Cadangannya nampak macam bijak walaupun hakikatnya apa yang dicadangkannya ini sebenarnya kurang bijak..
Kalau diikutkan cadangan ataupun petua dari Menteri ni iaitu bangun awal-awal pagi dan gunakan laluan alternatif untuk ke pejabat memanglah menjimatkan.. kalau hanya kita seorang saja yang gunakan jalan allternatif itu..
Tapi jika kebanyakkan kita menerima pakai cadangan yang sebenarnya tak bijak langsung ini.. apa akan jadi kepada lalu lintas di jalan alternatif itu?
Sudah tentu akan berlaku kesesakan pula di jalan-jalan alternatif itu.. lainlah kalau jalan-jalan alternatif itu mempunyai tiga atau empat lorong..
Kita bukan saja menghabiskan masa tapi kita juga membazirkan petrol dalam kesesakan itu..
Selain itu kebanyakkan jalan alternatif tidak diselanggara dengan baik. Lampu jalan, traffic light rosak, jalan berlubang sangat lambat dibaiki. Itu tak masuk lagi jalan kecik dan terpaksa berhimpit dengan lori-lori besar yang juga mahu mengelak dari menggunakan laluan bertol.
Jika laluan bertol lebih dekat untuk tiba di tempat kerja, perlu kah pengguna memilih menggunakan laluan alternatif juga bagi mengelak tol? Jimat tol, tapi rugi masa dan & wang minyak?
Apakah setiap pengguna punya pilihan untuk mengelak tol dan mempunyai akses kepada jalan alternatif, menteri benar-benar pasti?
Jika ibu bapa bekerja keluar awal, maka kepada siapa yang harus diserahkan untuk menjaga anak-anak mereka yang mana taska, tadika, sekolah pun paling awal dibuka jam 6.00 pagi ke atas? Adakah menteri akan menyediakan kemudahan alternatif kepada golongan tersebut?
Menteri ini hanya mencadangkan untuk pergi kerja sahaja tapi dia tak cadangkan bagaimana untuk pulang sambil berjimat.
Apakah kita perlu tunggu sehingga ke tengah malam buta dan gunakan laluan alternatif untuk pulang?
Kadar tol di 18 lebuhraya baru sahaja naik dua minggu lepas, menyebabkan rungutan meluas warga kota yang berulang-alik menggunakan laluan berbayar itu.
Jika ada pengguna yang tertekan dengan kadar baru tol ewaktu ke pejabat setiap pagi, menteri perumahan dan kerajaan tempatan ada idea bernas untuk anda: cuba laluan alternatif.
“Di mana ada jalan tol, akan ada jalan alternatif. Maka ada jalan tanpa melalui tol, cuma banyak sedikit trafik,” kata Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada media selepas satu forum mengenai perancangan bandar.
“Jadi dari segi, itu kita kena labur masa sedikit, bangun lebih awal dan sebagainya… Ini hal tolak ansur.”
Ahli parlimen Kota Belud juga menjelaskan bahawa kerajaan tiada pilihan kecuali membenarkan pemegang-pemegang konsensi menaikkan kadar tol - The Malay Mail
Nasib baik dia tak cadangkan supaya kita.. "Kepada yang bekerja 5 hari dalam seminggu, dicadangkan supaya pergi kerja awal-awal pagi hari Isnin dan pulang kerumah pada lewat malam hari Jumaat.. manakala pada yang bekerja 6 hari seminggu digalakkan pulang ke rumah pada lewat petang Sabtu..
Kan jimat banyak tu...
Nak tidur..tidurlah dalam kereta, mandi pulak.. mandi di tandas awam... Kah.. kah.. kah..
Apalah malang nasib kita.. dapat Menteri kebanyakkannya kurang cerdik..
No comments:
Post a Comment