AHLI UMNO TELUK INTAN TAK PUAS HATI UMNO BAGI KRONI
TELUK INTAN - Sepucuk surat telah dihantar kepada
PM, TPM dan MB Perak tentang isu rasa tidak puas hati atas pengagihan
lot-lot rumah di Teluk Intan. Surat yang tidak bernama tersebut
dipercayai telah ditulis oleh salah seorang ahli jawatankuasa UMNO
Bahagian Teluk Intan.
Surat tersebut juga telah diberikan kepada UMNO Bahagian Teluk Intan,
PAS Kawasan Teluk Intan, PAS Kawasan Bagan Datoh, PAS Kawasan Tapah dan
PAS Kawasan Pasir Salak.
Menurut surat bertarikh 3 Disember 2012 itu mendakwa AJK UMNO Bahagian
Teluk Intan tidak berpuas hati atas pengagihan lot-lot tanah rumah di
Lot 8660 Jalan Kg. Banjar, Teluk Intan kepada kroni-kroni beberapa orang
pemimpin dan wakil-wakil rakyat UMNO.
Menurut surat tersebut, antaranya ialah :
1. Lima lot kepada kroni ADUN Rungkup
2. Lima lot kepada kroni ADUN Kg. Gajah
3. Lima lot kepada kroni Ayer Kuning
4. Lima lot kepada kroni Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan
5. Lima lot kepada kroni kakitangan Pejabat Tanah Teluk Intan, dan
6. 11 lot kepada kroni ADUN Sungai Manik.
Mereka juga akan bertindak membuat tunjuk perasaan atas dasar
pembahagian lot-lot tersebut telah diberi kepada kroni-kroni pihak
tertentu tanpa mempertimbangkan pihak yang berkhidmat di UMNO Teluk
Intan.
Surat itu juga menegaskan tidak akan bertanggungjawan jika ada sebarang
tindakan dalam kalangan ahli-ahli yang tidak puas hati yang dirasakan
tidak diambil peduli oleh pihak UMNO Perak.
Apa yang menarik ialah tajuk surat tersebut ialah TIDAK PUAS HATI DAN AKAN BOIKOT PRU13.
umno bn perompak menyamun hak rakyat tak percaya kan dah terkena penipuan umno hanya utk kroni mereka saja.Sama sama lah kita beralih dan sokong pakatan rakyat undilah pakatan rakyat ok.
ReplyDeleteMakin merapu la UMNO
ReplyDeletela ni depa kata depa nak boikot PRU13 tapi bila hari mengundi nanti dok pangkah dacing situ.
ReplyDelete