Saya tidak faham mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib berasa perlu untuk mendedahkan sokongan Sultan Pahang ketika beliau telah pun mendapat sokongan ribuan rakyat di mana-mana juga dalam menghadapi cabaran hanya dari seorang sahaja supaya meletak jawatan.
Beliau sendiri telah mengistiharkan di mana-mana beliau pergi ribuan rakyat menunjukan sokongan kepadanya, Di Tawau lebih 40,000, di Johor lebih 15,000, di Gopeng lebih 25,000, di Kuantan 12,000 dan perhimpunan rakyat yang lebih besar sedang menunggunya di mana-mana .
Jika beliau telah yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat maka kenaapakah beliau perlu mendapatkan sokongan dari Istana? Apakah sokongan dari Istana walaupun dari hanya seorang Sultan lebih besar dari sokongan ribuan rakyat?.
Rakyat memberikan penghormatan tertinggi kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan tetapi apabila Raja di bawa ke dalam kencah pertarungan politik antara rakyat maka dibimbangi akan menjejaskan penghormatan terhadap raja. Jika menang baiklah tetapi jika kalah orang yang di sokongnya bagaimana?
Najib telah dilihat oleh rakyat melakukan kesilapan dalam menghapuskan ISA dan rakyat bangkit menyekatnya dari menghapuskan Akta Hasutan dan dalam hal dakwaan Sultan menyokongnya , Najib terlihat sebagai mahu melanggar pindaan perlembagaan yang jelas membataskan kuasa raja-raja sebagai Raja Perlembagaan untuk memurni dan memuliakan kedudukan mereka.
Jika Sulan dilibatkan dengan percaturan poltik kepartian, maka apakah pemimpin -pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme dalam UMNO.
UMNO ditubuhkan diatas atas perjuangan rakyat dan untuk rakyat!
Dengan Perdana Menteri sendiri membawa sokongan Istana ke dalam politik,maka bagaimanakah pula jika Menteri-Menteri Besar atau pemimpin-pemimpin UMNO yang hampir dengan Sultan-Sultan di setiap negeri mendakwa Sultan atau Raja masing-masing menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Dengan pendedahan Najib bahawa Sultan Pahang menyokongnya maka yakinlah rakyat ada kebenaran dalam bisik-bisik selama ini mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat sokongan Istana dalam persaingannya dengan Mukhriz Tun Mahathir untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang lalu.
Saya tidak disokong atau mendakwa sokongan Tun Dr.Mahathir dalam memberikan padangan ini dan rakyat hendaklah melihatnya sebagai pandangan tulus ikhlas dari seorang wartawan,dari rakyat biasa, dari seorang ahli UMNO yang ingin melihat UMNO kekal diatas kekuatan rakyat yang bebas dan demokratik tanpa campur tangan luar dalam menentukan hak dan masa depan rakyat.
No comments:
Post a Comment