Thursday, December 3, 2015

Haji Hadi Dan MP PAS Ponteng Parlimen... Apa Sudah Jadi?


 
APAKAH TUGAS AHLI PARLIMEN ATAU ADUN?

Saya semakin hairan sebenarnya. Apakah tugas utama dan keutamaan seseorang Ahli Parlimen atau ADUN?

Sama ada hadir ke dewan setiap masa atau hal-hal lain dl luar dewan ketika dewan dijadualkan bersidang. Apabila ditegur atau didedahkan maka akan adalah jawapan-jawapan seakan-akan 'bangau oh bangau'.


Jadual persidangan telah ditetapkan lebih awal. Jika ada urusan lain sepatutnya ia hendaklah ditentukan pada masa yang tidak bertembung dengan jadual persidangan. Susah sangatkah untuk menyelaraskan jadual?

Saya lebih hairan apabila penyokong-penyokong mana-mana pemimpin begitu ta'asub sehingga sebarang teguran terhadap ketidak hadiran pemimpin akan dibalas dengan bermacam-macam alasan dan hujah bahkan si penegur akan diberi amaran, "Jaga-jaga! Nanti jadi fitnah!".

ISUNYA, kenapa tidak hadir ke dewan ketika dewan sedang bersidang!!! ltu sahaja!!! Ini sahaja yang saya hendak tahu sebagai non-political person.

~ Ustaz Zamri Zainal Abidin

Catatan:
Status Ulama dunia di katakan tidak dapat hadir ke Parlimen untuk menjalankan tugas berbahas dan bersidang. Apakah tanggung jawab ini sengaja di lepaskan kerana kesibukan perkara lain. Sepatutnya orang yang faham ugama patut menunjukkan suri tauladan kepada yang lain.

Jika tidak berkemampuan jangan bertanding PRU untuk menjadi ahli Parlimen. Jika inilah sikap ahli parlimen yang menggunakan Al Quran sebagai dalil di dalam berhujah, apakah hujah dan dalil selalu sangat tidak hadir sidang parlimen?

Jangan menghalalkan cara. Rakyat Malaysia juga boleh berfikir. Jangan anda ingat, anda punya kuasa di dalam sesuatu parti sudah di kira boleh berbuat apa sahaja.

Malangnya penyokong tegar gagal berfikir dengan matang. Setiap kali pemimpin mereka tidak hadir sidang Parlimen ada saja jawapan yang kurang munasabah di berikan kerana doktrin taksub melampau yang telah bersarang di benak mereka.

Sepatutnya adalah hak pengikut menegur pemimpin. Seperti kata Laksamana Bentan:

"Raja adil raja ku sembah(hormat)..
Raja zalim raja ku sanggah(tentang)..".

Tapi apakan daya, budaya berfikir tidak tersemat di hati pengikut. Apa sahaja yang pemimpin buat di sambut dengan senang hati malah di carikan pelbagai alasan untuk menepis segala kesalahan pemimpin.

Akhirnya pemimpin mula menjadi rakus sanggup bertindak apa sahaja kerana pasti akan di bela oleh para pengikut tegar. Majukan rakyat Malaysia.?

Admin
~UAA SUPPORTERS



ULASAN GB

Presiden PAS amat dikenali sebagai seorang yang kerap ponteng parlimen. Apakah kerap ponteng parlimen itu satu budaya baru PAS untuk tidak terlibat di dalam sebarang usul yang tidak menyokong UMNO BN di parlimen?

GB sudah ulas sebelum ini:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya? Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital untuk dicuci tubuh badannya daripada benda-benda haram yang telah masuk ke dalam tubuhnya, lagi banyak dan lagi lama makan benda haram lagi lama dan lagi kritikal ia berada dalam hospital - itu hukum kebenaran dan keadilan. Tak kiralah dia imam paling besar dalam dunia atau ulamak paling tersohor atas langit. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan ke atas semua makhluk Allah swt.

Lepas itu, suka pula memaki hamun: membarua, celaka, mentololkan orang lain dan menuduh orang khianat, beradab sangatkah itu?

Ada yang berhujjah kononnya haji Hadi seorang yang kuat tahajjud. Kepadanya GB jawab, tahajjud ialah sunat, laksanakan amanah untuk hadir ke parlimen adalah WAJIB. Takkanlah hal sebegitu pun seorang ulamak dunia tak faham dan tak mengerti?

p/s Cuma GB nak tanya kepada pemimpin parti PKR, apakah anda masih mengharapkan PAS lagi setelah anda sendiri melihat gelagar wakil rakyat PAS di parlimen?

No comments:

Post a Comment