"TEH TARIK TERAKHIR SEORANG YB" - JENTERA UMNO HARUS IKHLAS KAJI SIKAP PENGUNDI
(Y.B UMNO MERBOK)
PADA malam tanggal 7 Mac 2008 salah seorang bekas Yang
Berhormat (YB) yang menang dalam Pilihanraya Umum Ke-11 (2004) dengan majoriti
sebanyak 17,500 bersalaman dengan calon pengganti beliau. Dengan penuh yakin
beliau berkata dalam bahasa Inggeris; "Not to worry Datuk, you are safe
because if you loose by 50% of my majority also you will still win." Itu
adalah perkiraan matematik mudah menggambarkan keintelektualan
beliau.
Rupa-rupanya langit tidak selalu cerah. Teh tarik di restoran mamak di utara tanah air pada tengah hari 8 Mac 2008 itu merupakan teh tarik yang terakhir seorang YB. Tempahan secara diam-diam puluhan meja di salah sebuah hotel terkemuka yang kononnya untuk meraikan kemenangan pada 9 Mac 2008 secara besar-besaran terpaksa dibatalkan walaupun cengkeram sudah dibayar.
Mimpi negeri menjadi realiti. Calon yang kalah menjadi mamun (bahasa Kedah) atau mengigau seperti baru bangun dari lena panjang. Di mulutnya sentiasa melafazkan "I am ok, I can take It, no problem" tetapi realitinya ungkapan itu hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri yang ternyata kecewa.
Episod duka ini merupakan sedutan daripada puluhan lagi episod di sebalik tabir ketika dilanda ledakan tsunami politik 2008 di Kedah dan negeri-negeri yang Barisan Nasional (BN) kecundang. Apabila menoleh kembali, yang sebenarnya kemenangan besar pilihan raya 2004 disambut dengan kejadian tsunami yang amat dahsyat pada tahun itu juga sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Pilihan Raya Umum 2008 telah mengubah banyak landskap politik negara selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan seperti juga tsunami yang mengubah Aceh, Indonesia dan Kota Kuala Muda, Kedah.
P/S : TU CERITA Y.B TERAKHIR UMNO PRU 12. TAPI PADA PRU 13, MUNGKIN TAMATKAN RIWAYAT UMNO TERUS...
No comments:
Post a Comment