Thursday, February 28, 2013

UMNO PENANG: TAK DAN NAK PRU 13 LAGI PUN, KAMI DAH KALAH TERUK ...

HIDUP MELAYU : UMNO Penang pulun menang.. supaya GERAKAN jadi Ketua Menteri..!!!


Kesian UMNO Penang pulun nak bagi kerusi UMNO menang banyak... bila menang kerusi KETUA MENTERI dapat kepada GERAKAN.... Hidup Melayu...!!!

Saingan di DUN Melayu, campuran - 4 kerusi rebutan
PRU13 Umno Pulau Pinang mensasarkan untuk memenangi 14 daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi pada masa yang sama, ia juga berdepan tugas berat untuk mempertahankan kemenangan tipisnya di empat kerusi di negeri itu.

Empat kerusi tersebut di mana Umno menewaskan PKR dengan majoriti kecil pada 2008 ialah Sungai Acheh (majoriti 250 undi), Pulau Betong (294), Teluk Bahang (465) dan Seberang Jaya (533).


anwar permatang pauh polling day 260808 09Dan kesemua kerusi tersebut terletak kawasan yang dimenangi
pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Yusmadi Yusof (Balik Pulau) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), yang kemudiannya menjadi wakil rakyat bebas.

Kecuali Batu Uban yang yang dimenanginya dari Gerakan dengan majoriti tipis 611 undi - PKR menang selesa dengan majoriti lebih 1,000 undi di sebelas kerusi lain.

Pakatan merampas Pulau Pinang pada 2008 dengan DAP memenangi 19 kerusi, PKR 11 dan PAS satu, manakala Umno menang 11 kerusi, dan sekutu-sekutunya - Gerakan, MCA dan MIC - gagal memenangi sebarang kerusi.

dap penang mega rally 060308 crowd1Walaupun Umno dilihat menguasai kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang, tetapi spekulasi bertiup kencang bahawa kerusi marginal tersebut juga mungkin tidak selamat akibat persaingan dalaman dan sabotaj dalam parti.

Pemimpin Umno, termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berulangkali mengingatkan ahli-ahli supaya bersatu untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam beberapa minggu lagi.

"Jika kita laporkan tentang konflik dalaman mereka seperti yang kita lakukan dengan Pakatan Rakyat, maka ia akan mengisi semua halaman akhbar kita - dari depan hingga ke belakang," kata seorang pemerhati politik yang rapat dengan kem Umno.

MNONEalah, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd
Hashim (kanan) - dahulunya daripada PKR dan baru-baru ini menyertai Umno yang menurutnya "satu-satunya parti yang mengambil berat tentang orang Melayu", telah menulis di facebook mengenai harapannya untuk melihat BN mengotai janjinya untuk meletakkan 'calon mampu menang' dan bukan hanya kroni pemimpin BN tertentu yang nenumpang populariti Najib.

Bagaimanapun, lain pula pandangan ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Mohd Shah, yang mewakili salah satu daripada kerusi marginal tersebut.

Mohd Arif berkata, pihaknya menjangkakan untuk memenangi lebih banyak kerusi kali ini kerana wujudnya "perpaduan" di setiap peringkat dalam BN Pulau Pinang di bawah kepimpinan pengerusinya yang baru, Teng Chang Yeow dari Gerakan.

arif shahSeperti pemimpin BN yang lain, Mohd Arif meletak harapan yang
tinggi terhadap pelan transformasi Najib dan 'Janji Ditepati' untuk membantu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai kedudukannya yang menewaskan lawannya Ramli Bulat dari PKR pada 2008 dengan majoriti 533 undi sahaja, Mohd Arif percaya Umno akan mencapai keputusan yang lebih baik kali ini.

Nukilan : Abang Jee Jr.

TUN DR. M: AKU JA YANG TAK PENCEN LAGI, KEJA SAMPAI TUA...

Kesian tengok MAHADET...setiap hari meroyan sekarang nie..!!




Satu laporan agensi berita nasional Bernama hari ini mendakwa Pakatan Rakyat menawarkan bayaran tol percuma kepada pemegang kad keahlian parti DAP, PKR dan PAS.

Laporan berhubung kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, manifesto berkenaan menyatakan tawaran bahawa kad keahlian tersebut boleh digunakan di kesemua plaza tol.

“Pada 25 Februari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keahlian DAP, PKR dan PAS boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun,” laporan itu dipetik.

Malaysiakini turut menyiarkan laporan berkenaan pagi ini.

UMNO KEDAH: KAMBING HITAM KAMI STAT BUAT KEJA DAH ...

Pegawai KCS mintak RM5juta dari Najib untuk buat kerja menikam MB dari belakang..!!!


oleh Team Selongkaq.blogspot.com
Azmi Din kempen untuk BN secara terang-terangan walaupun beliau salah seorang pegawai KCS kanan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Beliau merupakan pengerusi SADA yang mana sedang berkempen untuk bertanding di DUN Sg Tiang.
Kami mendapat lampiran proposal ini dimana menyatakan beliau sedang merancang untuk menaikkan sokongan masyarakt cina kepada BN sekarang ini....
Politik punya pasal beliau yang makan gaji dengan Kerajaan Negeri telah menikam kepercayaan YAB Dato Seri Ust Azizan Abd Razak.
Adakah hanya Sekolah Cina sahaja diberi sumbangan.....bagaimana dengan Sek Agama Rakyat, Sekolah India....takan tak ada apa-apa kot....




Sempena kedatangan PRU13 nanti maka kami lahir blog SELONGKAQ ini adalah untuk tujuan kita semua menyelongkaq akan apa yang tersimpan disebalik kerajaan-kerajaan yang memrintah tidak kira BN atau PR...
Jika anda merasakan ada penyelewengan berlaku ayuh marilah kita selongkar.... Untuk permulaan kami melantik anda semua untuk menjadi mata-mata gelap kami bagi mendedahkan keburukan dan salah laku semasa rakyat memberi amanah untuk bekerja....

Jadi jika anda file, gambar, salinan resit, dokumen, paper work serta sewaktu dengannya silalah emailkan kepada :

PM NAJIB: MAAF. TAK PERASAN PLAK AKU BENDA NIH ...


PERCAYAKAH ANDA?


UMNO PENANG: MANA ACI MAIN TAKTIK KOTOQ MACAM NIH ...

MACAI-MACAI UMNO MAI TENGOK NI



Kerajaan DAP Pulau Pinang Bertambah "Kejam" Luluskan Surau
Bernilai RM400 Ribu...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.

"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara), Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Malik dan Salleh turut berucap Pada majlis tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.

Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.

Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.

Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2MCYyW1f2

Sunday, February 24, 2013

UMNO GANU KITER: MANA ADA RUNTUH... JATUH JER LAAA....

Menteri Besar Terengganu kata bumbung Stadium Sultan Mizan tak runtuh laaa..


Betul-betul aku tak faham dengan kenyataan MB Terengganu ni.. rangka bumbung dah ranap macam dalam gambar itu pun beliau masih mengatakan tidak runtuh..

Mungkin dia tak sedar lagi bahawa maklumat sekarang bukannya tersebar satu atau dua hari selepas kejadian.. tapi satu atau dua minit saja lepas kejadian..

Mungkin juga dia nak memperbodohkan rakyat Terengganu.. tapi dalam masa yang sama terserlah kebodohannya sendiri..

Tapi macam Chegu Bard kata.. Kalau yang dilantik itu orang bodoh.. yang melantik dan menyokongnya pula sudah tentu lebih bodoh..

MB nafi Stadium Sultan Mizan runtuh

ARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.

Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.

“Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

“Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sedang diperbaiki, dikatakan runtuh semalam, selepas melawat dua mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga pekerja terperangkap di bawah runtuhan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan ~ Sinar Harian

Lagi gambar runtuhan bumbung Stadium tersebut yang dikatakan tidak runtuh oleh Mat Said itu sila lihat di ( SINI )

UMNO PERAK: PELANCARAN PROJEK MENGKICAPKAN RAKYAT ...

Patutlah UMNO bagi kicap Tamin.. ada sebab rupanya..


Semalam telah beredar gambar botol-botol kicap keluaran Tamin yang dilekatkan stiker 'Undilah Barisan Nasional' di atas dalam banyak Blog-blog dan juga FaceBook..

Dan ianya dikatakan sebagai antara sumbangan yang akan diberikan oleh UMNO/BN kepada orang ramai khususnya di pendalaman.

Timbul persoalan disini adakah produk ini perlu diboikot?

Tetapi sebelum mengambil keputusan samada hendak memboikotnya atau tidak, kita perlu tahu adakah UMNO/BN telah membeli produk ini untuk diberikan kepada orang ramai atau pemilik produk ini yang telah memberikannya kepada UMNO/BN untuk diberikan kepada orang ramai..

Sedikit info tentang Syarikat Tamin..


Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.

Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau.

Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar.

Sejarah sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Menurut Marhaen...

Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.

Pemilik Syarikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin  adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak.


Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.

Anggapan umum mengatakan bahawa pihak Umno/BN menaja produk keluaran Syarikat Tamin adalah merupakan satu kesilapan kerana yang sebenarnya, syarikat inilah yang menyumbangkan dana untuk kempen-kempen Umno / BN termasuklah Roadshow Ummi Hafilda yang boleh dianggap sebagai Duta Kicap Tamin!

Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat serta ahli-ahli Umno yang menentang Umno, khususnya di Perak dan bahagian Utara.. fikir-fikirkan...

Ni boleh dianggap sebagai 'U help me.. I help U...".. takkan sponsor free saja kot??.. mesti ada return punya tu...


Laporan oleh Marhaen sila baca di ( SINI )

KETUA UMNO BAHAGIAN : KICAP PUN...KICAPLAH ...

Dulu UMNO hulur Kain Batik, Kain Pelikat.. tapi sekarang kerana terdesak barang ini pun dihulurnya..

Jika dulu semasa ramai rakyat Malaysia masih tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, calon-calon UMNO/BN hanya menghulurkan sedikit keperluan harian untuk membeli undi..

Biasanya yang dihulurkan mereka semasa berkempen ialah sehelai kain batik atau kain pelikat, sekampit beras, sekilo gula, sekampit tepung dan beberapa keperluan lagi serta wang tunai RM50.

Tapi orang UMNO sendiri kata,, bukan RM50 yang diberikan kepada pengundi tapi lebih.. macam biasalah orang UMNO ni kalau tak menguntungkan diri sendiri mampus diaorang tak mahu buat kerja punya..

Sekarang pula oleh kerana amat terdesak dalam menghadapi kebangkitan rakyat, melalui Presiden mereka berbagai-bagai imbuhan ditabur mereka..

Sedangkan selama 55 tahun yang lalu ketika mereka kuat langsung mereka tak ingat akan susah senang rakyat.. bagi mereka mereka boleh buat apa saja kerana rakyat tetap menyokong mereka..

Tetapi bila mereka sedar bahawa mereka mungkin kehilangan kuasa, baru mereka mahu memikirkan susah senang rakyat..

Selain dari Najib dijangka bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450) dalam usaha memujuk kakitangan awam mengundi UMNO/BN pada PRU13..

Untuk memujuk rakyat di pendalaman pula ini adalah tambahan kepada  barangan yang telah tersenarai di atas tu..


Kicap pun kicaplah...

Tapi.. kalau Pembangkang lemah jangan haraplah UMNO/BN akan tabur segala bentuk imbuhan tu.. oleh itu, tengok gambar di bawah ni..

 

ULAMA MUDA UMNO: EH, BETULLAH APA NIK AZIZ KATA ...

Nik Aziz samakan penerima BR1M dengan binatang?.. Betul ke?.. Video ini memberikan jawapannya..


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan... kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Itu apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO di ( SINI )

Berikutan dengan kenyataan Najib yang mengutuk TG Nik Aziz itu, maka bersahut-sahutanlah Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu ini tanpa usul periksa..

Berbagai sumpah seranah yang dilontarkan mereka terhadap TG Nik Aziz..

Tetapi apakah benar apa yang dimainkan oleh kebanyakkan Blogger dan Media tunggangan UMNO itu?

"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia" kata Tok Guru Nik Aziz.

Ada ke TG Nik Aziz sebut pasal BR1M???...

UAI kata apa?

Friday, February 22, 2013

BN KEDAH: MAT BASHAH KEPALA UMNO, PASAI PA MUKHRIZ PLAK NAK JADI MB ???

Pemimpin UMNO jangan terlalu Taksub dengan jawatan

Kedah Times selalu memaparkan betapa tidak sensitifnya pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah. Mereka lebih mentingkan politik mereka daripada memahami gerak hati rakyat.

Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa UMNO tertonggeng, terpelangkong dan tersungkur di Kedah pada PRU12 yang lalu. Ego, UMNO Kuat, aku calon terbaik, letak tongkol kayupun UMNO akan menang, Ahli UMNO ramai, dan pelbagai lagi lamunan ketua-ketua UMNO  yang membuatkan UMNO tersungkur dalam lumpur dalam PRU12. Masih tak sedar diri lagi ka?


Mereka tidak sedar yang ahli UMNO pun jika dah terlalu meluat, tidak akan undi mereka. Rakyat bukan saja melihat kepada ketua-ketua UMNO untuk dijadikan ketua mereka, tetapi mereka melihat kepada seorang yang berkebolehan, bijaksana dan pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan dalam memajukan rakyat dan negeri sebagai tonggak utama untuk dipilih sebagai ketua.

Bukan disebabkan jawatan yang dipegang dalam UMNO. Apakah menjadi ketua bahagian sudah menjadi tiket untuk layak menjadi calon DUN atau Parlimen?

Kedah Times merayu kepada pemimpin-pemimpin UMNO negeri Kedah, buka mata, sedar diri, buanglah ego ke dalam laut. Kini bukan lagi era kita melihat kepada jawatan dalam parti untuk menentukan kelayakan menjadi pemimpin utama. Tetapi komitmen, kebolehan memimpin, kebijaksanaan dan disukai rakyat akan menentukan pemimpin rakyat.

Rakyat akan baiah kepada pemimpin yang mereka rasakan boleh membawa mereka ke era yang lebih baik.

Jadi buanglah kata-kata yang berlapik-lapik seolah-olah nak menyelamatk karier politik sendiri. Sedarlah rakyat yang menentukan siapa yang mereka nak pilih.


MUKHRIZ & POLITIK KEDAH

Siapa bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya BN merampas semula Kedah dari Pakatan Rakyat?

Calon yang paling banyak diperkatakan akan menyandang jawatan tersebut ialah Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau mengikut tradisi, Ketua Perhubungan Negeri Ahmad Bashah Hanipah sepatutnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Ada yang mengatakan Tun Dr Mahathir mahu anak beliau dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Apakah Mukhriz dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno Kedah?

Sebuah portal berita hari ini menyiarkan beberapa pandangan dari pemimpin Kedah mengenai ura-ura Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ahmad Zaini Japar, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu: "Dengan jawatan di peringkat pusat tidak bermaksud  beliau mampu mentadbir di peringat negeri. Pentadbiran di pusat tak sama dengan negeri. Caranya berlainan dan status Mukhriz sebagai anak Perdana Menteri bukan jaminan (untuk jadi MB)."

Ku Rahman Ku Ismail, Adun Guar Chempedak: "Khabar angin ini nampak pelik. Mengikut tradisi, Ketua Perhubungan sepatutnya menjadi calon MB kecualilah sekiranya Perdana Menteri ingin melakukan kejutan."

Nawawi Ahmad, Ketua Bahagian Langkawi: "Kedua-duanya layak dipilih. Tetapi yang penting sekarang ialah kesetiaan kepada pucuk pimpinan yang ada (Bashah)."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-umno-reps-cagey-about-mukhriz-as-state-mb-hopeful/

Jelas sekali tiada laluan mudah untuk Mukhriz di Kedah dan Mukhriz juga perlu sedar tiada yang mudah dalam politik.

Ramai di dalam Umno menolak sistem dinasti di mana bapa jadi Perdana Menteri, anak juga harus dipilih ke jawatan tinggi.  

UMNO KEDAH: SAPA KATA KAMI AKAN KALAH ? SAPA ?

15 sebab UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti..!!!

oleh AnakKedah007

dok pie gebang-gebang kat warung PAK MAT BORHAN kat pokok ketapang pagi tadi lalu dapat satu cerita best bila dok cucuk pakcik-pakcik karat biru dok borak....mai hangpa nilai tengok apa depa dok bebelnya...semua cerita susah hati tengok kelaku UMNO Kedah sekarang nie....jadi mana-mana nak buat rujukan dan kajian apa yang di perkatakan ini betoi atau tidak terpulanglah pada diri anda....

15 punca UMNO KEDAH akan TKO masa PRU13 nanti :

1- Sebenarnya UMNO Kedah ada problem...Semua orang tahu...ada Kem diperingkat negeri dan kem diperingkat bahagian.

2- Zaman dulu boleh tipu orang ramai...Kalau tidak masakan
PM/TPM tidur tak lena di Putrajaya.

3- UMNO Kedah masih lesu......Masih belum mampu tembusi kubu pembangkang dan atas pagar.

4- Cerita kelam kabut UMNO Kedah semua orang tahu.

5- UMNO Kedah sudah kering kontang dengan tokoh.Mengharapkan PM/TPM sahaja.Nasib baik ada Tun M.Itu pun jumpa dengan UMNO saja.

6- Masaalah dibahagian belum selesai termasuk cawangan.kepimpinan bahagian yang amat lemah.

7- Banyak bergantung pgrogram kerajaan pusat.Yang kerja kuat bukan orang UMNO.Sebaliknya pegawai kerajaan pusat.

8- UMNO/BN Kedah belum menyusuri akar umbi untuk menang.Buat kerja untuk kuat diri sendiri serta persiapan nak bertanding jawatan UMNO musim depan.

9- Kalau tak percaya turunlah sendiri kebawah..UMNO Kedah bukan makan nasihat dan tunjuk ajar.

10- UMNO Kedah tak ada think thank yang hebat...

11- UMNO Kedah jumpa PM pun katanya masih menagih projek dan peruntukan.

12- UMNO Kedah perlu dibuat perubahan segera.Semua mata duitan.

13- Sebenarnya BN/UMNO Kedah masih sesak nafas terutama diselatan dan Kedah tengah.

14- Faktor calun amat penting.....Kalau main tangkap muat saja lingkuplah BN kali ini.

15- UMNO/BN kena kuat.....Bukan bergantung pada isu PAS/PKR /DAP saja.

Dalam ertika mudah puak-puak kat UMNO KEDAH nie kalau pasukan bola maknanya UMNO Kedah tak ada striker dan penjaga gol yg baik......Yang ada pun ialah bekas penjaring gol sendiri PRU yang lalu......

RTM: TAKKAN TERUK SAMPAI LAGU NIE KOT ...

Aduhai UMNO.. Pesta Pantun Sekolah Rendah pun hangpa dan lagi selit politik... nazak sangat dah nie..!!


Text disediakan oleh Ejen Barisan Nasional untuk dibaca oleh Pelajar semasa Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah Rendah di Negeri Johor.

Sambil bercerita kisah Nabi, diselit pulak Agenda memburukkan Pakatan Rakyat.
 

Thursday, February 21, 2013

KEMAS: JASA KAMI LAGI BESAQ DARI TENTERA TAW ...

Guru KEMAS lagi banyak "JASA" daripada BEKAS TENTERA....hebat..hebat...!!! 

 

NAK TAU JASA APA ???...........................



CUBA TENGOK BEKAS ASKAR YANG MASUK HUTAN BERPERANG SEKADAR DAPAT RM1000 SAHAJA SEDANGKAN CIKGU KEMAS YANG DOK TOLONG UMNO SIANG MALAM TUU DEPA BAGI SAMPAI RM3000....

BENDA NIE PON TAKAN TAK NAMPAK....MACAMANA DEPA PERMAINKAN BEKAS-BEKAS ASKAR KITA YANG BERJASA JAGA TANAH AIR NIE...

UMNO: KAMI PASTI BANGKANG ....KAMI BANTAH !!!

Boleh mula belajar menjadi PEMBANGKANG wahai UMNO..!!!

UMNO perlu menjadi pembangkang untuk kebaikan negara dan parti itu sendiri
oleh Aspan Alias
Tali hayat UMNO sudah begitu halus dan bila-bila masa boleh putus dan menjatuhkan parti itu. Kalau hendak di kira dari sudut politiknya, tidak ada sebab kenapa UMNO itu mesti wujud lagi dan akan di ketepikan oleh rakyat kali ini. UMNO hanya bergantung kepada kuasa wang dengan pembelian undi melalui BRIM dan berbagai-bagai kaedah lagi. Parti itu hanya bergantung kepada kekeliruan rakyat dalam membuat pemilihan kerana ini lah kali pertama membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada parti-parti alternatif negara.
Menghadapi tekanan rakyat ini amat merunsingkan UMNO kerana parti itu belum berpengalaman menjadi pembangkang. Tidak seperti parti-parti yang ada di negara demokrasi yang maju, UMNO belum pernah di jatuhkan dan berasa amat perit untuk menanti saat-saat masuk ke Dewan-Dewan Legislatif sebagai pembangkang. Dalam demokrasi setiap parti wajar bersedia untuk ditewaskan dalam pilihanraya. Kalah dalam pilihanraya ini seperti manusia yang wajib menghadapi mati. Mati itu wajib dan begitu juga lah parti-parti yang berada di dalam mana-mana demokrasi di dunia ini.
Parti Labour Britain dan Parti Conservative negara itu telah bergilir-gilir mentadbir negara mengikut kemahuan dan kehendak rakyat nya. Begitu juga di Amerika Syarikat di mana parti Demokrat dan Republican telah hampir seratus kali bertukar-tukar tempat duduk di dalam Dewan Legislatif mereka.

Di Malaysia oleh kerana inilah kali pertama parti pemerintah merasakan mereka akan mengambil giliran untuk duduk di petak pembangkang, mereka merasakan ketakutannya. Bebagai-bagai cara untuk berkubu dari serangan dan pengaruh parti pembangkang dilakukan oleh UMNO dan BN. Kekalahan kepada UMNO dan pemimpin merupakan saat-saat masuk neraka dan memisahkan UMNO dengan rakyat yang mengundi itu ibarat memisahkan kulit dari daging. Masih ada sedikit lagi sikap dan kepercayaan orang ramai khususnya orang Melayu yang kekalahan UMNO itu merupakan nasib malang yang menimpa negara dan rakyat.
Momokan ini sudah di tanam sejak setengah abad dan ia sebati dalam benak orang Melayu terutamanya di kalangan yang dewasa dan tua. Kebobrokkan UMNO begitu tebal sehinggakan orang yang cerdik dan pandai pun menjadi bingung setelah menyertai UMNO kerana pengaruh budaya songsang yang terbentuk dalam parti itu sudah se begitu lama. Mereka yang pandai berfikir pun akan hilang kemampuan untuk berfikir secara rasional apabila aktif dalam UMNO.
Bukan sedikit di antara mereka yang berpelajaran tinggi yang terikut-ikut dengan budaya buruk UMNO itu. Rupa-rupanya pelajaran dan pendidikan tidak dapat menyaingi sikap mengampu dan membodek yang telah terbentuk dalam parti itu selama ini. Kita melihat melalui kaca TV hampir setiap hari dalam mana ahli-ahli akademik yang bergelar Professor dan Vice Chancellor Universiti di negara ini bersama-sama menyanyikan lagu lama yang di nyanyikan oleh UMNO selama ini.
Professor-Professor ini di berikan ruang dalam saluran TV tempatan menyanyikan lagu-lagu yang bersenikata ciptaan UMNO. Di antara nya ialah ‘tidak ada UMNO negara akan berkecai dan Melayu akan hilang di dunia ini’. Lagu yang akhir-akhir ini yang di nyanyikan oleh Mahathir ialah pembangkang tidak berpengalaman untuk memerintah dan bermacam-macam lagi yang membayangkan kesombongan pimpinan UMNO yang beranggapan hanya UMNO mampu mentadbir negara.
Dr Mahathir lebih tahu yang Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir negeri-negeri yang di tadbirnya dan inilah yang menyakitkan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada sayangnya kepada negara tetapi beliau hanya mahukan rakyat mendengar nasihat beliau untuk kepentingan beliau sendiri. Beliau sedaya upaya mengarahkan segala kesalahan kepada Abdullah Badawi sedangkan Abdullah ada lah pilihanan beliau sendiri.
Sekarang ternyata Abdullah Badawi lebih berhemah setelah bersara dan tidak membuka mulut busuknya untuk memberikan racun yang berbisa kepada rakyat. Abdullah tidak bercakap semborono sahaja sedangkan Mahathir masih berleter sedangkan leteran beliau itu hanya di anggap seperti leteran orang tua yang sedang sakit terlantar sahaja. Mahathir sentiasa berada di dalam kerugian kerana beliau sudah tidak lagi menjadi seorang yang bergelar negarawan negara. Ciri-ciri seorang negarawan sudah hilang dari beliau. Beliau tidak akan mendapatkan ciri-ciri negarawan itu sampai bila-bila.
Seorang yang berjiwa bersih tidak akan merasa gusar seumur hidupnya. Seorang yang tidak melakukan kesalahan tidak akan merasa resah dan gundah gulana dan sebagai seorang rakyat negara demokrasi beliau tidak seharusnya merasakan kehilangan kuasa dari rakyat itu akan menjadikan beliau hidup dalam kesedihan. Sampai masa untuk menjadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik. Mahathir sendiri pernah menasihatkan kita semua, untuk menjadi pemimpin yang baik, perlu merasakan dan mengalami sebagai pengikut yang baik.
UMNO mesti ikut contoh-contoh yang baik.yang kita lihat di rantau kita sahaja. Liberal Demokrat Jepun telah kembali berkuasa setelah di ketepikan oleh rakyat Jepun beberapa ketika. Congress Party of India telah kembali berkuasa setelah parti itu diketepikan oleh rakyat negara demokrasi terbesar di Asia itu. Apa yang boleh menghalang UMNO untuk berkuasa kembali setelah Pakatan Rakyat memerintah barang sepenggal dua. Tetapi perbaiki lah moral parti itu dahulu semasa berada di petak pembangkang.
Jadilah parti yang tidak boleh di persepsikan oleh rakyat sebagai parti yang rasuah. Selagi UMNO tidak berundur buat sementara, UMNO tidak mungkin akan mampu untuk memperbaiki diri. Lagi pun sememangnya sampai masanya untuk pembangkang pula menjadi kerajaan. Jika Mahathir mengatakan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah negara, nah…kali ini kita beri peluang. Kita boleh tengok sendiri samada tohmahan Mahathir, Najib dan lain-lain terhadap pembangkang itu benar atau tidak.
Apa yang kita hendak resahkan. Yang akan mengganti pentadbiran kerajaan ialah parti PAS, DAP dan PKR, bukannya parti komunis dari mana-mana negara. Sebaliknya pula UMNO perlu membuktikan yang parti itu mampu menjadi pembangkang yang baik untuk menyuburkan demokrasi negara dengan lebih baik dan menjadi ikutan masyarakat antarabangsa.
Saya selalu membuat anologi memimpin negara ini biarlah ibarat kita bermain gasing. Orang bermain gasing akan memusing dan memangkah gasing itu secara bergilir-gilir. Selama ini hanya pembangkang terutamanya PAS dan DAP sahaja yang memusing gasing untuk dipangkah. Sekarang UMNO ambil lah giliran untuk memusing gasing untuk PAS, DAP dan PKR pula mengambil giliran untuk memangkah. Baru kita tahu pihak mana yang lebih baik sebagai pemangkah dan pihak mana yang lebih baik sebagai pemusing gasing.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO beriya-iya untuk memberikan pembangkang peluang untuk mentadbir negara ini bagi membuktikan pembangkang itu tidak tahu mentadbir negara.ini. Jika terbukti pembangkang tidak boleh mentadbir, barulah UMNO dapat membuktikan tuduhan mereka itu benar. Barulah UMNO boleh kembali untuk berkuasa jika di restui rakyat dan di izin Tuhan.
Apabila UMNO menjadi pembangkang semasa itu barulah UMNO sedar yang selama ini mereka berkuasa hanyalah kerana bergantung kepada rakyat yang keliru (confused) oleh momokan mereka (UMNO) selama ini. Semasa itu nanti barulah UMNO dapat memperbaiki sikap mereka dan tahu yang sebuah parti itu tidak boleh melakukan rasuah dan berniaga di atas sokongan rakyat.
Selama ini pemimpin UMNO hanya memperniagakan rakyat dengan bermodalkan rakyat yang memberikan mereka mandat itu. Semasa itu nanti barulah UMNO tahu yang pemimpin tidak boleh mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak mereka yang gagal seperti yang berlaku ke atas Mirzan Mahathir dahulu.
Dalam waktu UMNO duduk di petak pembangkang, barulah UMNO akan tahu bahawa kos projek yang di naikkan kerana hendak komisyen itu menjadikan harga pembekalan alat peperangan tentera itu menjadi mahal dan di bayar oleh rakyat. Masa itu nanti barulah UMNO tahu bahawa memberikan pelajaran percuma dan menghapuskan tol lebuhraya seperti yang ingin dilakukan oleh Pakatan Rakyat itu benar-benar boleh dilaksanakan.
Perlaksanaan pendidikan percuma dan menghapuskan tol itu tidak membankrapkan negara. Menghapuskan tol itu hanya akan memberhentikan kutipan yang dilakukan oleh pemegang ‘konsessioner’ lebuhraya yang telah mengutip wang rakyat ramai hampir-hampir RM30 billion bagi lebuhraya utara selatan sahaja. Setiap keluarga akan beruntung kerana dapat menggunakan sumber kewangan mereka dalam jumlah ribuan ringgit setahun untuk perbelanjaan yang lain.
Pemberian BRIM itu tidak membawa apa-apa erti kerana RM500 atau seribu ringgit sekali sekala yang rakyat terima itu akan di gunakan untuk membayar saman AES sahaja. Tetapi pemberian pelajaran percuma melibatkan setiap rakyat yang belajar merasakan nikmatnya sedangkan BRIM yang sejemput itu hanyalah untuk satu keluarga sahaja.
Itu sebabnya penting pemimpin UMNO duduk di petak pembangkang kerana mereka selama ini tidak tahu yang pengurusan kewangan yang baik dan telus itu boleh memberi faedah kepada rakyat ramai.
Dalam masa menjadi pembangkang itu juga UMNO boleh belajar yang pemimpin tidak payah membawa penyanyi pop antarabangsa untuk berkempen. Semasa itu juga UMNO akan tahu jika negara ditadbir dengan baik, maka rakyat tidak perlu menanggung beban perbelanjaan besar untuk pemimpin berkempen keseluruh negara dengan kos yang tinggi. UMNO akan tahu kewibawaan pimpinan dan kebersihan pimpinan itu sendiri akan berkempen untuk kerajaan yang berkuasa.
Semasa itu nanti barulah UMNO sedar yang selama ini parti mereka itu sepatutnya menjadi pembangkang lebih lama dahulu. Mana-mana pemimpin UMNO yang sedar dan mahu memperbaiki diri mereka akan sedar dan mengakui bahawa selama ini UMNO tidak sepatutnya berada sebagai kerajaan sebegitu lama.
Tetapi bak kata perpatah Inggeris, ‘better late than never’. Jika kita tidak lakukannya dalam pilihanraya ini, ia akan terlalu lewat untuk memperbaikinya. Kita lakukan sekarang ‘and it’s now or never’.

Wednesday, February 20, 2013

UMNO KEDAH: SI KURUS KIANG INI PEMUSNAH IMPIAN BN KEDAH ...

Teng dicabar dedah penyelewengan RM403 juta

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang dicabar untuk mempersoal Umno-BN dalam isu kerugian RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah Kedah sebelum dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Teng mempersoal kononnya kerajaan PAS Kedah berhutang RM2.933 bilion bagi tujuan projek membela rakyat tidak masuk akal.
Sedangkan isu yang jauh lebih besar adalah bagaimana ketika kerajaan negeri ditadbir BN, beberapa projek yang dibuat untuk kroni akhirnya melahirkan kerugian yang besar hingga terpaksa ditanggung oleh kerajaan PAS yang ada sekarang.
Firdaus berkata, isu penyelewengan RM403 juta itu perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran kerajaan Umno-BN ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.
Mengulas lanjut, beliau yang ditemui Harakah pada 15 Februari lalu berkata, apa yang disebut Teng mengenai RM2.993 bilion itu memang benar, tetapi ia adalah hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno-BN terhadulu.

Teng mendakwa hutang kerajaan PAS Kedah kini berjumlah RM2.933 bilion. Dalam laporan akhbar harian, beliau menyatakan, Kedah berhutang antaranya bagi projek Rancangan Bekalan Air (RM1.9 bilion), Perumahan Awam Kos Rendah (RM152.75 juta), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (RM372.56 juta) dan pelbagai (RM153.45 juta). Selain itu Teng mendakwa,
kerajaan PAS Kedah juga berhutang dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam pembinaan Kampus KUIN sejumlah RM330 juta.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata, kerajaan PAS Kedah terpaksa menanggung hutang bagi tujuan melaksanakan projek-projek yang membabitkan kepentingan rakyat khasnya dalam pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bernilai RM330 juta yang akhirnya berjaya disiapkan.
“Kita nak buat KUIN, pihak kementerian tidak tolong, jadi kita berhutang demi kepentingan rakyat khasnya dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat,” katanya.
Tidak seperti semasa Umno-BN memerintah, cadangan untuk menyiapkan KUIN antara RM2 bilion, dan mereka (BN) berhutang untuk kepentingan kroni, katanya.
Dalam beberapa kes lain kata Firdaus, BN berhutang bukanlah untuk kepentingan rakyat, sebaliknya untuk menyediakan projek kepada kroni yang akhirnya projek itu gagal sama sekali.
Firdaus juga mencabar Teng mengemukakan samada pinjaman yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah itu kini gagal dimanfaatkan untuk projek rakyat. “Apakah ada masalah dengan apa yang kita (PAS) buat? Setakat ini projek yang kita laksanakan tidak menjadi gajah putih,” katanya lagi.
Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, sebelum ini sebanyak 11 penyelewengan telah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.
Katanya lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN termasuklah projek loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.
Tambahnya, kerajaan negeri pada zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh Kerajaan Pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman. Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman.
Sehubungan itu, Firdaus mencabar Teng agar mengetengahkan isu kerugian RM403 juta sewaktu kerajaan Umno-BN menerajui kerajaan Kedah.