Thursday, October 22, 2015

Takiyuddin Berdusta, Ramai MP PAS Tidak Laksanakan Tanggungjawab


 
PAS ketepi perbezaan, undi tolak usul gantung Lim

PAS hari ini mengketepikan pergeserannya dengan DAP dan bersatu bersama pembangkang dalam undian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Gambar: Ahli-ahli Parlimen PAS yang tidak hadir/tak mengundi di Dewan Rakyat hari ini.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli PAS yang hadir hari ini mengundi menentang usul menggantung Lim.

"Prosiding hari ini adalah salah dari segi fakta dan undang-undang. Atas dasar itu, kami (wakil rakyat PAS) yang ada dalam Dewan hari ini menyokong menolak usul penggantungan itu.

"Bagi kami isu besar sekali adalah isu negara, bukan penghinaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen bersama-sama dengan semua pembangkang.

Antara wakil rakyat PAS yang hadir adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Turut bersama adalah bekas ahli parlimen PAS yang kini menganggotai AMANAH seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Sebelum sidang media itu, Dewan Rakyat menggantung Lim selama enam bulan kerana didakwa mempertikai integriti Pandikar melalui undi blok memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata parti itu menyokong usul membantah penggantungan Lim disebabkan pemimpin DAP itu tidak diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya.

"Kalau tengok dalam isu tuduhan fitnah ada pengecualian, sama ada ia justifikasi atau memberi komen balas, tapi Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan

"Bagi kami 'natural justice' tidak ditegakkan," katanya.

Pergeseran antara PAS dan DAP menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah dan melahirkan Pakatan Harapan dengan gabungan PKR, DAP dan AMANAH - parti Islam serpihan PAS. -mk

ULASAN GB

Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar.

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus).

Dilaporkan bahawa Nik Abduh, Nasruddin Hassan Tantawi dan Mohd Khairuddin hadir di parlimen tetapi berada di cafe sewaktu pengundian dijalankan.

Lansung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment