SEBUKA MATA
Cadangan
Rafizi Ramli supaya Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) memanggil sama
Najib Razak dalam siasatan terhadap 1MDB berhubung isu yang berbangkit
dalam syarikat pelaburan strategik itu merupakan satu cadangan terbaik
dan tepat. Najib tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, kerana selaku
pengerusi kepada syarikat itu beliau mesti tahu apa yang berlaku di
dalamnya.
Apa lagi Najib adalah perdana
menteri, apa-apa yang berlaku dalam negara ini terutama berkaitan negara
mesti dalam pengetahuannya. Tidak ada satu pun yang terlepas dari
pengetahuannya. Apa lagi mengikut Rafizi perjalanan syarikat 1MDB itu
sama dengan perjalanan atau peraturan syarikat "culikannya" Lembaga
Pelabuhan Terengganu (TIA).
Menurut memorandum
dan tatacara syarikat TIA, semua keputusan dan kegiatan syarikat itu
mestilah dibawah penegathaun perdana menteri. Ertinya apa-apa yang
hendak dilakukan mesti mendapat persetujuan perdana menteri. 1MDB adalah
penamaan semula daripada syarikat TIA.
PAC
harus lebih telus dan terbuka serta berani dalam hal ini untuk
memanggil sama Najib. Mungkin Najib boleh memberi penjelasan sejauh mana
beliau tahu mengenai perjalanan syarikat berkenaan. Mungkin juga beliau
hanya mendapat laporan dan maklumat daripada lembaga pengarahanya tanpa
mendalami kesan dan akibatnya. Ada kemungkinan Najib tertipu atau
ditipu dalam hal ini.
Kepercayaan Najib
kepada mereka yang diberi tanggungjawab menguruskan 1MDB tanpa ada
semakan sesuatu yang merbahaya. Kita juga tahu sejauh mana kebolehan dan
arifnya Najib dalam soal perniagaan ini. Tidak ada rekod menunjukkan
Najib cemerlang dalam perniagaan dan pengurusan keeangan. Latar belakang
ini memberi ruang besar untuk orang pertikaikan sejauh mana kemampuan
Najib memantau syarikat dibawahnya itu.
Sebaik-baiknya
Najib tidak perlu sampai dihantar surat oleh PAC memintanya hadir,
tetapi sebaiknya dia hadir secara terhormat untuk memberi apa-apa
penjelsan berhubung isu dalam 1MDB untuk menyelamatkan dirinya serta
menangkis tuduhan buruk ke atasnya terutama yang dilemparkan oleh Dr
Mahathir Mohamad.
Tanpa Najib dipanggil dan
Najib memberi penjelasan mengenai apa-apa tentang 1MDB itu, Najib tetap
berada dalam keadaan misteri dan beliau tetap dituduh terlibat dan
bertanggungjasab tehadap apa yang berlaku.
No comments:
Post a Comment