Monday, October 5, 2015

Keburukan #TPPA Yang Anda Mesti Tahu - Berhenti Bergaduh, Rakyat Malaysia Pro BN & Pembangkang Perlu Bersatu Lawan TPPA.




Malaysia dilaporkan oleh media luar bahawa telah bersetuju secara dasarnya untuk menanda-tangani perjanjian TPPA.

Apa itu TPPA
 
TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pacific Partnership Agreement, satu perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan 11 negara lain termasuk Malaysia.

Apa tujuan TPPA

 
TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurangkan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang terlibat.


Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah suatu perjanjian multilateral yang sedang  dirundingkan olah 12 buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunai, Chile, Japan, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut mengenai impak TPPA dan FTA sila rujuk www.ftamalaysia.org

Baca point bawah jap ;

Adakah kerana eksport Malaysia akan menghadapi tarif yang tinggi? Malaysia sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), telah pun menerima tarif rendah atau sifar ke atas eksport-eksportnya ke semua negara-negara TPPA. Di samping itu, Malaysia telah pun mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan kesemua negara-negara yang terlibat dengan TPPA kecuali 4 negara; Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

Di negara-negara ini, Amerika Syarikat mengenakan secara purata tarif 3 peratus, manakala Kanada secara purata mengenakan 6 peratus. Ini semestinya tidak termasuk industri tekstil. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat berkeras bagi kesemua FTAnya, termasuk TPPA, untuk mematuhi peraturan “Yarn Forward” mereka. Dalam erti kata lain, walaupun dengan tarif yang sifar atau rendah ke atas produk tekstil Malaysia, kita masih tidak akan mendapat sebarang manfaat darinya kerana Malaysia perlu menggunakan benang Amerika yang mahal bagi mendapatkan akses kepada tarif yang lebih rendah ini – menjadikan ia masih tidak kompetitif.

Di samping itu, kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa pada tahun 2008 negara kita memilih untuk tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas AS – Malaysia dan kita masih mempunyai peningkatan lebihan dagangan barangan dengan Amerika.


Kami tidak meletakkan sebarang kepercayaan apabila perjanjian perdagangan seperti TPPA merangkumi 29 bab tetapi hanya enam bab dibincangkan manakala 23 lagi menyatakan keperluan bukan perdagangan.

Untuk disimpulkan dengan mudah; apabila perdagangan bukan lagi mengenai perdagangan tetapi membentuk peraturan yang mengehadkan hanya sebelah pihak, maka ia bukan lagi perdagangan yang bebas mahupun adil.


Teks yang bocor dari bab harta intelek (IP) TPPA membuktikan Amerika Syarikat mengeksport undang-undangnya sendiri yang sesuai sebagai pengeksport IP mutlak, di mana ia bertentangan dengan keperluan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang juga merupakan pengimport IP bersih dan memerlukan akses yang berpatutan kepada teknologi, perubatan dan buku teks.

Tambahan, Kongres Amerika Syarikat berkeras untuk mengenakan ke atas kita bentuk-bentuk disiplin dan penalti yang dikenali sebagai 'pemain manipulasi mata wang' yang tidak akan dikenakan terhadapnya walaupun ada dasar kewangan yang tidak konvensional di mana bank pusat membeli sekuriti kerajaan daripada pasaran untuk menurunkan kadar faedah dan meningkatkan bekalan wang.

Bagi pihak kami, Bantah TPPA ada menyebut perjanjian ini mengayakan syarikat-syarikat korporat Amerika dan bukan kepada rakyat mereka, sama seperti ia tidak memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ia memberi kesan terhadap hidup mereka dalam bentuk kos perubatan dan harga buku teks yang tinggi untuk jangka masa lama. Layanan perjanjian TPP juga melemahkan PKS tempatan dan juga perusahaan milik negara. 


Sumber : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tppa-apakah-faedah-apa-kosnya-dan-apa-yang-kita-rugi-40034

Baca ini juga ;
SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.
Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:
i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.
iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:
i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

-------------

Oke, itu serba sedikit point-point tentang TPPA yang kita perhatikan sangat tidak memihak kepada rakyat. 

Klik ini, baca laporan MTEM yang dikeluarkan secara berkala bagi menyedarkan rakyat tentang ancaman TPPA untuk pemahaman yang lebih jelas.

Semalam, menteri MITI, Mustapa Mohammed mengeluarkan kenyataan media ;



 

Secara dasarnya point menteri ialah ;

- Malaysia bersetuju dengan kebanyakkan klause yang terdapat dalam TPPA.

- Malaysia juga telah menyatakan pendirian, pendapat dan perbezaan bagi menjamin hak rakyat (negara ini) mengenai TPPA dan pandangan itu turut diterima.

- Malaysia tidak akan menanda-tangani perjanjian yang akan memudaratkan kepentingan rakyat.

- Dalam membahaskan mengenai harta-intelek dan perubatan, Malaysia menyatakan pendirian kukuh bahawa hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan & ilmu pada kos munasabah perlu diambilkira. Dan kesepakatan dicapai (mutual).

- Malaysia mempercayai dengan TPPA, negara akan lebih berdaya saing apabila eksport negara menjadi lebih mudah (penghapusan duti import) dan meningkatkan pendapatan negara.

Walaupun Malaysia secara dasarnya bersetuju dengan perbincangan tersebut, perjanjian TPPA belum lagi dimeterai secara muktamad.

Perjanjian itu akan dibahas dan dibincangkan dalam parlimen, selepas mencapai kesepakatan samada usul menerima atau menolak, tindakan susulan akan dibuat selepas itu.

Yakni, Malaysia belum SIGN secara rasmi. 

Ikut number, RAKYAT AKAN KALAH di parlimen disebabkan jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang. 

Itupun, belum tentu semua pembangkang bersetuju bantah TPPA. Secara konsisten hujah melawan TPPA seringkali dibentang oleh MTEM. Rujuk laman web mereka atau hubungi mereka untuk ikuti forum bahas TPPA.

Pada hari TPPA dibahaskan dalam parlimen kelak, rakyat lapisan agama dan bangsa mahupun partisan tak kira la ko sokong apa dan siapa perlu bersatu lawan TPPA. Terutamanya geng2 MERAH. Kata kau pertahankan hak melayu. Baca laporan MTEM. Bagaimana TPPA ini paling merugikan kaum melayu (kerana kemiskinan) dan kau akan faham kenapa melayu yang patut paling keras membantah dan melawan.

Turun padang (parlimen) bawa sepanduk, lawan buat kali terakhir biar sejarah mencatatkan samada rakyat kalah mahupun menang, kita telah berusaha hingga ke titisan keringat terakhir bagi melawan perjanjian berat sebelah ini. Jangan biar sejarah mencatitkan kita sebagai bangsa pengecut, dayus dan tidak berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan.

Merah, kuning, hijau, oren, hitam mahupun biru cayor. Ini masa korang bersatu atas nama mempertahankan hak rakyat. Berhenti berpolemik, mari lawan TPPA sama-sama.

No comments:

Post a Comment