Monday, May 25, 2015

NAJIB ; PAK LAH LEMBIK, AKU KERAS ...


oleh Hazlan Zakaria

Sememangnya ianya adalah hipokrit buat Perdana Menteri Najib Razak untuk mengutuk desakan ke atas beliau supaya meletakkan jawatan kerana tidak sesuai dengan situasi sekarang dan akan melemahkan Umno, walhal beliau sendiri turut membuat desakan sama ke atas pendahulu beliau, Abdullah Ahmad Badawi.

 Apa yang boleh dikatakan sebagai tindakan defensif jika bukan terdesak, Najib telah melabel desakan ke atas beliau untuk meletak jawatan sebagai bukan masa sesuai kerana parti dan negara berhadapan dengan cabaran yang pelbagai.

PM yang juga presiden Umno itu turut dilaporkan mengulangi rayuan beliau kepada rakyat untuk meletakkan kepercayaan mereka kepada kepimpinan sekarang dan biarkan mereka memacu negara mengharungi kesukaran ekonomi dan pembaharuan yang sedang dipacunya.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Najib memberi bayangan beliau sebagai pemimpin dan parti tidak dapat dipisahkan, dan kritikan berulang kepada pemimpin sama seperti menghentam parti dan akan membuatkan parti menjadi lemah.

"Jika kita menyokong pemimpin, kita akan menguatkan parti. Apabila parti kuat, kita akan berjaya dalam pilihan raya umum.

"Oleh itu, ini adalah ramuan kejayaan kita," beliau dilaporkan berkata kepada ribuan orang di Gopeng, Perak pada 23 Mei. Ini sama sekali kelihatan hipokrit oleh PM yang sebelum ini mendesak "peralihan kuasa" daripada pendahulu beliau Abdullah Badawi, lebih mesra dengan Pak Lah, kepada diri beliau sendiri.

Sedangkan pada masa itu Pak Lah sedang bekerja untuk membuat perubahan terhadap pentadbiran Malaysia dan sedang berhadapan waktu sukar untuk menangani kebangkitan pembangkang.

Dalam meminta ahli Umno untuk berhenti mengkritik beliau, Najib mungkin telah terlupa bahawa beliau turut melakukan perkara yang sama kepada Pak Lah. Bukan sekadar mengkritik, Najib juga adalah sebahagian daripada suara dalam Umno yang meminta Pak Lah berundur pada 2009.

Sesuatu yang boleh dikatakan hipokrit untuk meminta ahli Umno tidak melakukan perkara yang sama kepada beliau sekarang, walaupun beliau tanpa rasa malu mendapat manfaat daripada gesaan yang sama ke atas Pak Lah pada masa itu.

Bukankah beliau meminta Pak Lah untuk meletakkan jawatan juga ketika perubahan sedang berjalan dan Umno dan negara sedang berhadapan cabaran pada masa itu? Sesetengah orang akan mengatakan bahawa, tiada perbezaan daripada dulu dan sekarang.

Semua tindakan ada balasannya dan sasaran yang beliau letakkan pada Pak Lah dahulu telah beralih kepada beliau pula. Tambahan pula betapa ironinya, orang yang membantu beliau menikam belakang Pak Lah pada masa lalu - timbalan beliau sekarang, Muhyiddin Yassin, sudah tentu secara kiasan, - sekarang kelihatan membuat perkara yang sama kepada beliau.

No comments:

Post a Comment