PERUT MENTERI DAN PEMAJU SEMAKIN BUNCIT, PEKERJA MATI KATAK. ALAHAI 1MALAYSIA...!
Kononnya kita ada sistem OSHA (Occupational Health and Safety Act) yang
hebat. Ia dilancarkan dengan penuh janji palsu oleh gomen BN yang
diketuai piem maqasid syariah yang "sayang" pada masyarakat India.
Buktinya, masyarakat India ada wakil: S. Subramaniam yang jaga
Kementerian Sumber Manusia macam ladang terbiar!
Kita juga
ada NIOSH (National institute of occupational safety and health) yang
diketuai oleh Lee Lam Thye. Apa kabar Tan Sri? Tak larat buat keroje,
duduk rumah jer le!
TOLONG? |
Dua pekerja kontrak maut terkambus tanah runtuh ketika sedang membuat
kerja di Sungai Petani. Adakah keluarga dua mangsa ini akan mendapat
pampasan? Kita tunggu dan lihat apa Menteri nak buat.
Siapa sebenarnya pemaju untuk projek perumahan di Amanjaya ini?
Entah sudah berapa kali tanah runtuh. Entah sudah berapa buah bangunan
runtuh. Entah sudah berapa ramai pekerja maut. Menteri buat macam biasa
je. Macam takde apa-apa tragedi yang berlaku. Cakap berdegar-degar.
Rakyat bertarung dengan maut dalam perjalanan ke tempat kerja, semasa
membuat kerja dan pulang dari kerja.
Ini tak termasuk masalah kesan sampingan (externality factors) yang
menjadi kos kepada rakyat yang terkesan dengan projek, walaupun tidak
mendapat apa-apa manfaat dari projek.
Siapa bertanggungjawab?
Menteri Sumber Manusia?
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Menteri Kerja Raya?
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar?
Adakah demer akan tolak menolak tanggungjawab seperti kebiasaannya? Cari
kambing hitam macam selalu? Tunjuk jari pada pihak lain?
Semakin banyak kementerian semakin banyak masalah. Adakah kita masih mahu berterima kasih kepada gerombolan ini?
Perut menteri dan pemaju juga yang semakin buncit!Semakin banyak kementerian semakin banyak masalah. Adakah kita masih mahu berterima kasih kepada gerombolan ini?
No comments:
Post a Comment