Tuesday, December 15, 2015

NAIB PRESIDEN UMNO : BELUM ADA PERTEMUAN RASMI PAS DAN UMNO


 Umno-Pas

KUALA LUMPUR - Belum ada pertemuan rasmi di antara Umno dan Pas walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang bagi kedua-dua parti itu untuk menjalin kerjasama.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata: "Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa."

Bagaimanapun, fokus utama buat masa ini adalah penyatuan dalaman parti, katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan di sini hari ini.

"Yang penting bagi Umno ialah menjaga rumah tangga kita...kita kena pastikan bahawa Umno itu kuat...pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah," tambah beliau, yang juga Menteri Pertahanan.

Hishammuddin berkata aspirasi itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tanya, nak Umno atau DAP?]

"Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu...saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk lagenda yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata apa yang berlaku di dalam Umno adalah sebagai proses pendewasaan politik yang membina dan terserah kepada mana-mana pihak untuk menerimanya ataupun tidak.

sh

No comments:

Post a Comment