Monday, October 5, 2015

Senarai Pemimpin Umno Akan Dikenakan Tindakan Displin Tersebar?


Tujuh pemimpin Umno sedang dipantau dengan kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hari ini

Beliau tidak menjelaskan siapa atau mengapa mereka dipantau, tetapi membuat pendedahan ini ketika menjawab soalan mengenai sama ada parti Melayu itu akan mengambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali menggesa peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

"Terdapat 7 pemimpin yang sedang dipantau. Jika terdapat keperluan mengambil tindakan (terhadap mereka), kami akan menghantar kertas siasatan kepada lembaga disiplin," kata Tengku Adnan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi anggota Umno terkemuka yang berhadapan masalah dengan parti baru-baru ini ialah bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah yang dikecam dan menerima surat tunjuk sebab kerana menghadiri mesyuarat parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, di mana pakatan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan diumumkan.

Berhubung serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib, beliau berkata ia merupakan pandangannya dan media perlu berhenti melaga-lagakan pemimpin.

"Jangan melaga-lagakan pemimpin baharu dan lama, cukup cukuplah,"

Ekoran cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka yang menjemput Dr Mahathir untuk bercakap dalam program mereka, beliau meminta mereka menjelaskan mengenai perkara itu.

Tengku Adnan juga berkata, komen Tun Dr Ling Liong Sik terhadap Najib juga tidak akan melemahkan perdana menteri tetapi sebaliknya.

"Kita tidak mahu orang luar campur tangan, cukup cukuplah. Kami tahu bagaimana untuk menangani masalah."

Seorang lagi menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, gesaan Dr Ling agar perdana menteri meletak jawatan tidak akan melemahkannya.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, bekas presiden MCA itu “memperkecilkan" kehendak ahli-ahli Umno.

Selain menggesa Najib meletakkan jawatan, Dr Mahathir turut menggesa ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ia dibentangkan di Parlimen.

No comments:

Post a Comment