Barisan bersatu (united front) dalam kalangan parti-parti yang mahu menjatuhkan Umno BN perlu dibentuk dengan segera dengan menjuarai isu-isu poket rakyat serta sensitiviti Melayu untuk Pakatan Harapan (PH) kembalikan semula kuasa rakyat.
ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata, Umno BN yang selama ini terkenal dengan dasar anti demokrasi pasti menggunakan peluang yang ada jika berkuasa semula untuk menutup ruang-ruang demokrasi.
Beliau percaya, kelesuan rakyat terhadap politik boleh meningkat sekiranya Umno BN memerintah semula dan oleh itu Pakatan Harapan (PH) perlu bersemangat untuk bangkit semula menghentikan penguasaan Umno BN dalam
PRU ke-15 ini.
“Kita tidak boleh menunggu sehingga pilihanraya umum seterusnya untuk berkuasa semula,” katanya.
Katanya, PH perlu menjuarai dan menyediakan dasar yang mampu menangani masalah perut rakyat termasuk isu harga barang, peluang pekerjaan dan perumahan.
Selain itu, PH juga perlu mengangkat perjuangan membela orang Melayu sebagai kaum terbesar dalam negara dan memahami sensitiviti setiap isu yang melibatkan sentimen perkauman.
Dan yang paling penting, katanya memantapkan kaedah komunikasi untuk membangkitkan semangat rakyat keluar mengundi dengan lebih banyak menguasai media sosial dan media mainstream.
Kerajaan Perikatan Nasional ini yang kini diterajui Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob adalah sebuah kerajaan yang tidak stabil kerana tidak dibentuk atas muafakat dan hingga kini tiada apa-apa dasar konkrit memulihkan ekonomi negara terutama kos sara hidup rakyat.
Sehubungan itu, katanya, sentimen kerajaan Melayu Islam hanya candu politik bagi menjatuhkan kerajaan sah PH, namun tiada apa-apa significant dasar Melayu Islam dalam kerajaan hari ini.
Secara umumnya, kerajaan PH ditumbangkan melalui fitnah dan propaganda yang gagal ditangkis dengan baik.
Oleh yang demikian, jelasnya, rakyat tidak seharusnya membiarkan kerajaan hari ini yang diterajui pimpinan Umno BN terus berkuasa kerana kerajaan ini masih terpalit dengan sikap korupsi dan gagal menyediakan dasar yang baik bagi memulihkan ekonomi.
“Peluang perlu diberikan kepada PH untuk mentadbir semula kerana terbukti PH berpegang kepada prinsip tadbir urus baik (good governance) dan kemampuan melaksanakan dasar baik memulihkan ekonomi.
“Oleh demikian, PH harus bersedia menggembeleng kuasa rakyat untuk mentadbir semula negara ini demi menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin korup dan zalim,” kata beliau lagi.
No comments:
Post a Comment