Pas Dan Umno Cemburu Dengan Saya - Ibrahim Ali
PETALING JAYA: Presiden
Perkasa Datuk Ibrahim Ali boleh dilabel sebagai seorang yang suka membangga diri
serta gemar mencanang kehebatan sendiri.
Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam.
“Dalam tempoh empat tahun (Perkasa ditubuhkan) ahli Perkasa sudah 300, 000 orang.
“ Saya tidak dapat satu benda dari (Najib) Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau saya dapat geran saya boleh kumpulkan orang Melayu seramai 500, 000 atau sejuta umat Melayu,” katanya.
Beliau merujuk kepada kepada kehadiran program perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa semalam yang munurutnya 10, 000 orang.
“Ini tidak kira lagi berpuluh-puluh bas yang belum sampai kerana tersekat di tengah jalan kerana mereka bertolak lewat,” tambah presiden Perkasa itu.
Ibrahim juga mengatakan beliau seorang yang setia kepada parti tetapi menjadi mangsa cemburu kepada orang PAS dan Umno kerana kehebatannya.

No comments:
Post a Comment