Friday, October 2, 2015

Apa salahnya bertanyakan soalan kepada pemimpin kita?

 

oleh Robin Stanley Augustin
Tanda dan simbol boleh memberikan kesan emosi dan tindakan yang berbeza kepada setiap orang.
Simbol keamanan menimbulkan kembali perasaan harapan kepada sesetengah orang, sedangkan Nazi Swastika akan membawa kembali memori buruk generasi yang lebih tua.
Di Malaysia, satu simbol nampaknya menggentarkan ketakutan kepada mereka yang sedang berkuasa.
Simbol dalam persoalan itu diketahui semua; tanda soal ‘?’
Tanda soal, seperti yang kita tahu menggambarkan satu soalan dan mengikut laporan terbaru di The Malaysian Insider , nampaknya mereka yang berkuasa bimbang dan takut kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka.
Menurut laporan, blogger Umno Shahbudin Hussin dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan satu catatan dalam blognya, shahbudindotcom.

Shahbudin berkata dia disoal oleh pegawai-pegawai SKMM selepas catatan yang mempersoalkan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ke Indonesia, yang kebetulan dengan perkahwinan anak lelakinya di sana.
Dalam catatan bertarikh 20 Sept itu, Shahbudin mempersoalkan samada Zahid telah merancang sambutan perkahwinan itu untuk kebetulan sama dengan lawatan rasminya, atau ianya memang sekadar kebetulan.
Menurut Shahbudin, dia diberitahu yang dia sedang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana dituduh mengeluarkan bahan yang tidak sopan, palsu, atau mengancam bagi menganggu, mengacau, mengancam mana-mana orang.
“Kenyataan saya direkod selama dua jam, kerana sebuah artikel bertajuk 'Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya‎ di Jakarta?’ kata Shahbudin.
Dia ditanya sekiranya rencananya sengaja ditulis untuk memburukan imej orang tertentu.

“Saya beritahu mereka yang saya hanya mempersoalkan lawatan dan majlis perkahwinan itu. Saya tidak menuduh apa-apa. Saya hanya meminta jawapan kepada soalan yang saya timbulkan dalam rencana itu,” katanya.
Pegawai SKMM memberitahunya bahawa pegawai Zahid telah membuat aduan rasmi berkenaan catatan tersebut, tetapi tidak memberikan perincian aduan itu.
Ini sangat tidak masuk akal.
Apa masalahnya dengan persoalan Shahbudin?
Dia ialah rakyat negara ini dan sepertimana rakyat lain, berhak mempersoalkan pihak berkuasa.
Dia tidak menuduh sesiapa membuat apa-apa kesalahan.
Malah sekiranya dia berbuat demikian, terdapat kaedah undang-undang kepada sesiapa yang merasakan mereka dianiaya dalam catatan blognya.
Terdapat banyak pihak lain yang menghamburkan penipuan dalam blog mengenai politikus, organisasi dan kaum di negara ini, menuduh mereka yang bukan-bukan tanpa ada bukti.
Sedangkan di sini Shahbudin pula yang dipanggil untuk disiasat hanya kerana dia bertanyakan soalan yang sah tentang masa lawatan rasmi TPM, yang kebetulan sama dengan majlis peribadi.
Bagi sesetengah orang, ini ialah satu salah guna kuasa.
Tiada ada yang salah bertanyakan soalan kepada pemimpin kita.
Sekiranya mereka tidak ada apa-apa hendak disembunyikan, maka mereka sepatutnya tidak bermasalah dalam menjawab pertanyaan rakyat.
Pemimpin kita bercakap banyak tentang menjadikan Malaysia negara maju.
Di negara maju, rakyat tidak disiasat hanya kerana bertanya.
Jika pemimpin kita benar-benar mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju makan mereka perlu bermula dengan mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawab dan kebebasan bersuara.
Dengan berbuat demikian, kita tidak akan mempunyai banyak soalan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment