Wednesday, May 18, 2022

Zahid Hamidi Dibayar SG$200,000 Tunai Setiap Bulan Akui Ultra Kirana

 


"Bayaran SG$200,000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015. Dalam tempoh itu, kami ada pergi ke rumah beliau (Ahmad Zahid) di Country Heights, Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) meminta sumbangan bulanan dinaikkan. Selepas berbincang dengan Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, Pengarah UKSB) dan David Tan, kami bersetuju untuk (memberi) SG$300,000 sebulan.

"Kemudian pada 2017, Datuk Seri Zahid meminta untuk berjumpa kami berdua di kediaman peribadinya. Dalam pertemuan itu juga Datuk Seri Zahid meminta bayaran bulan dinaikkan berikutan pilihan raya umum akan diadakan.

"Selepas berbincang dengan Wan Quoris dan David Tan, kami bersetuju untuk menaikkan bayaran bulanan daripada SG$300,000 kepada SG$520,000 sebulan," katanya....

MalaysiaNow melaporkan.. Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menaja bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya.

Bekas pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

“Terdapat juga beberapa bulan kami tidak membuat bayaran tetapi kami telah menggandakan bayaran pada bulan berikutnya untuk menampung bulan yang kami terlepas.

“Secara peribadi saya tidak menyimpan rekod pembayaran itu namun saya tahu David Tan (pengurus pentadbiran UKSB dari 2012 hingga 2018) menyimpan lejar mengenai bayaran bulanan itu yang ditunjukkannya kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya (DPP) Abdul Malik Ayob.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15 itu mengesahkan bahawa UKSB telah menyerahkan wang tunai secara bulanan berjumlah antara S$200,000 dan S$520,000 kepada Zahid dari 2014 kepada 2018 berhubung Kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Sebelum ini, saksi ketiga pendakwaan iaitu bekas timbalan setiausaha bahagian hal ehwal imigresen kementerian dalam negeri Siti Jalilah Abd Manap memberitahu mahklamah bahawa Zahid telah melanjutkan kontrak UKSB bagi projek VLN meskipun kontrak sedia ada sah untuk tempoh tiga tahun lagi.

Menjelaskan bagaimana sumbangan itu bermula, Lee berkata Zahid telahy membayangkan bahawa beliau memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan Umno.

“Wang tunai itu disediakan oleh Tan. Setelah siap, Tan akan memberikan sampul mengandungi wang itub dan saya akan menghantarnya. Biasanya, kami bertiga iaitu Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani – pengarah UKSB), David Tan dan saya akan pergi sendiri ke rumah Zahid nsmun hanya seorang yang diberikan tanggungjawab menyerahkan wang itu.

Saksi itu berkata tarikh penghantaran wang itu tidak ditetapkan dan bergantung kepada keselesaan Zahid.

Beliau berkata meskipun pembayaran itu dikatakan untuk dana politik, UKSB tidak pernah memasukkannya ke akaun Umno atau diberikan resit atau perakuan bagi pembayaran tersebut.

Lee juga berkata UKSB tidak akan memberikan wang itu kepada Zahid jika beliau tidak memintanya.

Beliau berkata kali pertama bertemu Zahid ialah pada Mei 2013 di Hospital Tawakal ketika anak presiden Umno itu kemalangan dan dirawat di situ.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menrima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta S$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung hari ini.

No comments:

Post a Comment