Orang ramai mula berang dan menyarankan pihak penguatkuasa KPDNKK mengambil tindakan dan pengguna memboikot
Mengikut rekod dalam resit bertarikh 23 Mei lalu, restoran itu di cawangan SS2, Petaling Jaya juga mengenakan caj luar biasa bagi Roti Tisu iaitu RM11.
Pengguna yang tidak berpuas hati telah memuat naik resit di laman sosial Facebook dan menarik perhatian pengguna lain untuk berkongsi.
Orang ramai yang berang dengan harga luar biasa yang dikenakan restoran tersebut bertindak mencemuh tindakan pengurusan restoran nasi kandar itu.
Ada yang meminta memboikot manakala, ada yang berharap supaya penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah drastik bagi mengajar pemilik restoran mengenakan harga yang sepatutnya.
Cawangan restoran itu di Pulau Pinang telah diserbu pihak penguatkuasa KPDNKK pada Isnin kerana mengenakan caj RM20 ke atas lima batang sayur bendi dan aduan roti telur yang dijual pada harga RM2.50.
Pengarah Urusan restoran itu, Burhan Mohamed, memberitahu kesilapan teknikal oleh juruwang menyebabkan caj sebanyak RM20 dikenakan ke atas lima batang sayur bendi.
No comments:
Post a Comment