Mazlan Aliman
Hari
ini saham FGVH tinggal RM1.94 sen, paras terburuk sejak dilancarkan
pada 28 jun 2012. Penganalisis ekonomi meramalkan bahawa FGV bakal
dinyahkan sebagai 'contituent ' di dalam pengiraan Indeks Komposit Kuala
Lumpur jun ini, bermakna saham FGV tidak lagi di ambil kira dalam
mengira indeks tersebut. Ini tidak memeranjatkan kerana harga saham FGV
yang terus merudum dan berada dalam keadaan tertekan, juga bilangan
saham FGV yang di jual beli di dalam pasaran, relatif kecil. Maka
hilanglah kegemilangan FGV seperti yang di war warkan.
Peneroka
Felda yang diperdaya untuk meminjam bagi tujuan membeli saham FGV
dengan nilai 800 unit/RM 3,560 pada harga di terbitkan RM4.45 sesaham,
telah menanggung kerugian. Setiap bulan membayar hutang RM50. Dahulunya,
boleh cagarkan tanah ke bank untuk pinjaman; sudah tidak mendapat
kelulusan lagi dari mana mana institusi kewangan.
Felda(20%),Felda
Asset Holding Company Sdn Bhd(18.7), Lembaga Tabung Haji(7.8%),Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja(8.1%),Kumpulan Wang Amanah Pencen(6.9%) Kerajaan
Negeri Pahang(5%) selaku pemegang utama yang mewakili 66.5 % dari saham
FGV, telah mengalami kerugian yang besar.
Lebih
malang, Koperasi Permodalan Felda(KPF), yang memiliki kepentingan 51%
saham dalam Felda Holding, telah menjual kepentingan tersebut kepada FGV
dengan nilaian RM2.2 bilion. Sekitar RM850 juta di guna pula 'secara
paksa' membeli saham FGV. Nasib KPF ibarat ' sudah jatuh ditimpa
tangga'. Ia memberi kesan besar terhadap keuntungan KPF yang selama ini
menyumbang terhadap dividen memberangsangkan. Saya akan dedahkan dalam
kenyataan berasingan nasib KPF menjelang AGM pada 14 jun ini, bilamana
dividen setinggi 15% selama 15 tahun yang diterima oleh pencarum
khususnya peneroka(pencarum terbesar), bukan sahaja tidak dinikmati;
untuk memberi dividen sekitar 10% pun belum tentu lagi!
Justeru, Ngo ANAK dalam memo kepada Bursa Malaysia, menyeru agar:-
1.
Siasatan terperinci dilakukan keatas FGV bagi mempastikan FGV tidak
mengkesampingkan mana mana peraturan dan undang undang pasaran saham
dalam proses penyenaraian dan dalam urusniaganya. Janji janji manis atau
dorongan tidak wajar hingga pelabur keliru mengenai keuntungan lumayan
rupanya jauh dari realiti.
2. Membuat
siasatan terperinci keatas FGV jika ada perbuatan manipulasi dan kolusi
di dalam menentukan harga pembelian 51% kepentingan KPF dalam Felda
Holding. Jika ada pelanggaran peraturan dan undang undang pasaran saham,
manipulasi, pengkhianatan dan penipuan; tindakan sewajarnya mesti
diambil kepada pihak terbabit.
3. Membuat
siasatan kenapa badan badan dana awam seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP
dan lain lain memonopi saham FGV, sedangkan pelaburan dalam FGV berisiko
tinggi?
Saya ingin mempertegaskan sekali,
Pengerusi Felda yang juga Pengerusi FGV, Tan Sri Samad, wajib meletakkan
jawatan serta merta dan di siasat oleh SPRM atas berbagai tuduhan
penyelewengan dan salah guna kuasa selama menerajui Felda. Bukan itu
sahaja, CEO FGV, Dr Emir Avani dan Lembaga Pengarah FGV juga meletakkan
jawatan sebagai pertanggungjawaban atas situasi kritikal yang melanda
FGV. Ia langkah awal memulihkan keyakinan pelabur dan masyarakat Felda.
Alasan2 yang dikemukakan mengenai kejatuhan saham FGV dan keuntungan
mengecil yang diperolehi adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana
ianya telah di peringatkan berkali kali sebelum penyenaraian lagi.
Pengurusan yang tidak cekap, tiada pengalaman, boros dan pelaburan yang
semberono oleh FGV telah diketahui umum. Ego dan sombong dari menerima
pandangan berbagai pihak telah menjerumuskan FGV ke kancah yang buruk.
Ianya telah di ramalkan Ngo ANAK; kini menjadi kenyataan!
Marilah
sama sama kita bermunajat kepada Allah; antaranya melakukan Solat
Hajat, memohon Selamatkan FGV dan tentu sekali nasib 1.5 juta warga
Felda. Ngo ANAK akan terus berperanan mengambil langkah susulan demi
menyelamatkan Felda; institusi bumiputera yang cukup berjasa ini. Moga
usaha kita di permudahkan Allah.
' MENERAJUI PERUBAHAN'
Mazlan Aliman
Presiden,
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
27 mei 2015.
Presiden,
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
27 mei 2015.
No comments:
Post a Comment