Tuesday, May 10, 2022
TAK TIKAM BELAKANG BUKANNYA UMNO!SESAMA PEMIMPIN SUDAH BERBALAH
Semenjak Umno menjatuhkan kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Mahiadin, Umno bagai kaduk naik junjung,mereka mula membahagikan harta rampasan perang. Jawatan jawatan penting diatur diGLC dan di pejabat pejabat kerajaan.
Dalam pada itu,pemimpin Umno yang begitu ramai memegang jawatan penting di kementerian sudah mula menunjukkan taring. Ya taring itu digunakan untuk mengigit sesama mereka.
Shahidan Kassim dikatakan bergaduh dengan Tan Sri Annuar Musa,manakala YB Penggerang yang meletak jawatan sebagai timbalan speaker cukup kuat melobi dengan pemimpin PH bagi mendapatkan sokongan sebagai Speaker.
Ku Nan .. ya Ku Nan yang kita kenal kembali timbul,setelah dikaitkan dengan dakwaan rasuah,kita sangkakan beliau akan mengundurkan diri . Tetapi sudah mula mencakar dengan mahu mengigit YAB PM kerana tidak ada didalam senarai jemaah menteri.
Episod tikam menikam sesama sendiri,memang tak boleh dipisahkan dari Umno,sudah menjadi darah daging,sebati jauh sekali sesama mereka bersatu hati.
Kita dapat lihat jika mana mana pemimpin mereka sedikit tercalar langsung tidak akan dipertahankan sebaliknya mahu ditarik turun seberapa segera.
Keraajan baru sudah terbentuk dibawah kepimpinan baru, tumpulah menyelesaikan permasaalahan rakyat,wabak Covid19 yang melanda cukup memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat. Tetapi apa Umno peduli! asalkan kehendak nafsu politik dan selera besar mereka dipenuhi maka itu sudah dikira memperjuangkan hak parti dan ahlinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment