Friday, October 2, 2015

Isu Pembesar Suara di Masjid: "Keputusan ini (fatwa) tiada kena mengena dengan kami..." - Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang

 

Exco: Bocor Surat Mufti untuk Cetus Ketidaktenteraman

Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim meluahkan rasa kesal mengenai surat daripada mufti negeri yang dibocorkan bagi mencetuskan rasa ketidaktenteman di kalangan komuniti orang Islam.

Beliau berkata ekoran kebocoran surat itu "dengan niat buruk mencetuskan ketidaktenteraman umum", kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dipersalahkan kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam di negeri itu.

"Itu tidak betul. Keputusan ini tiada kena mengena dengan kami, tapi disebab surat itu dibocorkan dengan niat tidak baik untuk mencetuskan masalah, sesetengah pihak mengancam untuk berdemonstrasi dan menjalankan aktiviti untuk mengganggu gugat kerajaan negeri.

"Kami sedang menyiasat bagaimana surat itu bocor dan siapa yang buat dan kami akan mengambil tindakan sepatutnya termasuk membuat laporan polis.

"Ia terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai isu itu kerana proses menggazet fatwa itu mengambi tempoh yang panjang," katanya.

Beliau merujuk kepada fatwa yang dinyataan dalam surat pejabat mufti negeri bertarikh 1 September berkaitan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang melarang pembesar suara dan membenarkan hanya untuk azan solat sahaja.

Mufti Negeri Datuk Wan Salim Mohd Noor berkata keputusan itu tidak mencemarkan kesucian Islam sebaliknya ia berada di atas landasan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Perlis juga membuat larangan yang sama beberapa tahun sebelum ini tetapi pembangkang sudah mula menyalahkan Lim mengenai keputusan itu untuk dilaksanakan fatwa yang sama di Pulau Pinang.-Malaysia Kini/1/10/15

No comments:

Post a Comment