Merujuk acara dihadiri Najib di negeri kelahirannya Pahang semalam, yang dipenuhi lautan penyokong, Datuk A Kadir Jasin berkata, sokongan yang diterimanya akhir-akhir ini hanya sementara dan mungkin akan hilang dalam sekelip mata.
"Perdana menteri mungkin dapat sokongan meluas rakyat, begitu juga ahli Umno. Lautan manusia yang melambaikan bendera Pahang baru-baru ini buktinya.
"Dan jangan lupa, beliau juga dapat sokongan kerabat Pahang," katanya merujuk kenyataan Najib sendiri yang Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyokong kepimpinan beliau. "Bagaimanapun, ia tidak kekal selamanya. Ia hanya sementara. Hari ini ada, esok hilang," tulis beliau dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin, hari ini.
KERAJAAN MALAYSIA TABUR
JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA - ADI PUTRA
Tokoh Matematik Islam Abad Ini, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun
dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal
janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.
Tokoh Matematik Islam Abad Ini, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun
dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal
janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.
Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu
diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara
dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.
Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu
matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi
perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah
ditabur kerajaan tidak ditepati.
Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad Ini
oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235
formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah
bukunya berjudul Seni Matematik Islam.
Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan
menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di
Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan
pelajar.“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada
November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya
mula guna buku itu mengajar di Brunei.
"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan
menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya
di Tanjung Malim, Perak.
“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita
dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.
"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas',"
dakwanya.
"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku
itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.
"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,”
katanya.
Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap
kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus
makmal oleh program pembangunan pendidikan kerajaan.
Buku yang dihasilkan Adi Putra dengan 235 formula matematik, digunakan
kerajaan Brunei dalam pembelajaran, tetapi tidak di Malaysia. – Gambar
The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.Buku yang
dihasilkan Adi Putra dengan 235 formula matematik, digunakan kerajaan
Brunei dalam pembelajaran, tetapi tidak di Malaysia. – Gambar The
Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.
Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan
program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji
tinggal janji.
“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa
terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak
genius.
"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa
Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa
Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.
“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek –
Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.
Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi
menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.
Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa
tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.
Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang
berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang
ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.
Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif
dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula
matematiknya.
“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu
banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik.
Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal
politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.
“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula
saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,”
katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang
matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa
algebra.
Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba
dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda,
didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.
Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat
berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.
“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.
“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa
ia tiada pengesahan KKM.
"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM.
Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,”
katanya.
Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak
genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari
meninggalkan Malaysia.
Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di
kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di
universiti terkemuka dunia.
“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang
Melayu.
"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar
kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas
kecewa dengan keadaan itu.
"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan
sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.
“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang
hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US
dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.
Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada
di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat
pulang ke Malaysia.
“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun
kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains
dan Matematik.
“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di
luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa
mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?”
soalnya.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment