Tun Dr Mahathir Mohamad kesal Perhimpunan Agung Umno kali ini, dijadualkan berlangsung minggu depan, yang disifatkannya kurang terbuka dan menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider."Saya kesal ia kurang terbuka. Seperkara tentang perhimpunan ini ialah ia sesuatu yang sangat menyeronokkan.
"Orang hadir, mencetuskan idea dan tahu yang mereka berbuat sesuatu untuk negara," katanya kepada media selepas acara di Proton Centre of Excellence di Subang, pagi ini.
"Saya minta media online dihadkan kerana mereka suka putar belit laporan, yang dilihat sebagai satu percubaan mengganggu keharmonian antara kaum di negara ini," katanya.
Malah, beliau sebelum ini mengumumkan semua media tidak dibenarkan membuat liputan perhimpunan itu tetapi larangan itu ditarik balik selepas ia mencetuskan tindak balas negatif daripada pengamal media dan perwakilan yang mahu liputan secara langsung
No comments:
Post a Comment