Tuesday, December 18, 2012

UMNO: USAHA DAH BUAT, KALAH ITU PASTI ...

Tiada indikator jelas untuk BN kekalkan kuasa

Tiada indikator jelas untuk BN kekalkan kuasa Jika kita melihat kempen Umno-Barisan Nasional menerusi media massa, sama ada Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lebih lebih lagi TV3, kita akan melihat seolah-olahnya Pakatan Rakyat akan musnah dan tidak mampu mentadbir negara.
Media yang dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN ini, setiap detik dan hari, memang sengaja memaparkan imej yang paling buruk kepada Pakatan Rakyat. PAS, PKR dan DAP diserang siang malam. Pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang setiap masa.
Media pencacai ini cuba untuk menonjolkan imej hebat Umno-BN. BN yang sangat hebat dan berpengalaman berkuasa selama lebih 50 tahun dalam negara.


 
 BN yang dikhabarkan begitu kuat dan ampuh daripada sebarang cabaran. Namun, kehebatan Umno-BN yang digembar-gemburkan, yang ditonjolkan dengan begitu hebat, tetapi realitinya berada di dalam kegelabahan untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat.
Jika Umno-BN terlalu kuat dan sukar digugat, mengapa Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan?
Pada kita, memang tiada halangan untuk Perdana Menteri membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya selepas tamat tempoh lima tahun kerajaan BN pada Mac 2013.


 
 Namun jika Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membiarkan tempoh kerajaan berakhir secara automatik, sedangkan dia ada kuasa membubarkan Parlimen lebih awal, ia hanya akan mencacatkan persepsi rakyat terhadap Umno-BN sahaja.
Tindakan itu bakal membuktikan bahawa selama ini Najib amat takut untuk membubarkan Parlimen. Najib tidak yakin BN akan menang, jika dipanggil Pilihan Raya Umum lebih awal daripada tarikh luputnya.
Bermula dari sekarang, Najib ada tiga bulan sahaja untuk 'survive'. Sebagai PM beliau ada kuasa untuk menentukan bila Parlimen hendak dibubar, bagi diadakan PRU.


Tetapi jika Najib hendak membubarkan Parlimen, beliau memerlukan indikator dan petunjuk yang meyakinkan. Najib sedar, dia harus menang besar, jika BN menang, tetapi lebih buruk daripada 2008, sudah tentu Najib akan 'ghuyub'.
Tetapi malangnya, selepas tiga minggu Perhimpunan Agung Umno (PAU 2012) diadakan, yang dikatakan perhimpunan menyuntik semangat juang Umno-BN, tiada apa-apa impak positif yang beliau peroleh.
PAU 2012 yang mendapat liputan media pencacai siang dan malam, ibarat melaporkan kisah 'seekor ayam yang bertelur tetapi riuh sereban.' Tiada apa yang dapat membantu Najib untuk membubarkan Parlimen, selain perhimpunan 'sarkas' yang mendapat sambutan kerana lawak terbaik.

1 comment:

  1. bismillah; firaun yang hebat di muka bumi pun tumbang juga akhirnya

    ReplyDelete