Thursday, December 3, 2015

Rafizi beri petua untuk UMNO menang PRU14


Petuanya ialah BN menukar Perdana Menteri kerana populariti Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum setiap hari.
rafizi-ramli,-najib
SHAH ALAM: Rafizi Ramli memberi petua kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu terus menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden PKR itu berkata, petuanya amat mudah iaitu dengan menukar Perdana Menteri kerana populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merudum setiap hari.
"Saya setuju UMNO akan menang lagi PRU-14 dengan syarat tukar Perdana Menteri. Kalau masih kekal juga Najib dan Rosmah kita akan tukar tempat dalam Parlimen.
"Perkara ini harus dijadikan iktibar iaitu rakyat Malaysia doakan kehancuran kita. Saya sering memuat naik gambar Najib di Facebook dan setiap kali itu akan menerima lima, enam ribu "like" dan balasan komen bukan maki tapi doa misalnya 'Ya Allah Ya Tuhanku jatuhkanlah manusia ini, hukumlah dia pastinya beribu-ribu pelayar Facebook akan mengaminkannya'," katanya.
Dia berkata demikian ketika menjadi Ahli Panel Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang turut disertai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Tambah Rafizi, perkara itu membuktikan populariti negatif Najib dalam kalangan rakyat biasa dan keluhan hati nurani mereka yang ikhlas.
Bagaimanapun, pandangan Rafizi itu disanggah Noh yang memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
"Kadang-kadang orang tak salah pun kena fitnah. Contoh Tan Sri Khalid (Ibrahim), tak salah tapi kena fitnah.
"Rakan sejawatnya (Datuk) Saifuddin Nasution buat perkara itu sebab nakkan jawatan. Itu usaha PKR, tetapi BN tidak akan buat macam itu," balasnya.

No comments:

Post a Comment