Sunday, October 11, 2015

Skandal 1MDB: Dr M, Ku Li, Muhyiddin pertahan Khairuddin

 



‎Dr M, Ku Li, Muhyiddin pertahan Khairuddin
Sidang media Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
PUTRAJAYA - "Jangan tahan orang dibawah Sosma, (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) adalah undang-undang untuk pengganas," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah akta Sosma.
 
Bercakap pada sidang media di sini, pada hari ini, Mahathir turut menegaskan bahawa undang-undang itu tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menjatuhkan pihak-pihak yang bersuara menentang kerajaan atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Kenapa mahu tahan Khairuddin dibawah Sosma? Adakah kita anggap dia pengganas?"
 
"Kita sedang melihat bahang ketakutan oleh rakyat. Orang takut untuk bersuara kerana takut diambil tindakan," katanya lagi.
 
Turut bersama Mahathir dalam sidang media pada hari ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal‎ serta bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat‎.

No comments:

Post a Comment