Thursday, December 6, 2012

UMNO KEDAH : PAS KEDAH BUBAR ...

Macam ini rupa ahli PAS Kedah masuk jadi ahli UMNO.

Semasa PAU12 ada ura-ura satu kejutan 2 bekas pemimpin PAS akan masuk UMNO, namun tak kesampaian pulak.. Kesian..

Diatas hajat yang tak sampai, UMNO Kedah telah mengambil inisiatif satu lakonan wayang cina...kah kah..

 KUALA NERANG, 5 Dis -- Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua,kiri) beramah mesra bersama 16 anggota Pas yang menyertai Umno selepas bertindak keluar parti tersebut pada majlis penyerahan borang keahlian Umno di Kampung Genting Palas, di sini malam tadi.
Turut menyaksikan Ketua Pemuda Kedah yang juga Penyelaras Parlimen Padang Terap Badrul Hisham Hashim (kiri).
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA



KUALA NERANG, 5 Dis -- Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga,kiri) menerima borang menyertai Umno daripada wakil 16 anggota Pas yang bertindak keluar dari parti tersebut pada majlis penyerahaan borang keahlian Umno di Kampung Genting Palas, di sini malam tadi.
Turut menyaksikan Ketua Pemuda Kedah yang juga Penyelaras Parlimen Padang Terap Badrul Hisham Hashim (dua,kiri).

--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA

Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja..
P/S : TU DIA AIH ...
berita bernama kata : 16 ahli pas kedah masuk UMNO ...
berita the star kata : 160 ahli pas kedah masuk UMNO ...
berita metro kata : 1,600 ahli pas kedah masuk UMNO ...
berita utusan kata : 16,000 ahli pas kedah masuk UMNO ...
berita harian kata : 160,000 ahli pas kedah masuk UMNO ...
AKHIR SEKALI : 
berita TV3 - buletin utama kata : pas kedah bubar, semua ahli masuk UMNO tinggal MB Ustaz azizan sorang ja ahli PAS...

No comments:

Post a Comment