Panas ! Ahli Umno Dibawah diperguna macam lembu saja...!!!
Nampak
sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu
kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam
lembu saja,
Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini.
UMNO sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.
Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai’ah di depan Dr Mahathir Mohamad supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN.
‘Initiative’ yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.
Jika berbai’ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad.
Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.
Kenapa sampai bersumpah?
salah hampa jugak... dulu lagi chek dah habaq mai... jangan jadi boddo tapi hampa ketegaq... suka nak jadi lembu jugak... las-las hampa yg tak leh tahan... hampa taubatlah, masih ada masa lagi... depa tu karut jaaa...
ReplyDelete