Isu Khalwat: The Star Jatuh Martabat Macam Utusan Malaysia
Akhbar milik MCA, The Star sudah sama tarafnya dengan Utusan Malaysia apabila ia mensensasikan berita yang mengelirukan bertujuan untuk menakutkan pembaca khusus di kalangan masyarakat bukan Islam.Ia berikutan tajuk muka depan akhbar itu semalam ‘Khalwat issue heats up’ dengan liputan tiga muka surat bertujuan memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran beramanah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, tindakan The Star itu adalah satu perbuatan yang memalukan, tidak bermoral dan penuh muslihat.
“Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.
“The Star mengeksploitasi kekeliruan pembaca di kalangan bukan Islam mengenai perbezaan ketara antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan.

No comments:
Post a Comment