Friday, October 2, 2015

Isu Dakwaan Henti Bantuan SAR: Apa Masalah PAS? - Kerajaan Pinang



Sumbangan yang diberikan kepada sekolah agama adalah mengikut keperluan, bukan bermotifkan politik

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengecam PAS dalam isu bantuan sekolah agama di Pulau Pinang dengan berkata PAS sengaja panjangkan isu ini sebab ia dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. 

Tambahnya, bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada sekolah-sekolah agama rakyat tidak tetap, demikian kata Kerajaan Pulau Pinang. 

Menurut Zulkifli Ahmad, setiusaha akhbar Abdul Malik Kasim, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP itu tidak menyediakan bantuan tetap atau juga dikenali sebagai 'geran tetap', sebaliknya memberikannya secara bergilir berdasarkan keperluan. 

Oleh sebab itu senarai sekolah agama yang menerima sumbangan akan berbeza setiap tahun. 

"Ini bukan geran tahunan yang wajib dapat. Ini ialah sumbangan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat yang berkaitan. 

"Bukan semua dapat, kalau yang dapat pun bukan tetap. Berubah-ubah, mengikut keperluan," katanya kepada Berita Daily. 

Tambahnya, keputusan kerajaan negeri ini dibuat berdasarkan penilaian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) justeru tidak ada motif politik dalam tindakan ini. 

Menurut Zulkifli lagi, tahun ini Pulau Pinang memberikan sumbangan kepada sebanyak 182 sekolah agama termasuk sekolah pondok yang ada di antaranya dimiliki oleh ahli PAS iaitu sekolah pondok Al-Majma' Attutath Al-Islami Al-Malizi di Bukit Mertajam. 

"Untuk tahun ini sahaja untuk Sekolah Menengah Agama Rakyat sebanyak tujuh buah, Sekolah Bantuan Kerajaan 11 buah, Sekolah Rendah Agama Rakyat sepenuh masa tujuh buah. Mahad Tahfiz kita bagi 27 buah." 

"Sekolah Rendah Agama Rakyat Kafa Intergrasi 104 buah, Tadika Islam 14 buah, Sekolah pondok enam buah," tambahnya. 

"Ini diberi berdasarkan keperluan, sebelum ini kita tidak bagi sekolah pondok, tahun ini baru bermula enam buah... Kita bagi ini tidak kira sekolah PAS, Umno, PKR tidak kira. Bagi sekolah mengikut keperluan. Kebetulan ada yang tidak dapat itu di bawah pimpinan PAS. Jadi dikaitkan," tambahnya. 

DAP memperuntukan RM1.75 juta untuk bantuan sekolah agama di negeri tersebut. 

Mengulas lanjut persoalan ini sebenarnya sudah dijawab secara bertulis kepada beberapa sekolah yang kini tidak lagi menerima sumbangan. 

"Apa isu dia? Ini bukan isu politik. Saja dipanjangkan sebab ini dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang," beliau kecam PAS. 

"Tidak pula disebut bantuan yang telah diterima sebelum ini? "tanya lagi. 

PAS hari ini menerusi kenyataan media kerajaan negeri Pulau Pinang menjawab dakwaan berhubung penarikan bantuan kepada sekolah agama rakyat milik ahli parti itu. 

Berita Daily terdahulu menghubungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man namun beliau enggan mengulas isu ini.- BeritaDaily/1/20/15

No comments:

Post a Comment