Monday, December 21, 2015

Siapa mengkhianati Melayu?


Perhimpunan Agung Umno 2015
 

PERSIDANGAN Agung Umno pada 9-11 Disember lalu berlangsung ketika parti itu berada dalam krisis besar. Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan Umno sendiri, berhadapan dengan defisit keyakinan yang paling teruk dalam sejarah.

Seperti biasa, Umno tidak melakukan apa yang sepatutnya, tetapi sebaliknya, menyalahkan orang lain. Dalam ucapannya, Najib dilaporkan menggambarkan kalau Umno kalah PRU14, negara akan ditadbir oleh Pakatan Harapan yang menentang perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Dalam reaksinya, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bersama yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpinnya, iaitu Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, mengutuk keras kenyataan itu sambil menyatakan bahawa ia tidaklah mengejutkan kerana setiap kali Umno berhadapan dengan krisis, ia akan menggunakan helah menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman dan penjajahan asing.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa ia menjunjung sepenuhnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuklah yang berkaitan dengan perkara-perkara penting berhubung kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Umno masih terperangkap dalam strategi lama, iaitu menakut-nakutkan rakyat. Ia menuduh pihak lain mengkhianati Melayu sambil mendakwa ia adalah satu-satunya yang melindungi Melayu.

Tetapi, adakah dakwaannya benar? Apakah makna khianat? Melayu mana yang dikhianati?

Ini menyebabkan saya merujuk kembali buku Muhammed Abdul Khaled (2014), The Colour of Inequality (2014). Menurut penulis, mutakhir ini, pertumbuhan ekonomi yang sepatutnya beransur-ansur menarik setiap orang ke tahap kesejahteraan yang lebih baik, telah tidak melibatkan semua orang, lalu menghasilkan fenomena berbahaya, iaitu kesenjangan yang semakin meluas.

Jurang pendapatan relatif antara bandar dan luar bandar adalah sama seperti masa merdeka pada 1957.

Jurang antara yang kaya dan miskin tidak bertambah baik. Dalam kalangan Bumiputera, pada 2013, 72 peratus pelabur Amanah Saham Bumiputera memiliki purata pelaburan RM554, manakala 0.2 peratus pelabur terkaya memiliki 1,308 kali ganda, iaitu RM725,122.

Tentang pendapatan, pasca-2009, wujud jurang lebih luas dari segi pendapatan relatif antara Bumiputera dengan Cina. Ia melonjak sebanyak 10 peratus dalam tempoh 2009-2012, iaitu jurang paling tinggi sejak DEB diperkenalkan pada 1970. Dengan kata lain, jurang tersebut meningkat semasa pentadbiran Perdana Menteri Najib.

Dari segi kegagalan pelaksanaan dasar-dasar untuk kebaikan Bumiputera, beliau menyatakan bahawa satu daripada faktornya ialah kerana kegagalan ahli-ahli politik Bumiputera dalam penguatkuasaan dan pemantauannya.

Menurutnya, kegagalan itu boleh diatasi sekiranya ahli-ahli politik Bumiputera, terutamanya parti pemerintah terbesar, iaitu Umno, memainkan peranan penting dalam memastikan objektif-objektif tersebut tercapai. Tetapi, ini tidak berlaku.

Dalam konteks ini, Muhammed memetik temu bualnya dengan seorang bekas Perdana Menteri, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan seorang bekas Naib Presiden Umno, yang antara lain, dilaporkan menyatakan:

Majlis Tertinggi Umno tidak pernah membincangkan dengan teliti agenda ekonomi Bumiputera.

Kajian yang lengkap tentang pelaksanaan dasar-dasar tersebut tidak dibuat. Sebabnya ialah dapatannya akan mendukacitakan kerana menunjukkan kerajaan gagal.

Kebanyakan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri-menteri lebih berminat dengan apa yang diraih melalui politik untuk dirinya sendiri.

Tentang pelaksanaan dasar-dasar, sekiranya ahli-ahli politik tidak mendesaknya, kemungkinan besar kakitangan awam tidak akan melakukannya sendiri, walaupun majoritinya Melayu.

Hari ini, semakin ramai bersuara tentang skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, iaitu ketika rakyat berhadapan dengan tingginya kos kehidupan, kurangnya pekerjaan dan rendahnya pendapatan.

Jadi, siapa, sebenarnya, yang mengkhianati Melayu?

* Datuk Saifuddin Abdullah ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau aktif di Twitter: @saifuddinabd

Tiga jawapan Pas tentang 'beri Umno kemaafan'


Pas


BARU-BARU ini, isu Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini terus hangat diperkatakan.

Sehubungan itu, Pas tampil memberikan jawapan kepada tiga persoalan mengenai isu berkenaan:

Soalan 1: Pas setuju gabung Umno?
Jawapan: TIDAK setuju

Soalan 2: Pas setuju kerjasama dgn Umno?
Jawapan:
i - SETUJU jika atas dasar kebajikan rakyat dan takwa menegakkan Islam
ii - TIDAK SETUJU jika atas dasar dosa, menegakkan kemungkaran dan kezaliman.

Soalan 3:  Kenapa Pas dilihat berlunak dengan Umno akhir-akhir ini?
Jawapan:  Pas melihat Umno, sama ada pemimpin atau ahli-ahlinya adalah sebagai sasaran dakwah yang mesti didekati dan disampaikan kepada mereka Islam.

Umno perlu dinasihati untuk meninggalkan kemungkaran dan kezaliman dan kembali kepada Islam.

(*)  NASRUDIN HASSAN. Ketua Penerangan Pas

Hubungan cinta 1MDB dengan selera Arab


Khairie Hisyam


  


KiniBiz l - Ketika pertma kali ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada awal tahun 2009, 1MDB menyatakan bahawa hasratnya adalah untuk memacu pembangunan strategi negara.

Bagaiamanapun, selepas ia diambil alih oleh kerajaan persekutuan pada pertengahan 2009, 'strategi' itu seolah-olah mempunyai 'selera' Arab.

Buat pemulaan, penasihat lembaga pengarah syarikat tersebut mengambil tokoh terkenal Asia Barat sebagai penasihat.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani sebagai penasihat khas dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, ketua pegawai eksekutif Mubadala Development Co, sebuah syarikat pelaburan Abu Dhabi yang dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu.

Dan terdapat juga dinamik yang dibawa oleh tokoh perniagaan Low Taek Jho, yang terkenal dengan hubungan mesranya dengan golongan berada di Timur Tengah dan juga rapat dengan keluarga perdana menteri.

Walaupun Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak pernah mempunyai sebarang peranan rasmi dan tidak menerima ganjaran dalam apa jua bentuk daripada 1MDB, mengikut kata jurucakapnya dan juga 1MDB - beliau dilihat secara intim terlibat dan berperanan penting dalam meletakkan asas usaha sama sulung 1MDB dan banyak keputusan menghubungkan syarikat itu dengan dunia Arab.

Pada September 2009, 1MDB secara tergesa-gesa membentuk usaha sama dengan konglomerat milik persendirian PetroSaudi International Ltd.

Perjanjian usaha sama itu dimeterai hanya beberapa hari selepas CEO daripada kedua-dua pihak diperkenalkan.

Ini satu keadaan yang pelik memandangkan Jho Low tidak mempunyai peranan rasmi di 1MDB kecuali menawarkan nasihat atas jemputan syarikat sehingga pada tahap ia tidak lagi menjadi TIA dan dinamakan semula, seperti yang didakwa oleh jurucakapnya sebelum ini.

Untuk berita lanjut, sila layari KiniBiz.

'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB'


MALAYSIAKINI


 


Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.

Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.

"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.

"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut," katanya.

Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.

Senator mahu Agong saja boleh isytihar 'kawasan keselamatan'


Kow Gah Chie







Seorang senator BN dari Sarawak tidak bersetuju bahawa perdana menteri diberi kuasa untuk mengisytiharkan 'kawasan keselamatan' mengikut rang undang-undang Keselamatan Negara 2015.

Sebaliknya, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian mahu hanya Yang di-Pertuan Agong diberi peranan membuat perisytiharan itu.

"Saya cadangkan ayat berbunyi 'perdana menteri' digantikan dengan 'Yang di-Pertuan Agong', yang akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara," katanya ketika membahaskan rang undang-undang MKN di peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini.

"Kami tidak mahu wujudkan tanggapan salah bahawa kuasa Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan keadaan darurat) diambil oleh eksekutif.

"Walaupun ini hanya berkaitan dengan persepsi, tetapi dalam politik, persepsi adalah lebih penting daripada realiti," kata Sim.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menggubal rang undang-undang yang merangkumi elemen semak dan imbangi untuk mengelakkan salah guna kuasa pada masa akan datang.

Sim juga menggesa kerajaan untuk memasukkan ketua menteri Sabah dan Sarawak sebagai ahli MKN kerana kedua-dua negeri Borneo adalah sebahagian daripada penubuhan Malaysia.

"Ketiadaan wakil-wakil dari Sarawak dan Sabah dalam MKN adalah sangat menyedihkan. Kami merasakan bahawa kepentingan Sarawak dan Sabah perlu dilindungi pada setiap peringkat kerajaan persekutuan," katanya.

SABARLAH TOK HIM, UMNO TENGAH SYOK MENGGODA PASANGAN BARU....


shahbudindotcom


Kesian Ibrahim Ali dan Perkasa, mereka nampaknya semakin dipinggirkan oleh UMNO sekarang ini.

Walaupun seringkali menyatakan tidak memihak kepada mana-mana parti, tetapi umum mengetahui kecondongan aliran NGO itu, malah majoriti ahlinya adalah anggota UMNO. 

Dalam pilihanraya lalu pula, Perkasa secara terbuka menyokong UMNO dan Ibrahim Ali sendiri diberi laluan bertanding sebagai calon Bebas yang disokong parti itu di Pasir Mas.

Sebab itu, Ibrahim Ali atau Tok Him nampak begitu kecewa dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO dalam persidangan tahunannya kali ini yang diadakan di Pusat Islam dan dirasmikan oleh bekas menteri, Sanusi Junid.

Kekecewaan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dapat dirasakan apabila beliau menyindir kegagalan wakil  UMNO hadir ke persidangan tahunan Perkasa ini, meskipun dijemput melalui undangan secara pos dan "by hand", mungkin disebabkan pemimpinnya sibuk dengan persiapan menyambut Krismas.

Aduhh...makan dalam sindiran Tok Him kali ini!!

Mengaitkan sebuah parti politik Melayu dan Islam yang sarat dengan ungkapan wassatiyah dan maqasid syariah dengan sambutan Krismas barangkali agak keterlaluan, tetapi ia sebenarnya lebih menggambarkan kesal hati dan kekecewaan Tok Him yang amat dalam terhadap UMNO.

Tetapi Tok Him, bersabarlah  dan jangan kecil hati dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO itu.

UMNO mungkin tidak lagi memandang atau memberi banyak perhatian kepada Perkasa sekarang ini kerana sedang sibuk dengan urusan "menggoda"  Pas untuk dijadikan rakan kerjasamanya yang baru.

Bak orang sedang "jatuh cinta" dan "gila menggoda" pasangan baru, tentulah buah hati  lama sudah tidak diberi perhatian lagi.

Ia adalah perkara normal serta lumrah dan Tok Him tidak sepatutnya terlalu kecewa.

UMNO juga mungkin tidak hadir kerana tahu pemimpin Pas sudah menghadiri persidangan Perkasa itu dan merasakan tidak perlu untuk turut sama hadir. 

Lagi pula, agak belum sesuai lagi UMNO dan Pas untuk tampil bersama di khalayak umum - maklumlah bertunang belum, nikah juga belum.

Di waktu yang sama, tidak mustahil UMNO beranggapan kehadiran Pas, yang sedang "digoda"  untuk menjadi pasangannya, boleh disekalikan sebagai mewakili kehadirannya juga.

Maknanya, Pas hadir macam UMNO hadir, di lain kali mungkin UMNO hadir mewakili Pas pula.

Apa pun, sabar dan janganlah kecil hati Tok Him...kalau orang dah tak suka, macam tak biasa....intai-intailah mencari pasangan baru juga.

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik



Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman.
Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.
"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan  perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya.
Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.
"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.
Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.
Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.
Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.
Menurut Liu, beliau dan Otai Reformis akan bertemu pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk tujuan itu.
Cadangan Liu itu disokong Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang turut berucap pada majlis sama.
"Saya yakin Anwar berhak dicalonkan sebagai calon Hadiah Nobel Keamanan. Saya harap ini tidak tinggal kata-kata sahaja dan kita melakukan sesuatu untuk memungkinkannya.
"Dengan pencalonan ini, harapnya suara saudara Anwar lebih terdengar," katanya.
Kempen March 2 Freedom yang menuntut pembebasan Anwar itu turut mendapat sokongan daripada Amnesty International, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu, Bersih 2.0 dan Majlis Peguam.

PANAS ! Umno fail saman USD650 juta terhadap Najib Razak

Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti Umno atas nama parti tersebut yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan fraud ke atas ahli-ahli parti politik tersebut berkenaan dengan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau pada March 2013 serta penggunaan dana itu tanpa pengetahuan parti.
Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013.
Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun AmBank Private Banking milik beliau di mana dana RM2.6 bilion itu diterima. Saman juga menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.
Saman yang difailkan bagi pihak Umno turut mendakwa bahawa kedudukan Najib Razak sebagai 'pesalah memegang kuasa' dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Najib Razak.
"Plaintif menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Najib Razak kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan yang merosakkan kepentingan ahli Umno," begitu bunyi Pernyataan Tuntutan itu.
Plaintif juga memohon untuk mendapatkan relif injunksi untuk menghalang Ab Rauf Yusof, yang turut disaman di dalam kapasitinya sebagai pegawai am Umno, sama ada secara sendirinya dan/atau melalui Jawatankuasa Disiplin Umno, Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan daripada mengambil sebarang tindakan untuk membuang beliau sebagai ahli Umno sementara kes ini diadili, semata-mata demi mengelakkan liabiliti ke atas kes ini.
Sememangnya Pernyataan Tuntutan kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Wall Street Journal mendedahkannya pada 2 Julai 2015 lalu.
Wall Street Journal telah mendakwa bahawa dana USD681 juta telah dikirim ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Private Banking pada 21 dan 25 Mac 2013 dari Falcon Private Bank di Singapura.
Pernyataan Tuntutan itu turut mengatakan bahawa Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dan juga bahawa beliau bukan merupakan benefisiari peribadi kepada wang tersebut. Najib Razak juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan suatu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.
Pernyataan Tuntutan itu juga mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib Razak telah dilantik sebagai pemegang amanah Umno, bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.
"Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah bagi kepentingan dan kegunaan Umno. Selanjutnya dan/atau sebagai alternative Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah konstruktif bagi kepentingan dan kegunaan Umno," Pernyataan Tuntutan tersebut menyimpulkan.
Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:
Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;
Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;
Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;
Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno;
dan Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.
Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri. – FMT NEWS

Antara UMNO, PAS dan Neelofa

Kadir Diko / bhnews@bh.com.my
Hubungan PAS dan UMNO, bagaikan lagu Melayu klasik nyanyian Nordin Ahmad dan Latifah Omar dalam filem Gurindam Jiwa (1965), yang liriknya antara lain berbunyi: "Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga."
Ya, PAS dan UMNO pernah bekerjasama dalam Barisan Nasional (BN) ketika zaman Tun Abdul Razak Hussein pada 1972 dan terkeluar pada 1978 ketika zaman Tun Hussein Onn. 'Perkahwinan' kedua-dua parti meskipun bercerai talak satu, tidaklah sampai 'cina buta' dan boleh rujuk semula. Tun Razak mencetus idea penubuhan BN, tetapi nama BN dan lambang dacing dikatakan dicadang oleh pemimpin PAS ketika itu, Tan Sri Asri Muda, kerana penyokong PAS fobia dengan perkataan 'Perikatan.' Dalam keadaan politik dan kesejahteraan umat Islam kini tercabar sehingga institusi agama Islam diserang, mungkin elok dua parti Melayu terbesar ini membuka lembaran baru untuk 'berkahwin kali kedua,' bukan beristeri dua atau tiga.
Pelakon dan pengacara popular, Neelofa pun tidak sanggup jadi isteri ketiga bekas menteri dan menafikan khabar angin itu. Memanglah dalam perkahwinan pertama dulu dan sehingga selepas 'bercerai,' episod perbalahan antara UMNO dan PAS tidak pernah sunyi. Tapi kata orang, selepas kahwin kali kedua, lazimnya lebih serasi. 'Kahwin paksa' antara PAS dengan DAP dalam pakatan tidak bertahan lama kerana perbezaan ideologi.
Sebenarnya episod cubaan 'merisik' antara UMNO dan PAS ini sudah bermula sejak PAS dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor lagi. Pada 9 Mei 2002, Fadzil dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berada di pentas sama di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Dewan penuh sesak untuk perhimpunan syarahan perdana bertajuk 'Palestin dan Kemanusiaan,' Yang hadir sama ketika itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS. Kira-kira 3,000 orang hadir, termasuk tokoh akademik, budaya, ulama, ahli politik, dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelihatan teruja dan ada yang menganggap majlis itu sebagai detik ke arah 'kerjasama' lebih jitu antara PAS dan UMNO.
Seorang pemimpin kanan PAS ketika itu berbisik kepada penulis bahawa suasananya kelihatan amat luar biasa kerana ia adalah pertemuan dan 'pertembungan' buat kali pertama pemimpin Melayu, khususnya PAS dan UMNO di pentas sama dengan matlamat sama - demi perjuangan rakyat Palestin.
Namun, ia gagal menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Khamis lalu pula, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Hadi, selaku Presiden PAS duduk di pentas sama pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar (WAAG) Malaysia 2015 di ibu negara. Najib dan Hadi kelihatan amat mesra. Malah, ucapan mereka menjurus ke arah perpaduan ummah.
Apa yang berlaku ketika zaman Fadzil Noor-Dr Mahathir dulu ialah tiada langkah susulan konkrit diambil. Kita berharap zaman Najib-Hadi, ada tindakan susulan setelah jalan dirintis oleh kedua-dua pemimpin itu. Tidak salah bagi sayap Pemuda UMNO dan PAS mengadakan majlis 'suai kenal' atau menganjurkan perlawanan bola sepak untuk penyokong kedua-dua parti, bagi merintis jalan peringkat bawahan. Andainya Neelofa jadi juruacara majlis, sudah pasti ribuan penyokong UMNO dan PAS akan turut serta.

Tuesday, December 15, 2015

Tony Fernandes pun Tak Faham Kenapa Tambang ERL Terlalu Mahal..



Tan Sri Tony Fernandes berkata, adalah lebih murah untuk 'terbang' berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) susulan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam itu baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekaang," tweet beliau pada Isnin.

Fernandes berkata, pihaknya menjadi tidak popular kerana sering kali menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai.

Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini. 

Kenyataan itu juga menyebut, harga baharu itu diluluskan kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kajian pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu.

Memahami ketidakpuasan hati rakyat berhubung perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelajar, penuntut universiti, Orang Kelainan Upaya, warga tua yang menggunakan ERL dan KTM Komuter lapor mStar

Siapa Yang Sebenarnya Mengawal Harga Barang???



Orenji Ren Oren's photo.

Kah kah kaaaaaaaaaaahh!!! Bila bab suruh turunkan harga je, alasan paling best "Putrajaya tiada kuasa untuk turunkan harga barang".. Rasa macam nak lempang je Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin ni..

Dia bagi alasan harga barangan bergantung kepada kuasa pasaran dan Putrajaya menangani isu ini dengan menambah pendapatan rakyat, bukan dengan mengurangkan harga. Tambah pendapatan rakyat atau kroni dan suku sakat?? habaq mai sket??? Pastu sedap mulut je kata tidak dapat dielakkan jika negara mahu mencapai status negara maju dengan mempunyai infrastruktur yang sangat baik. 

Agaknya dia lupa sesuatu... Lupa punca harga barang naik.. Mohon pegawai2 bawahan dia ni tolong cakap sikit kat dia ni punca barang naik kenapa. Takkan tu pun aku nak ajar??

Soalan aku mudah, kalau bukan korang yg kawal, siapa yg kawal???

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga.. Ahli Akademik Pula Kutuk Najib Dan Umno



Apabila berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.

Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.

Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. 

Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana ‘The Poverty of the Malays’ yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. 

Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.

Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajahan minda dan jiwa? Jawapannya jelas, tidak.

Malah, tidak keterlaluan jika diusulkan bahawa kemiskinan dari segi akhlak dan moral kini berada di tahap kronik. Berdasarkan tindak balas kaum Melayu terhadap isu urus tadbir semasa, ia merudum jatuh ke tahap yang terburuk dalam sejarah.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, baik sebelum mahupun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit.
Pemimpin sebegini, seperti diungkapkan oleh tokoh falsafah agung negara, Almarhum Profesor Syed Husin Alatas, adalah pemimpin yang ‘jadong’, iaitu pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana.

Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah.

Yang lebih menghairankan lagi, rata-rata rakyat marhaen masih lagi berpeluk tubuh diam membisu. Mengapa miskin sekali jiwa dan minda mereka?

Mengapa orang Melayu zaman moden yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai-nilai luhur dan mulia? Apakah orang Melayu juga miskin keberanian?

Adakah mereka tidak pernah memberontak terhadap pemimpin yang zalim? Adakah hanya rakyat negara lain atau bangsa lain sahaja yang berani?

Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin yang mengaut kekayaan untuk diri sendiri akhirnya tumbang dengan tragik seperti mana yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir, Shah Reza di Iran, Ferdinand Marcos di Filipina, Ben Ali di Tunisia. Banyak lagi kisah sebegini, banyak juga pemimpin yang dibunuh mahupun terpaksa hidup dalam buangan.

Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali. Pemimpin Melayu zaman dahulu seperti Datuk Maharajela di Perak, Tok Janggut dan Mat Kilau, dan ramai lagi, tidak dicengkam kemiskinan keberanian.

Tapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai berpendidikan tinggi, mereka masih miskin dari segi nilai dan tindak-tanduk yang mulia? Mengapa ramai yang diam membisu tanpa suara apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta khazanah negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?

Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yang telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.

Tetapi sayang, yang bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yang kuat menjerit ‘Hidup Melayu’ pada perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan tua berumur 90 tahun anak kelahiran Alor Setar, dan srikandi muda dari Langkawi.

Di manakah yang lain? Mana para cendekiawan dan golongan elit Melayu yang terkemuka? Mana perginya golongan profesional bertali leher segak dengan baju kemeja Brook Brothers? Mana doktor mahupun peguam yang hebat-hebat belaka dengan kereta BMW dan Mercedes mereka?

Mana teguran alim ulama berjubah Arab yang lantang bersyarah siang dan malam di kaca televisyen mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar? Di mana kebijaksanaan para pensyarah dari menara gading tersohor negara?

Bak kata pujangga Indonesia WS Rendra, kita ini berilmu untuk memihak kepada pihak yang mana?

Saya tidak ada jawapannya. Mungkin ramai yang takut. Tetapi persoalannya, apa yang hendak ditakuti? Ingatlah kata novelis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer; dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang; “Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu”.


Mustapa, Ahmad bentuk dimensi baru politik Kelantan


MSO

 

Cetusan atau rintisan kerjasama di antara kerajaan Pusat (baca Umno) dengan kerajaan Pas Kelantan (baca Pas) tampaknya diterima tidak sekata oleh sesetengah pemimpin Pas. Seakan ada perasaan takut dan ragu-ragu untuk sesetengah pemimpin Pas bagi mengakui bahawa telah berlaku kerjasama di antara kedua pihak.


Mereka mampu bentuk dimensi politik baru.
Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed bahawa kerjasama secara "G to G" antara kedua pihak sudah berlangsung dua tahun di Kelantan satu kenyataan agak mengejutkan dan dianggap sebagai negatif.

 Kerjasama itu katanya tidak pernah berlaku sebelum ini, di zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi MB. Sebagai dalil kepada kerjasama itu kata menteri MITI itu, beliau beberapa kali telah mengunjungi Kota Darul Naim, menemui Ahmad berbincang untuk kemaslahatan negeri, manakala begitu juga MB Kelantan Ahmd Yakob beberapa kali berjumpa dengan Najib Razak. Mustapa menjadikan pertemuan "mahabbah" itu sebagai dalil berlaku kerjasama.

Mustapa membuat penjelasan itu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang bermadah Umno mungkin bermimpi untuk bergabung dengan Pas. Kenyataan Tuan Ibrahim itu boleh dikonotasikan bahawa beliau menolak pelawaan Umno untuk bekerjasama. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan Najib dalam perhimpunan agung Umno. Dan bagi Mustapa pula dia membuat pengakuan itu sebagai menafikan apa yang diragui Tuan Ibrahim.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dari satu sisi dilihat bertentangan dengan arahan lisan Pas sebelum ini yang melarang mana-mana pemimpinnya bercakap mengulas "budi baik" Najib itu, melainkan hanya presiden yang berhak bercakap. Abdul Hadi Awang dengan jelas menyambut baik huluran salam Najib itu dengan memberi syarat teknikal, Pas boleh berkerjsama dengan Umno sekiranya Umno kembali kepada Islam. Apakah bagi Hadi bahawa Umno masih belum Islam syumul?

Kesetujuan Abdul Hadi dengan cadangan Najib itu sudah pun jelas sebelum ini apabila presiden itu berlunak dengan Umno dalam beberapa perkara, dan perkara ini diakui secara terang oleh Najib sehinggakan PM yang berjiwa besar tetapi pengecut itu sanggup melafazkan salam berkenaan. Sudah tentu kalau Najib tidak mendapat akses yang tepat berhubung perubahan politik Pas itu dia tidak akan membuat pelawaan itu kerana kesannya sangat buruk.

Apa yang dapat disuluhi daripada "percanggahan" dalam menerima dan mentafsir huluran salam Najib itu dan juga kenyataan yang berbeza antara timbalan presiden dengan presiden Pas itu ialah apa yang saya nampak, Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu lebih kepada untuk tidak menimbulkan kekeliruan dan menenangkan orang Pas. Beliau seakan mahu menjaga dan perasaan hati orang Pas yang masih langsung tidak dapat menerima Umno. Kenyataan yang berbeza itu bagi saya sebagai satu testing dan juga ujian untuk melihat telatah orang Pas.

Biarlah, di sini saya tidak mahu melaga-lagakan percanggahan tangapan dan penerimaan huluran salam Najib itu yang mana sudah pasti dibuat dengan motif tertentu. Tetapi apa yang saya ingin ditarikkan di sini berhubung dengan kenyataan Mustapa tadi mengenai telah berlaku kerjasama antara Pas dengan Umno di Kelantan selama dua tahun.

Apa yang dijelaskan Mustapa itu memang perlu diakui semua pihak. Pendekatan diambil oleh Mustapa dengan Ahmad Yakob di Kelantan sesuatu dimensi politik baru yang belum pernah terjadi sebelum ini. Mungkin atas kesedaran demi untuk memajukan Kelantan dan membela nasib rakyat Kelantan yang sudah lama terbiar dan dibiarkan, maka  kedua mereka mengambil keputusan melakukan gencatan senjata politik dan berpolitik secara wastiyah.

Memang pun kerjsama secara "G to G" berlaku dan harus berlaku atas semangat federalisme. Tetapi apa yang dilakukan Mustapa dan Ahmad itu ternyata lebih luas dan jelas kepada rakyat. Manfaat bersama untuk rakyat sudah pun mulai dapat dilihat dan dirasai. Kelantan kini tidak lagi menjadi medan perang politik konvensional di anara Pas dengan Umno seperti dahulu.

Antara contoh yang boleh disebut di sini hasil berjalannya kerjasama itu, ialah pembinaan Lebuh Raya dari Kadok ke Ketereh, yang dibina oleh kerajaan Pusat. Projek itu sudah bertahun dirangka tetapi tidak pernah menjadi kenyataan kerana adanya dasar "apartied" yang diamalkan oleh pemimpin Umno sebelum ini.

Selain itu, dan ini paling terkesan ialah kerjasama dalam menghadapi musibah banjir besar melanda Kelantan setahun lalu. Semagat dan persefaman negeri yang dipamerkan dalam menghadapi musibah ini sungguh memberi erti kepada seluruh rakyat Kelantan.  Perkongisan membantu mangsa banjir dimana kerajaan Pusat menyediakan peruntukan manakala kerajaan negeri menyediakan tanah, adalah satu kombinasiyang baik antara kedua pihak. Mungkin kalau tanpa kerjasama ini mangsa banjir tahun lepas masih terus menderita.

Selain daripada dua contoh itu, kerajaan Pusat masih terus membantu dari segi kewangan kepada Kelantan seperti menampung pembayaran gaji seperti mana dimaktubkan dalam Perlembagaan. Dan selain itu juga masih wujud beberapa bentuk kerjasama lain termasuk dalam aspek sosial politik dan ekonomi. Jika diingati kerjasama atau rintisan persefahaman ini dibentuk sejak awal sebaik Ahmad mengangkat sumpah menjadi MB, di mana buat pertama kali tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan di adakan di Kota Bharu.

Hasil perwujudan dimensi baru politik itu, perkara paling jelas dalam masa dua atau tiga tahun lalu, ialah tidak berlaku di Kelantan konfrontasi antara Umno dengan Pas seprti mana sebelum ini. Sesuatu yang sangat ketara ialah Umno tidak menghentam Pas menerusi media massanya, bahkan ada pemimin Pas mendapat layanan istimewa dalam media massa yang sebelum ini yang dianggap musuh. Kelemhan pengurusan dalam kerajaan negeri dan beberapa isu tidak lagi menjadi bahan berita akhbar-akhabar "PB" milik Umno.

Ternyata hasil daipada pendekatan itu, ia menatijahkan perwujudan situasi politik yang kondusif di Kelantan antara keduanya yang belum pernah berlaku sebelum ini. Keadaan dan hakikat inilah apa yang dimaksudkan oleh Mustapa itu. Mungkin apa yang ada kini, kerjasama itu, Ahmad tidak menceritakan secara mendalam kepada Tuan Ibrahim sehingga beliau menganggap kerjasama Umno - Pas hanya sebagai mimpi sahaja sedangkan sebahagian hakikatnya sudah berlaku di Kelantan.

Sehubungan itu di sini apa yang ingin ditambahkan kerjsama secara "G to G" itu boleh diperluaskan lagi di Kelantan sekiranya kedua pihak jujur untuk membantu rakyat Kelantan, membangun negeri berkenaan serta melakukan anjakan dalam berpolitik. Misalnya Mustapa boleh mengarahkan semua agensi-agensi kerjaan Pusat untuk berkolaborasi dengan kerajaan Kelantan secara meluas dan berkesan lagi.

Dalam hubungan ini, misalnya agensi atau lembaga seperti Kada, Kesedar dua buah agensi pembangunan sosial ekonomi milik penuh kerajaan Pusat boleh memainkan peranan lebih luas dalam mengartikan kerjasama G to G itu. Contohnya Kada dan Kesedar perlu mengiktiraf (implimen) apa yang termaktub dalam akta dua lembaga berkenaan melantik wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah mereka. Seharusnya sekurang-kurang dua wakil kerajaan negeri secara automatik dijadikan ahli lembaga pengarah.

Apa diketahui perkara ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya lagi. Jika ada wakil negeri dalam lembaga berkenaan sudah tentu tindakan diskriminasi dilakukan oleh lembaga berkenaan kepada penyokong Pas kerana sentimen politik tidak akan berlaku lagi, yang mana kesannya merugikan rakyat Kelantan.

Kalau wujud kerjasama itu keuntungan dapat dikecapi kedua pihak. Misalnya Kesedar sendiri yang berhadapan dengan masalah untuk mendapat perlepasan daripada kerajaan Kelantan terhadap beberapa tanah dimajuinya, dapat diatasi kalau ada kerjasama itu. Beberapa kawasan yang diterokai Kesedar didapati bertindih dengan tanah kerajaan menyebabkan sudah berdekad peneroka tidak menapat geran tanah kerana tiada kelulusan kerajaan negeri,

Begitu juga dengan Kada, lembaga itu boleh merangcang untuk kemajuannya dengan lebih berkesan lagi, misalnya Kada boleh memperluaskan kawasan dibawah kawalan dan jagannya. Mana-mana tanah pertanian terbiar boleh difikirkan untuk dimasukkan ke dalam kawasan seliaan Kada.

Apabila Mustapa mengakui sudah dua tahun terjalin kerjsama "G to G", seharusnya ia tidak dipersoal dan dipolitikkan secara simplistik sebaliknya usaha itu patut disokong dengan harapan ia berlaku dalam skop yang lebih luas lagi demi manfaat rakyat. Sudah sampai masanya orang berpolitik tidak berfikir untuk mengejar kuasa dan kedudukannya dalam politik, sebaliknya menggunakan politik untuk kesejahteraan rakyat.

Mengakhiri catatan ini dua perkara yang ingin disebutkan sebagai merealisasikan secara lebih bererti lagi kerjsama berkenaan, elok kalu kerajaan Pusat menerusi Petronas membayar royalti penuh Petroleum dan Gas kepada kerajaan Kelantan mengikut kadar yang sebenarnya. Hak rakyat ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak.

Dan keduanya, kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan khas bagi pembangunan dan kemajuan sukan di Kelantan, dengan mengutamakan membina kompleks stadium di negeri berkenaan seperti mana yang telah dirancangkan.

Kalau ini dapat dilaksanakan ia sesuatu yang sangat bagus dan mulia. Baik Mustapa dan Ahmd dapat menjadikan semua itu sebagai mercu tanda jasa dan budi mereka di Kelantan. Keduanya harus ada legasi tersendiri di Kelantan kalau mereka hendak dikenang dan diingati sebagai pemimpin Kelantan yang berjasa.

Dan tidak mustahil Kelantan akan menjadi lebih maju dan dihormati orang luar kalau persefahaman politik itu berjaya dihayati atas semangat anak beranak. Mustapa dan Ahmad adalah dua sosok yang sangat baik untuk membina tegu politik baru di Kelantan.

KEINGINAN BEKERJASAMA DENGAN PAS MENUNJUKKAN UMNO BENAR2 LEMAH


shahbudindotcom


 
 
 
Walaupun dikata macam-macam seperti sedang tersepit, hanya ingin berbaik ketika terdesak malah sehingga diumpamakan "biawak hidup" sekali pun, tetapi nampaknya UMNO tidak kisah dan begitu teringin untuk berbaik dan bekerjama dengan Pas.

Tidak cukup dengan Najib Razak melontarkan pelawaan untuk berbaik itu ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung baru-baru ini yang menunjukkan kesungguhan dan seolah-olah meminta restu para perwakilan, bahkan Mustapha Mohamad kemudian tampil seakan mengesahkan kemungkinan hubungan yang lebih rasmi terjalin berikutan kerjasama itu dakwanya,  sudah pun terjalin sejak dua tahun lalu lagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menjustifikasikan hubungan UMNO dan Pas itu sudah wujud melalui kerjasama "G to G" antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam beberapa aspek kebelakangan ini dan kekerapannya menjejakkan kaki ke Kota Darul Naim, sesuatu yang didakwanya tidak berlaku sebelum Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar.

Sebenarnya, apakah yang boleh difahami daripada kesungguhan UMNO itu?

Ia tidak lain menunjukkan UMNO dalam menuju PRU 14 akan datang benar-benar dalam keadaan lemah dan tidak cukup kekuatan untuk menggapai kemenangan bersama-sama rakan komponen BN yang ada.

Di sebalik isu 1MDB dan derma politik yang diterima Najib, UMNO akhirnya secara tidak langsung mengakui sokongan pengundi Melayu makin terhakis terhadapnya.

Dengan pengundi bukan Melayu tidak lagi menjadi harapan dan pengundi Melayu pula disedari makin menjauhinya, satu-satunya sandaran UMNO untuk mengekalkan kuasanya ialah dengan pertolongan Pas.

Sejak bila UMNO mahu berbaik dan menjalin kerjasama dengan sesiapa ketika ia dalam keadaan kuat dan stabil?

Jika UMNO kuat dan gagah, apakah ia mahu berbaik dengan Pas, waima kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam sekali pun?

Persoalan kedua pula, bolehkah kerjasama UMNO dan Pas itu dijalin dalam masa terdekat dan sebelum pilihanraya ini?

Barangkali sukar untuk melihat kerjasama itu terjalin dalam waktu yang terdekat ini, tetapi kesediaan Pas untuk berbaik-baik dan saling berdekat dengannya serta dalam masa yang sama semakin menjauhi Pakatan Harapan, ia dianggap sudah memadai bagi UMNO.

UMNO tidak perlu hubungan yang formal dengan Pas sebelum PRU 14 kerana ia juga perlu menjaga perasaan rakan-rakan bukan Melayu yang bersama dengannya.

Apa yang diharapkan oleh UMNO ialah Pas terus berbalah dengan parti-parti pembangkang lain dan akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru di banyak kawasan pilihanraya yang mana keadaan itu secara langsung akan memberi kelebihan kepadanya memenangi lebih banyak kerusi.

Dalam masa yang sama UMNO juga meyakini banyak kawasan tradisi akan kekal dalam genggaman Pas melalui pertembungan tiga penjuru itu.

Ketika pilihanraya berlangsung pula, dengan kekuatan sumber kewangan yang UMNO miliki, malah mungkin ada lagi Tok Arab yang sudi menghulurkan lebih banyak derma, tidak mustahil bantuan "cash is king" juga akan dihulurkan kepada Pas.

Tujuannya tidak lain ialah agar Pas melihat UMNO sebagai rakan kerjasama yang baik hati, pemurah dan sedia membantu meskipun tiada kerjasama yang rasmi dijalinkan.

Jika UMNO bersama BN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan, maka hubungan itu akan berakhir dan Pas akan ditinggalkan begitu saja. Tetapi bantuan Pas tentunya amat diperlukan sekiranya UMNO tidak cukup jumlah kerusi untuk mengekalkan kerajaannya.

Hakikatnya, kerjasama sebenar yang diharapkan oleh UMNO daripada Pas ialah selepas PRU 14 nanti, itu pun jika jumlah kerusi yang dimenanginya tidak cukup untuk terus mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Makanya, sementara menjelang PRU 14 kira-kira dua tahun lagi, ada baiknya Pas mengambil kesempatan yang ada dengan segera menuntut hak royalti minyak untuk Kelantan yang sudah dinafikan oleh UMNO sejak sekian lama.

MALAYA


Ismaily Bungsu C's photo.

PERKATAAN " Malaya" ini bagi saya tidak menjadi persoalan apa2 sebab saya faham sangat keadaannya.

Perkataan Malaya itu sudah ada sebelum merdeka dan sesudah merdeka ramai yang datang ke Sabah berkerja sebagai askar, polis dan guru dan mereka itu disebut orang Malaya.

Ketika dulu sebutan itu tidak menjadi apa dan ditambah begitu ramai orang kita kawin dengan orang Malaya terdiri kalangan guru, askar dan polis maka sebutan itu sudah biasa dan tidak menjadi apa-apapun.

Kesan politik rasa kebencian maka perkataan itu ditimbulkan seolah orang Malaya itu jahat semuanya padahal yang datang ke Sabah tidak ada niat begitu jahat seperti dibayangkan dan kita cipta kebencian begitu rasanya tidak adil dan tidak ngam.

Bila Sabah bawah BN menjadi susah dan mendapat anugerah termiskin dan pendidikan asas tersorot dan pembangunan tidak ngam banding Malaya, maka kita katakan yang Malaya itu tidak adil dan menjajah.
Kenyataan menjajah itu sebenarnya tidak tepat, apa lagi bila dikaitkan dengan dunia politik.

Kalau kita perhatikan sebenarnya lebih ramai kalangan orang kita di Sabah berkerja di Johor, Melaka, Selangor, kelantan dan sebagainya.

Disamping kerja di kilang dan syarikat di beberapa negeri di Malaya, ramai juga yang berjawatan guru mengajar di Malaya dan ada yang ikuti suami kesan suami berkerja sebagai askar atau jabatan2 lain bawah persekutuan.

Orang Malaya kerja di Sabah memang ada tetapi rata2 mereka itu kerja di bawah kerajaan persekutuan seperti guru, askar dan jabatan2 lain bawah persekutuan dan mereka mungkin tidak saya dengar berkerja di jabatan bawah kerajaan negeri Sabah.

berdasarkan apa yang saya perkatakan ini jelaslah akan menjadi masalah buat kerajaan negeri jika orang Malaya balik ke Malaya dan orang Sabah di Malaya balik ke Sabah dan jika ini terjadi maka kita akan menghadapi masalah besar untuk sediakan peruntukan membayar gaji mereka yang dimaksudkan.

Kalangan kita tak suka Malaya dan selalu melihat Malaya itu tidak baik ialah kesan politik yang dimaksudkan tetapi kita jangan lupa di PRU13 lalu BN hanya kelebihan 33 kerusi MP maknanya Malaya sudah tolak BN sebalik Sabah dan Sarawak yang punya 57 kerusilah menjadikan BN kuasai kerajaan Malaysia dan siapa saja yang memberikan sokongan hingga BN berkuasa selain Sabahan dan Sarawakian.

Lalu mahu salahkan siapa pula? kenapa Malaya disalahkan dan jelasnya salahkan diri sendiri sebab majoriti kita ini mengundi BN untuk terus kekal berkuasa.



ISMAILY BUNGSU
Sabah

Perhimpunan Agung Umno 2015 pelik dan hambar



Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berakhir Sabtu lalu, dan selama 4 hari parti terbesar orang Melayu itu bersidang pelbagai analisis, pandangan serta tinjauan dibuat pemerhati politik tanah air sama ada daripada orang Umno sendiri, pro Umno dan pro Datuk Seri Najib Razak atau golongan anti Umno atau anti Najib.
Sudah pasti seperti kebiasaannya, Perhimpunan Agung Umno sentiasa menjadi medan pertembungan media arus perdana dengan media dalam talian dan seperti juga kelazimannya, media dalam talian dilabel, dituduh serta diberikan pelbagai persepsi oleh orang Umno ia media propembangkang yang kerap memutarbelitkan cerita.
Pada 1997, pernah berlaku zaman era presiden Umno ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad di tengah-tengah kegawatan politik Umno dan negara apabila timbalan presiden ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang diedarkan meluas dalam perhimpunan agung ketika itu. Ia menjadi punca kejatuhan Anwar sebelum dipecat setahun kemudian.

Saya pernah diberi kesempatan membuat liputan perhimpunan beberapa kali sejak 1998 dan tidak dinafikan ketika itu, ia amat panas dengan berlakunya pertembungan antara kem Anwarisme dan Mahathirisme tetapi tiada sekatan dikeluarkan kepada wartawan melaporkannya, mungkin ketika itu tiada media dalam talian dan kerajaan berkuasa menentukan apa yang rakyat Malaysia perlu baca keesokannya. Zaman berlalu begitu pantas, 2008 menyaksikan ledakan media dalam talian yang begitu kritikal ditambah pula dengan kehadiran media sosial menyaksikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus lemas menghadapi media dalam talian ini yang mampu melaporkan berita dengan pantas tanpa ada sebarang rasa takut.
Pengalaman berkhidmat dalam media arus perdana lebih sedekad memberikan kesedaran betapa tiada media yang benar-benar bebas kerana sebagai wartawan, sudah pasti tertakluk kepada arahan pemilik organisasi dan bukan satu rahsia semua media arus perdana di Malaysia dimiliki proksi parti pemerintah.
Semua media tidak kira arus perdana atau dalam talian mempunyai agenda masing-masing, walaupun melaungkan erti kebebasan akhbar, etika kewartawanan dan melaporkan perkara sebenar.
Di sinilah timbulnya pertembungan antara ideologi media arus perdana dan dalam talian, dengan sering kali tuduhan dilemparkan kepada media dalam talian, di mana mereka gemar memutarbelitkan berita semata-mata demi melariskan portal berita masing-masing.

Mungkin tuduhan itu ada benarnya tetapi bagaimana pula dengan media arus perdana? Kredibiliti organisasi akhbar ini juga boleh dipertikaikan kerana hanya melaporkan berita menarik, enak dibaca dan kadangkala berlebihan mengampu parti pemerintah dalam konteks ini, Umno dan pemimpinnya.
Rakyat Malaysia tidak lagi naif dalam soal ini, pendedahan terhadap pelbagai sumber maklumat sama ada daripada media arus perdana atau dalam talian menuntut mereka menjadi kritis dan pada masa sama ia membuka lembaran baru dalam dunia kewartawanan Malaysia.
Ambil saja contoh berita mengenai kumpulan ketua Umno cawangan yang menentang kepimpinan Najib atau berita mengenai G25, adakah media arus perdana memberikan liputan terhadap kumpulan ini, jika benar etika kewartawanan menjadi pegangan.
Atas sebab itu, media arus perdana janganlah menjadi seperti peribahasa Melayu, “telunjuk lurus kelingking berkait” semata-mata mahu mempertahankan tauke masing-masing terutama dalam Umno sehingga menidakkan erti kewartawanan sebenar iaitu melaporkan berita dengan benar.
Kegagalan Umno bertahan dengan berita media dalam talian yang sering disifatkan memberikan persepsi negatif sebenarnya menunjukkan kebodohan pemimpinnya yang juga selalu bercakap sesuka hati tanpa mengambil kira bahawa kenyataan mereka dilaporkan.
Sebab itu, lihat saja ada pemimpin Umno dalam isu Tan Sri Muhyiddin menafikan mengeluarkan kenyataan timbalan presiden Umno itu masih berpeluang meminta maaf, sedangkan semua media dalam talian melaporkan kenyataan itu, kemudian dengan mudah menuduh kenyataan beliau diputarbelitkan.
Adakah semua wartawan media dalam talian salah dengar kenyataan itu? Dan jika salah, lebih baik saman saja seperti yang sering dilakukan pemimpin pembangkang terhadap media arus perdana bagi mengikis kredibiliti organisasi media berkenaan.
Paling memelikkan bagaimana keluarnya larangan terpilih untuk wartawan Melayu dan bukan Melayu yang boleh membuat liputan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015, malah ada pula wartawan media dalam talian yang dihalau.
Keadaan itu terus memberikan persepsi betapa Umno takut dengan bayang-bayang sendiri, sedangkan rakyat terutama bukan Melayu sedar perjuangan Umno untuk memartabatkan Islam dan Melayu.
Sememangnya, Perhimpunan Agung Umno 2015 amat pelik bukan saja di kalangan wartawan tetapi juga ahli Umno akar umbi kerana ia seakan mahu menutup pergeseran berlaku antara presiden dan timbalan presiden, sedangkan hakikatnya, satu dunia mengetahui perpecahan sedang melanda Umno.
Sikap 'denial syndrome' bukan perkara luar biasa dalam Umno dan lakonan inilah sering disaksikan rakyat Malaysia termasuk ahli Umno sendiri yang semakin pelik dan hairan bagaimana lebih 3,000 perwakilan berhimpun bukan untuk menggariskan agenda baharu orang Melayu sebaliknya, himpunan lebih kepada menyatakan sokongan kepada Najib sebagai presiden.
Ketika Umno berbangga parti itu mempunyai lebih 3.5 juta ahli, ia sebenarnya hanyalah angka di atas kertas yang selama ini terus gagal diterjemahkan dalam pilihan raya umum (PRU) dengan pelbagai isu sedang melanda parti itu terutama di peringkat pucuk pimpinannya.
Maka, jika PRU14 dijangka dalam tempoh 3 tahun lagi, Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung sekurang-kurangnya 2 kali lagi dan sudah pasti menjadi harapan kepada ahli Umno supaya perhimpunan tahun depan tidak terus menjadi pelik sehingga menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia.