GEORGETOWN: Projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama di sini, yang menelan belanja RM12.9 juta dan baru dirasmikan Jumaat lalu mendapat kritikan selepas laluan bawah pejalan kaki di tembok berkenaan ditenggelami air laut pasang, kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr. Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri perlu melaksanakan ‘audit forensik’ bagi mengenal pasti punca berlakunya situasi berkenaan.
”Projek ini mempunyai dua aras tapak pejalan kaki yang disediakan dan pastinya direka sedemikian untuk digunakan.
”Semalam, tapak pejalan kaki di aras bawah tenggelam dimasuki air laut, apakah air laut banyak, melimpah masuk? Atau sememangnya direka sebegitu supaya boleh melihat ikan berenang di situ?” soalnya menerusi kenyataan Facebook.
Kelmarin,
MBPP dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu dibuat bermula petang kelmarin demi keselamatan orang awam.
Projek tembok laut Padang Kota Lama itu menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan ini.
Ia adalah inisiatif menaik taraf kawasan tersebut bagi menyediakan ruang awam berkualiti yang boleh diterima, menarik dan inklusif untuk semua pihak.
Menurut Muhamad Farid, sebelum ini parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera juga direka dan dibina dengan laluan pergerakan kereta kecil seperti kereta jenis Perodua Kancil sehingga pernah digelar Penang Hill Kancil Car Park.
”Jurutera perunding ada, jurutera MBPP juga ada, agaknya tidak ada sesiapa pun yang dapat menjangkakan aras air laut akan naik setinggi itu.
”Agaknya tiada rekod ketinggian aras air laut sebelum ini atau ini juga fenomena baharu di Pulau Pinang. Apapun hati-hati ketika berada di sana kerana Lebuhraya Bukit Kukus pun boleh banjir,” katanya lapor Utusan
Menjawab persoalan itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata ”Keputusan yang dibuat berkaitan projek ini memang dikaji dengan teliti bersama pasukan yang ada termasuk mengambil kira keadaan air laut pasang serta memastikan reka bentuknya dapat membuatkan orang ramai menghargai warisan sejarah yang ada di sini,”
Mengambil kira katanya.. tapi tak mengambil kira faktor keselamatan ke hinggakan bila berlaku air pasang besar terpaksa ditutup pula..
Laporan berkaitan..
GEORGETOWN: Persiaran teres bawah di tembok penahan ombak Padang Kota Lama yang menimbulkan kontroversi selepas ditenggelami air laut pasang Isnin lalu, direka secara khusus supaya pengunjung dapat melihat elemen konservasi warisan di kawasan berkenaan serta mengambil kira situasi air laut pasang di situ.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar Yew Tung Seang berkata, persiaran teres bawah di tembok itu dibina dengan mengekalkan ciri-ciri sejarah dan warisan tembok tersebut yang asalnya dibina pada 1807-an termasuk mengekalkan bahan binaan di situ yang menggunakan batu granit.
Katanya, selain mengukuhkan lagi tembok penahan ombak sedia ada yang usang dan meningkatkan kualiti ruang awam, projek itu mengambil kira elemen konservasi warisan yang sangat penting bagi Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
”Keputusan yang dibuat berkaitan projek ini memang dikaji dengan teliti bersama pasukan yang ada termasuk mengambil kira keadaan air laut pasang serta memastikan reka bentuknya dapat membuatkan orang ramai menghargai warisan sejarah yang ada di sini,” katanya dalam sidang akhbar di Padang Kota Lama, di sini hari ini.
MBPP bertindak menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di tembok laut Padang Kota Lama selepas berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut, Isnin lalu.
Ekoran kejadian itu, projek tembok laut Padang Kota Lama yang menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter itu mendapat kritikan ramai.
Menurut Tung Seang, bahagian teres bawah di tembok itu memang dijangka dipenuhi atau ditenggelami air laut semasa pasang purnama (spring tide) dan semasa air laut pasang seperti yang terjadi pada Isnin dan Selasa lalu.
”Ia bukan merupakan fenomena luar biasa kerana jangkaan ditenggelami akibat air laut pasang berlaku pada hari-hari yang dapat diramal untuk jumlah kumulatif 30 hingga 45 hari setahun untuk maksimum dua hingga tiga jam,” katanya.
Tambahnya, memandangkan bahagian persiaran teres bawah diwujudkan dengan tujuan khusus dan fenomena air laut pasang sememangnya dalam ramalan, tiada isu mengenai kecatatan reka bentuk yang timbul.
”Sistem saliran turut diuji dan dinilai secara positif untuk bertahan dalam semua keadaan cuaca termasuk ribut atau air pasang surut yang luar biasa. Selain itu, laluan tangga ke bahagian struktur batu lapis lindung diperlukan sebagai akses untuk kerja-kerja pembersihan memandangkan air pasang membawa sampah sarap ke pinggir pantai yang merosakkan pemandangan di kawasan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai langkah proaktif dalam menjaga keselamatan pengunjung di kawasan tersebut, papan tanda dwibahasa dipasang di pintu akses ke persiaran teres bawah.
Papan tanda itu bagi memberi makluman berhubung waktu operasi iaitu pada 7 pagi hingga 9 malam dan amaran penting termasuk larangan semasa air pasang, hujan dan ombak kuat.
”Selain itu, pintu akses ke persiaran teres bawah akan ditutup sekiranya berlaku keadaan cuaca yang tidak menentu dan teruk seperti ribut petir dan gelombang ribut,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment