Normah menunjukkan bahagian dapur yang condong.  
Normah menunjukkan bahagian dapur yang condong.

ALOR SETAR - Sebuah keluarga, di Kampung Alor Gunung, Chegar terpaksa berkongsi ruang tamu untuk tidur berikutan rumah yang diduduki mereka sudah terlalu daif.

Normah Hassan, 42, berkata, dia hanya bergantung pada pendapatan diperoleh suaminya, Zulkifli Ahmad, 42, yang bekerja sendiri dan memperoleh gaji antara RM500 hingga RM800 sebulan.

“Jadi, pendapatan suami sememangnya tidak cukup bagi menampung keperluan kami. Adakalanya, anak terpaksa duduk di rumah dan tidak pergi sekolah kerana tiada wang,” katanya.

Normah berkata, dia juga tidak mampu membaiki mana-mana bahagian kediaman yang mengalami kerosakan ataupun menaiktarafkan rumah kerana tidak berkemampuan.

"Mujur anak perempuan sulung saya tinggal berasingan bersama suami.

"Walaupun ada dua anak bekerja sebagai tukang cuci dan kerja kampung, namun gaji diterima tak cukup untuk bantu kami sekeluarga," katanya.

Katanya, anak kelimanya, Muhammad Alif Asyraf, 13, pula sanggup sanggup berkorban masa lapangnya meredah sawah padi semata-mata mahu mendapatkan wang saku sekolah

“Walaupun Alif baru sahaja bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunung dalam tingkatan 1, namun dia tidak suka duduk diam.

“Sebaik habis sesi persekolahan, Alif terus melakukan kerja kampung seperti menangkap ikan ataupun membantu orang berniaga,” katanya.

Menurutnya, anaknya keluar mencari kerja di merata-rata tempat demi membantu mencari wang tambahan sekali gus meringankan beban keluarga.

"Oleh itu kami sekeluarga sememangnya berharap dapat tinggal di kediaman lebih selesa demi anak-anak," katanya.

P/S : BN MENANG, KEDAH SENANG..
tengok semua senang lenang...tak payah buat kerja..
y.b..jkkk...kakitangan wisma semua senang lenang makan gaji buta...