KL: Pemimpin-pemimpin
DAP dinasihatkan hindarkan mengecam dan sangka buruk terhadap
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), kerana hal ini tidak mendatangkan
keuntungan apa-apa kepada pakatan pembangkang.
Hal ini berikutan
kenyataan tuduhan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan
Rakyat.
Lim dilaporkan berkata,
pendapat itu diluahkannya berdasarkan kecenderungan Hadi terhadap Umno
berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah
Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.
"Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.
"Hadi membuktikan
walaupun tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno,"
kata Lim seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Menurut editor weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohdd Hasyim,
"Hanya kerana tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, sudah dituduh turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah?
"Mengapa dangkal sangat cara berfikir begitu, pada sekarang masih sama-sama pemimpin PR?
"Kenyataan itu bolehkah
disifatkan sebagai cuba berkempen untuk memisahkan Presiden PAS itu dari
ahlinya. Suatu niat yang serong, mahu PAS tetapi tidak mahu
presidennya?"
Lim Guan Eng ketika
menyokong kenyataan bapanya, veteran DAP Lim Kit Siang yang meramalkan
PR akan hanya bertahan selama 2 minggu saja. Bahkan beliau meramalkan perpecahan tersebut akan mengambil masa yang lebih lama.
"Apa sebenarnya niat
pemimpin DAP itu? Apakah mereka sudah membelakangkan niat penyokong
'akar umbi' PR yang mahukan penyatuan pemimpin-pemimpinnya?" Tanya Hj
Mohd Hasyim lagi.
Sebelum itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bertanya, apa niat sebenar di sebalik kenyataan Penasihat
DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan akan berkubur dalam dua minggu
menjelang pemilihan PAS awal bulan depan? Beliau meragui adakah kenyataan itu datangnya daripada seorang pesimis yang mudah berputus asa.
Berkali-kali PAS mengulangi akan tetap bersama Pakatan. (IH)
No comments:
Post a Comment