Roketkini.com
KUALA LUMPUR : MCA akan diingati sebagai parti pengecut jika terus berdiam diri terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika bekas presidennya, Tun Dr Ling Liong Sik berdepan saman fitnah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menjangka MCA akan berpihak kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan terus mendiamkan apa sahaja persoalan terhadap skandal kewangan itu.
"MCA akan terus diingati sebagai parti Cina yang tidak relevan serta pengecut," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau turut mempersoal sama ada MCA akan memutuskan hubungan dengan Liong Sik ekoran tuduhannya terhadap Najib atau sama ada parti itu akan mendesak Perdana Menteri memberi penjelasan skandal 'derma' RM2.6 bilion itu.
Lip Eng juga mencadangkan ahli akar umbi mendesak pimpinan MCA mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentu sama ada parti akan membiarkan Ling Sik berseorangan berdepan saman Najib Razak atau menyokong bekas presidennya itu.
Berdasarkan tindakan Najib terhadap Liong Sik, beliau berkata, Perdana Menteri tiada pilihan selain turut memulakan tuntutan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed yang menuduhnya 'mencuri duit'
No comments:
Post a Comment