Tuesday, December 11, 2012

UMNO MERBOK: BEKAS MP KAMI BENGONG ...

Demi Untuk aibkan ANWAR...Puak UMNO sanggup hina BJ Habibie

Kenyataan Zainuddin Gambarkan Kedangkalan Akalnya
KRITIK MALAM

Zainuddin, selalu perasaan.

Luahan rasa marah dan kebencian bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar sama dengan BJ Habibie sebagai pengkhianat adalah melampau dan bersifat kebencian yang tidak boleh diterima langsung.

Kalau pun Zainuddin benci kepada Anwar kerana tidak bersetuju dengan gaya politik Anwar yang mengambil berat kepada rakyat marhaen, dan anti korupsi sehinggakan sedia menentang Mahathir Mohamad, tidak sepatutnya beliau menghumbankan kata-kata demikian yang dilihat sangat tidak profesional dan boleh memberi implikasi negatif kepada negara bangsa.
Zainuddin mungkin ada bukti-bukti jelas menunjukkan Habibie sebagai 'pengkhianat' semasa beliau menjadi wartawan, tetapi beliau harus menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri kerana cara beliau melemparkan tuduhan itu secara terbuka adalah bahaya. Beliau boleh mendedahkan, tetapi dalam ruang lingkup tertutup secara berhemah.
Dalam satu laporan di akhbar tempat beliau mencari makan dan menjadi bos di situ dulu, Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa BJ Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negera ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.

1 comment:

  1. Kenapa dia tak tuduh orang yang menyerahkan Pulau Batu Putih, blok-blok petroleum sebagai pengkhianat?

    ReplyDelete