Hilmi beramah mesra dengan penduduk setempat selepas merasmikan Program Wanita Sihat Tanpa Kanser Komuniti Perwani Parlimen Balik Pulau semalam. 
 Hilmi beramah mesra dengan penduduk setempat selepas merasmikan Program Wanita Sihat Tanpa Kanser Komuniti Perwani Parlimen Balik Pulau semalam. 

TELUK BAHANG - Projek pembinaan Hospital Pendang bakal dilaksanakan tidak lama lagi setelah ia disahkan tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, walaupun tanah di kawasan berkenaan diambil pada 1989 dan disasarkan dibina segera di bawah RMK10 yang diumumkan sebelum ini, namun Kabinet membuat keputusan supaya Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ditangguhkan.

“Kabinet sudah buat keputusan supaya PFI ditangguhkan kerana ia melibatkan hutang yang banyak. Bagaimanapun, akan diberi peruntukkan tahunan.

“Projek pembinaan hospital ini sudah dimasukkan ke dalam RMK 11 namun ia tidak semestinya tunggu RMK 11 baru boleh buat. Ini kerana, kita juga akan guna kaedah lain termasuk ganti tanah dengan bangunan (land swap),” katanya selepas merasmikan Program Wanita Sihat Tanpa Kanser Komuniti Perwani Parlimen Balik Pulau, semalam.

Menurutnya, bagaimanapun, kaedah land swap itu akan dikaji sebelum dilaksanakan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan digesa supaya menyegerakan pembinaan Hospital Pendang, setelah tertangguh beberapa tahun.

Ia berikutan, pembinaan hospital di daerah itu merupakan satu keperluan bagi masyarakat setempat kerana satu-satunya daerah di Kedah yang tidak mempunyai hospital.

P/S : dekat pru 14 nanti, othman bedul kata pulak..
bila saya menang...hospital akan di bina...
menang pulak lagi sekali..
mudah jer goreng orang melayu neh....