".

Laporan itu menyatakan aliran wang 1MDB semakin berbelit dan mengelirukan selama bertahun-tahun ‎membuat pelaburan dalam pelbagai akaun selepas membatalkan kerjasama pertamanya dengan syarikat Petrosaudi International pada 2009.

Sarawak Report juga mendakwa melihat bukti Arul Kanda secara senyap menyerahkan laporan 1MDB kepada pihak berkuasa yang berkaitan, selepas timbulnya dakwaan mengenai akaun di Bank BSI‎ di Singapura.

Katanya, ada bukti menunjukkan Arul menyerahkan salinan penyata bank termasuk penyata semasa November 2014‎ Brazen Sky Limited di Bank BSI.

"Bagaimanapun BSI memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu adalah palsu dan bukannya berasal daripada bank itu sendiri.

"Ini perkembangan dahsyat, melemahkan kedudukan 1MDB berkaitan kehilangan berbilion ringgit daripada akaunnya, dan situasi sekarang melibatkan pemeriksaan mengikut undang-undang dan peraturan.

"Sekarang sudah enam minggu selepas Ketua Audit Negara diarahkan perdana menteri menyiasat akaun tetapi masih tidak ada perkembangan hasil," katanya.

Sarawak Report juga mendakwa, pihaknya difahamkan melalui beberapa sumber yang syarikat utama dan pelanggan korporat BSI adalah ahli perniagaan Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low.

Low dikatakan individu di sebalik beberapa pelaburan yang dibuat 1MDB, termasuk urus niaga pemindahan AS$700 Petrosaudi ‎ke dalam akaun yang dikendalikannya dengan nama Good Star Limited di RBS Coutts di Zurich.

"Petrosaudi pada mulanya mendekati BSI yang berpusat di Geneva di‎ ketika cuba membuka akaun Swiss untuk Good Star pada 2009, untuk menempatkan sejumlah AS$700 juta yang dibawa keluar hasil perjanjian kerjasama.

"Sarawak Report mendesak pihak berkuasa Australia menyiasat peranan Bank BSI berkaitan 1MDB dan urusan perniagaannya dengan pelanggan utamanya iaitu Low," katanya.