Musa Hassan dan aksi Bollywood
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Semakin dekat dengan PRU13, bermacam-macam
kejutan berlaku. Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan
pembongkaran ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, yang rapat dengan Najib Razak
dan isterinya, Rosmah Mansor antara kejutan yang menarik perhatian
umum.
Bagaimanpun, ramai beranggapan, "jalan
ceritanya" masih panjang ... malah kemungkinan ada kejutan lebih sensasi sebelum
kisah kontroversi itu berakhir.
Tidak mustahil akan terakam tragedi lebih besar
apabila kita melintas tahun baru 2013 nanti. Ketika menulis kolum ini, jam 11.30
malam, 4 Disember, khabarnya ada darah yang tumpah gara-gara samseng Umno
menganggu Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak. Mungkin ia merupakan manifestasi
semangat berkobar-kobar ekoran pidato berapi-rapi Najib Razak yang
mengisytiharkan perang kepada Pakatan semasa menutup Perhimpunan Agung Umno
(PAU) 2012!
Dalam masa sama, Himpunan Kebangkitan Rakyat
yang berlangsung di seluruh negara, bermula di Seremban sebulan lalu, mendapat
sambutan cukup memberangsangkan. Selain mencatatkan kehadiran luar biasa, ia
juga menyaksikan sederetan nama-nama besar, termasuk bekas pegawai kanan
kerajaan dan swasta, serta tokoh korporat menyertai PAS.
Terbaru di Batu Pahat, Johor, bekas Pengerusi
Dewan Perniagaan Melayu dan Dewan Perniagaan Kebangsaan, Abdul Rahman Maidin
menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sekali gus
membuktikan "kubu kuat" Umno di negeri asalnya itu sudah pecah dan roboh. (Ramai
pembaca meminta Harakah menyenaraikan kembali tokoh-tokoh atau personaliti besar
yang telah bersama PAS berserta profil masing-masing).
No comments:
Post a Comment