Umno Kedah bongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri
Dalam soal ini Kedah Times ucapkan tahniah kepada UMNO Keda yang bakal membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan PAS Kedah.
Kalau dilihatkan dari segi masa, mandat kerajaan persekutuan hanya ada
4-5 Bulan sahaja. Cuma kita nak tanya UMNO Kedah, mampukah nak bongkar
semua kelemahan PAS dalam masa singkat ini?
'Gelombang Merah' telah dilancar dah lama dah tapi pihak yang bercakap
hebat di UMNO tidak ambil peduli pun. Kini bila di PAU, nak selongkar
segala manika kelemahan PAS. 4 tahun yang lalu apa UMNO Kedah buat?
Kes KUIN, SULIHH, balak sehingga MADA menghadapi masalah, dan pelbagai
kelemahan telah lama di bongkarkan tapi mereka-mereka yang sepatutnya
membawa isu ini sehingga ke akar umbi tidak melakukan apapaun.
Kedah Times agak hairan, kemana pergi jentera-jentera
dibahagian-bahagian yang sepatutnya memainkan peranan lebih besar dalam
menyalurkan-maklumat tentang kelemahan kerajaan PAS. Apakah mereka sibuk
dalam kerja-kerja melobi orang-orang yang teringin sangat untuk menjadi
calon PRU13?
Atau disebabkan Kedah berada dibawah pembangkan, maka banyak peruntukan
disalurkan dan jentera-jentera tersebut asyik berebut-rebut berapa
banyak masing-masing akan dapat dan sebagainya. Sehingga lupa perjuangan
asal yang sering dilaungkan bila diberi sedikit semangat.
Sebab itu Kedah Times lihat, ada pemain-pemain politik di bahagian
menjadi lebih kaya dari sebelumnya kerana banyak peruntukan yang
disalurkan. Tetapi rakyat bawahan tidak merasainya.
Terkini Kedah Times dapati, UMNO sudah mula tidak disebut lagi. Individu
lebih diutamakan. Banner-bannner, khemah, streamer dan sebagainya sudah
tiada lagi lambang UMNO. Yang terbentang besar ialah gambar individu.
Inilah yang merosakkan UMNO. Dalam setiap urusan dan hal, nama mereka diutamakan, UMNO diketepikan.
Amat malang bagi UMNO jika masih menyimpan pemimpin-pemimpin seperti ini.
P/S: BETOI KATA MERBOK TIMES, MEMANG UMNO KEDAH LEMBAB. SEMUA BAHAGIAN DAN CAWANGAN PUN GEDEBE. KEDARAH DUIT RAKYAT BANYAK SANGAT, ITULAH JADINYA. PERUT BUNCIT, MALAS LA NAK BUAT KEJA. LEMBAB MCM UNTA PADANG PASIR.
GENG PAS DAH STANBY MCM-MCM BUKTI, CUMA TUNGGU DEPA BAWAK KLUAQ ISU JA. TUP-TUP SAMPAI HARI NI X DAK. MELUAT DAH AIHH TUNGGU HANGPA. GEMPAQ JA LEBIH, TAIK PUN X DAK ...PRU 13 DEKAT DAH AIHHH...
No comments:
Post a Comment