KAUT UNTUNG PELAJAR!!! Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan
daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang
pekerjaan kepada mereka.Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.
Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak.
UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam
No comments:
Post a Comment