Seorang wartawan
veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah
melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya
secara peribadi lebih dua dekad.
Dalam perkembangan
yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin
berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama.
“Realitinya, Najib
tidak pernah berani atau tegas.
“Beliau naik kerana
licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya,” kata
beliau dalam blognya.
Kadir menamakan Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang
sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana
menteri.
Bagi Muhyiddin,
Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering
memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu.
Oleh itu, wartawan
veteran berkenaan mendapati ia adalah menakjubkan bahawa Najib dan kepimpinan
Umno keseluruhan begitu takut dengan bekas timbalan perdana menteri
tersebut.
“Saya rasa Muhyiddin
sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu
ditakuti,” katanya.
Kadir mengulas
dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan ucapan
penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.
Najib
lemah
Setelah dihalang
daripada merasmikan mesyuarat agung Pemuda, Wanita dan Puteri, timbalan presiden
Umno itu mengeluh bahawa keputusan terbaru akan menjadikannya sebagai ‘tunggul’
yang duduk di atas pentas.
Bagi Kadir, semua
itu berlaku kerana demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno sedang dimusnahkan
kerana Najib dan pengikutnya kurang keyakinan dengan sokongan perwakilan dan
ahli-ahli parti.
Oleh sebab itulah
beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera
pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.
“Mereka yang besar
bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut
berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada
akses kepada jentera parti,” katanya.
Menurut Kadir,
perkembangan ini bukan kerana Muhyiddin adalah kuat, tetapi kerana Najib adalah
lemah.
“Kedua-dua mereka
bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno
sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan naluri pembunuh (killer
instinct).
“Mereka bukan dalam
kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohammad
Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.
“Dalam keadaan
biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan
sekarang, Najib nampak lebih lemah,” katanya.
Oleh itu, Kadir
berkata Najib memerlukan perlindungan daripada kepimpinan atasan Umno dan dan
jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.
Wartawan veteran itu
berkata kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai
soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau
yang dibohongi kepada mereka.
“Pokok pangkalnya
Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik
dan kena sindir.
“Paling mereka
takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh.
Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma
RM2.6 bilion,” katanya.
-malaysiakini-
No comments:
Post a Comment