Monday, May 11, 2015

MAT MASLAN : GUGURKAH AKU ???


Ahmad Maslan Bakal Digugurkan Daripada Kabinet? By canang




KUALA LUMPUR: Umno dan Barisan Nasional bakal menstukturkan semula pentadbirannya apabila mendapat kritikan hebat berkaitan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut tulisan blog Pro-Umno Pistol Nakal, sebagai permulaan perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan.
"Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media.
"Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi perkara itu pernah dibincangkan beberapa pihak, bagaimanapun perkembangan terkini menyebabkan timbul semula spekulasi berhubung perubahan jawatan tertentu dalam Umno.
“Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu,” katanya yang menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno hari ini.
Menurutnya lagi, kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini.
Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan memberi persepsi negatif kepada pengundi.
“Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara dihormati ramai,” katanya.
Sedia maklum, Ahmad Maslan merupakan Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ketua Penerangan GST yang banyak menimbulkan kontroversi mengenai penjelasan GST kepada umum sehingga tercetusnya 'Fenomena Ahmad Maslan' di media sosial.

No comments:

Post a Comment