Tuesday, December 25, 2012

UMNO: UTUSAN TERSALAH KLENTONG ...

Utusan Malaysia laporkan berita bodoh tentang Amanat Hadi

LIHAT berita tentang "Amanat Hadi" yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Seorang warga emas bekas penyokong tegar PAS telah masuk Umno kerana menyesal terpengaruh dengan "Amanat Hadi" 30 tahun dahulu.

Warga emas berusia 80 tahun, diulangi 80 tahun itu adalah penyokong tegar PAS serta merupakan anggota Pemuda PAS Tahan Lasak. Kalau sekarang umur 80 tahun, "Amanat Hadi" dikeluarkan 30 tahun dulu, maknanya umur pakcik ni masa tu 50 tahun.

Umur 50 tahun bukan pemuda tahan lasak, itu orang tua nak kena gasak kah kah kah...

Pandai pula orang tua ni, dekat-dekat nak pilihanraya ke 13 baru nak menyesal padahal "Amanat Hadi" tu dah berusia 30 tahun kah kah kah...




Lagi satu, sejak bila pula Parti Islam, PAS ada tubuhkan Pemuda PAS Tahan Lasak? PAS tak pernah tubuhkan Pemuda Tahan Lasak. Kalau tak percaya sila tanya pakcik Google.

Pemuda Tahan Lasak ditubuhkan oleh United Malays No Otak, Umno iaitu gerombolan songkok tinggi tiga jengkal yang suka ke hulu ke hilir jerit "hidup Melayu!". Kalau tak percaya sila ke laman sesawang rasmi mereka ~ Umno Online



Pakcik ni dulu sebenarnya Pemuda Tahan Lasak Umno tahun 60 an, tapi dia lupa sebab dah tua jadi dia katalah Pemuda Tahan Lasak PAS. Wartawan Utusan yang samdol tu pun apa lagi terus capai pen tulis berita walaupun dia tahu ini berita bodoh kah kah kah...

ReJaM© "Ada saja cerita-cerita bodoh daripada Utusan Syaitan ni... "

No comments:

Post a Comment