6 Ahli Parlimen BN Bakal Di Tendang Oleh Najib Pada PRU13
Sekurang kurangnya enam ahli parlimen muda umno akan digugurkan dari
menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. mereka ialah Khairy
Jamaluddin MP Rembau, Azalina Othman Saad MP Pengerang, Saifuddin
Abdullah MP Temerloh, Noraini Ahmad MP Parit Sulung dan Fuad Zarkasi MP
Batu Pahat dan Bung Mokhtar MP Kinabatangan.
Menurut sumber wisma putra yang rapat dengan presiden umno, mereka
digugurkan atas sikap politik mereka yang liberal dan gentleman yang
tidak bertempat, telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak
memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya tidak setuju dengan dasar
diputuskan dan kuat membangkang dasar kerajaan pusat.
Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib Razak melakukan transformasi politik tetapi memberi kerugian kepada Barisan Nasional untuk terus mengumpul harta individu sebanyak mungkin.
“mereka juga degil dan hendak menunjuk pandai,” kata sumber wisma putra.
Manakala dua bekas ketua umno iaitu Azalina dan Noraini bakal digugurkan
kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap
mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan
menteri, pengguguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut
dengan Rosmah Mansor.
Menurut sumber dari wisma putra, keenam enam MP Barisan Nasional ini akan di gantikantempat mereka dengan calon calon baru yang lebih matang dan berkaliber dan sedia berkhidmat demi tranformasi Najib Razak dalam memajukan hutang negara supaya melebihi RM 500 billion tahun hadapan.
Menurut sumber dalaman wisma putra punca utama kepada pengguguran pencalonan mereka adalah kerana mereka telah menolak sistem AES jpj, menerima idea pro mahasiswa, membuat demonstrasi jalanan, mengakui kelemahan umno pada pembangkang, meminta royalti minyak kelantan di kembalikan, menolak sumpah munafik pemimpin umno dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment